It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 11, 2012

Tabah

# entri ni bukan untuk menghina atau mengaibkan orang, tapi sekadar untuk memberi semangat kepada aku.


Tadi aku layan FB. Tetiba aku ternampak profile budak ni. Nama dia Hafiz. Actually, dia ni ex-student aku. Dulu aku mengajar kat SMK Seri Selayang. Masa tu dia form 5 kalau tak silap aku, dan aku mengajar subjek Math & English untuk kelas dia. Dia ni seorang OKU. Dia menggunakan kerusi roda untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Tapi aku tak sure dia sakit apa?

Masa aku mengajar dulu, dia antara student aku yang boleh berfikir secara matang dan rasional (dulu aku mengajar kelas pendidikan khas kat SMKSS, so jangan expect pemikiran student Form 5 untuk pendidikan khas sama level dengan student inclusive-kelas biasa). So dalam ramai-ramai student aku, dia antara yang boleh berfikir secara matang. Lepas habis sekolah, aku selalu bersembang dengan dia kat kantin sekolah, sementara dia menunggu keluarga dia datang ambil. Kadang-kadang dia tunggu dengan Salehuddin (hanya mereka berdua yang pakai wheelchair). Masa tu Hafiz selalu cerita pasal dia diri.

Bapa Hafiz seorang anggota polis. Setiap bulan bapa dia akan bawa dia ke hospital untuk buat check up. Mak dia seorang suri rumah (kalau tak silap aku). Kalau ikutkan, Hafiz ni muda setahun je dari aku. Tapi disebabkan keistimewaannya (kekurangannya), dia mengambil SPM pada umur 19 tahun (masa tu aku umur 20tahun). Sambil-sambil aku borak dengan dia, aku selalu perhatikan kerlipan mata dia, pandangan mata dia, riak mukanya. Tersembunyi seribu persoalan...

Antara soalan yang pernah diutarakan pada aku :

- cikgu pernah tak guna wheelchair?
- cikgu ada tak sedara mara yang macam saya?
- cikgu, nanti lepas habis sekolah saya boleh belajar lagi ke?


Di saat persoalan tu sampai ke telinga aku, aku seolah-olah dapat rasakan apa yang bermain dalam fikiran dia. Mungkin dia dah banyak kali muhasabah diri, tapi sedikit sebanyak pasti dia masih sedih dengan keadaan dirinya. Bukan niat aku nak mempersoalkan takdir Tuhan. Malah aku bersyukur sebab Tuhan masih sayangkan dia dengan memberikan keluarga yang penyayang, kawan-kawan yang mengambil berat. Malah keluarganya amat beruntung memiliki anak seperti nya. Dia tak pernah putus-putus mendoakan kesejahteraan ahli keluarga dan kenalannya. Dan seingat aku, sejak aku mengajarnya dan sehingga hari ini, dia tak pernah putus menghantar ucapan sms sempena hari lahir aku dan juga hari-hari istimewa lain seperti bulan berpuasa, hari raya, tahun baru dan lain-lain.

Kadang-kadang aku rasa malu dengan Hafiz. Dia selalu meninggalkan komen dia status FB aku. Bila aku rasa sedih, dia banyak memberikan kata-kata semangat pada aku. Dia seolah-olah mempunyai semangat yang tinggi untuk meneruskan hidup. Terima kasih, Hafiz. Tak macam aku, lemah! Cepat putus asa! Orang macam aku ni patut campak je kat kolam ternak buaya kat Samarahan tu. Biar cepat sikit buaya tu membesar.

Lepas aku mengajar kat SMKSS, aku terima offer kerja kat PPUKM ni. Kali kedua aku outstation adalah kat Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi. PLPP ni tempat untuk golongan OKU belajar skill-skill perindustrian untuk persediaan di alam pekerjaan. Selama 3 minggu aku merekrut peserta Cohort kat sana, aku secara tak sengaja terserempak dengan Hafiz kat sana. Masa tu dia happy sangat bila tengok aku kerja kat tempat dia. Boleh dikatakan hari-hari selepas dia lunch, dia akan datang melawat tempat kerja aku. Hampir semua staff aku kenal dengan dia. Dia seorang yang peramah, sopan santun dan pandai mengambil hati.

