It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 5, 2012

Terengganu (Hari 2)

Alhamdulillah..
Percutian pada hari pertama berjalan dengan lancar.
Masuk hari kedua kompem aktiviti kitorang penuh.
Bangun pagi tengok Maklang dah sediakan sarapan.
Wahhhh.. Bahagianya...
Kan best kalau tiap-tiap hari ada orang sediakan makanan untuk aku.

Lepas sarapan kitorang terus ke Tasik Kenyir.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45min, sejauh 50km dari rumah kami.
Sepanjang perjalanan aku mengalami sakit kepala.
So, aku tidooooo je la! (alasan)

Sampai Tasik Kenyir (jeti), kitorang terus cari pemandu pelancong yang menyediakan pakej kat situ.
Plan kitorang nak pergi Kelah Sanctuary. Tapi bot pulak mahal sampai RM400.
Memang tak berbaloi untuk kitorang.

So kitorang amik pakej yang murah je.
RM150 untuk perjalanan ke Taman Herba dan Air Terjun Saok.




Tengah pilih pakej.
Apsal beriya Aleeya bawa beg IKEA tu?









Bergambar dulu sebelum naik bot























Jeti untuk menanti bot




Budak ni pantang tengok aku pegang kamera, kompem nak datang menyelit






Tengokkkk.. Orang lain nak bergambar pun dia sebukkkkk nak join jugak.





Kasi la can sikit kat dia





Sebelum bertolak





Semua muka cuak nak naik bot.




Control ayu budak Ika ni




Maklang & Maklang Junior =)





Tiba di Taman Herba.
(eh, putih nya muka aku!)
*Rasa nak pitam*









Pucuk asam gelugur. Sedap.. Rasa masam-masam manis sikit.




Ni tempat pemandu pelancong bagi air minuman herba kepada pelancong.
Free je, minum la sampai muntah.
Tapi air herba kan tak sedap, so tak de la aku nak minum sampai muntah.




Merehatkan diri sebelum dijamu air herba




Herba tongkat ali dan kacip fatimah yang sedang direneh





Ni air kacip fatimah. Sukar untuk menggambarkan macamana rasanya.
Apa yang aku gambarkan, kompem kecut bahagian bawah tu. Hahahaa!!!




Pakcik ni dah ulang tambah 3kali. Sedap sangat ke banggggg??





Ada 3 jenis herba
Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Mahkota Dewa.
Mahkota Dewa sedap, rasa ala-ala apple =)




Sign buku pelancong




Sapa dapat teka buah apa?









Apsal Maklang bergambar macam tu ek?









Air terjun! Yeayyyyy!




Penat gila nak mendaki tangga ni.