Masa kat PLPP, aku sempat meluangkan masa dengan dia selepas rekrutmen. Satu hari, dia baru selesai menjalani kursus perkahwinan.



Hafiz : Tadi saya ada kursus kahwin. Best ceramah ustaz tu, dia suka buat lawak.

Aku : Ye ke? Oh, lepas ni awak dah boleh kawin la.

Hafiz : Siapa yang sudi orang macam saya? Saya kan....... (tunduk)

Aku : Jangan risau Hafiz, Tuhan Maha Adil. Setiap hamba-Nya sudah ditetapkan rezeki dan jodoh masing-masing.

Hafiz : (senyum)


Ya Allah... Masa tu aku rasa macam nak nangis. Aku bukan sengaja nak sakitkan hati dia, apatah lagi nak menghina dia.

Sebelum aku balik ke Cheras (selesai rekrutmen kat PLPP) dia sempat berjumpa dengan aku.


Hafiz : Cikgu, saya happy sangat cikgu datang sini. Hari-hari cikgu gembirakan saya. Saya tak ada benda yang mahal-mahal nak bagi kat cikgu. Saya cuma mampu bagi ni je (sambil hulurkan seutas tasbih kayu kat aku) Ni tasbih kesayangan saya. Saya harap cikgu suka.

Aku : Terima kasih. Saya suka sangat, belum pernah ada orang yang bagi saya tasbih. Tapi saya tak ada apa-apa nak bagi kat awak...

Hafiz : Tak apa cikgu. Saya harap cikgu dapat doakan kesejahteraan saya dan doakan saya happy selalu.


Masa tu menitis air mata aku. Sucinya jiwa dia. Tabah dan kuat hatinya menempuh liku-liku kehidupan.
Satu hari dia sms aku dan kawan-kawannya. Dia mohon kami doakan kesejahteraan ayahnya kerana mengalami sakit jantung, dan dimasukkan ke wad. Merayu-rayu dia mohon kami memanjatkan doa pada Yang Maha Esa. Ya Allah, betapa besarnya dugaan-Mu untuk Hafiz. Semestinya bukan kehendaknya memilih keadaan sebegitu. Dan aku percaya, Allah tidak akan menguji seseorang itu dengan ujian yang besar jika hamba-Nya itu tidak mampu menghadapinya. Insya Allah Hafiz juga mampu untuk menghadapi ujian dari Allah.




Mohd Hafiz Sulaiman
(credit to Hafiz's FB)




Hafiz bersama keluarga



Selepas aku kenang balik ingatan aku pada Hafiz (selama aku kenali beliau), aku rasakan dia adalah seorang hamba Allah yang mempunyai hati cekal dan tabah. Dia diberikan ujian sejak lahir, namun dia tabah mengharungi hidupnya sehingga hari ini. Sedangkan aku, Tuhan baru memberi ujian kecil sudah mula lemah semangat dan berputus asa! Apatah lagi kalau Tuhan mahu menguji aku sepanjang hayat, pasti awal-awal lagi aku sudah kecundang. (memang patut aku ni dijadikan santapan minum petang untuk buaya-buaya kat taman buaya samarahan tu). Aku patut rasa malu terhadap Hafiz! Bila aku teringatkan dia, aku terfikir, kenapa aku tidak setabah dia? Kenapa aku tidak mempunyai semangat hidup seperti dia? Masih jauh lagi perjalanan aku untuk mendapatkan hati setabah Hafiz.....

Doa aku agar Hafiz sentiasa happy dan sihat sejahtera. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi mendengar luahan hati cikgu (dulu aku selalu sms dia "Hafiz, cikgu sedih laaaa..."), terima kasih kerana tidak pernah lupa hari lahir cikgu, dan paling cikgu berterima kasih, kamu selalu mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan cikgu. Terima kasih banyak-banyak!



Semoga awak terus dirahmati Allah. Amin...

No comments :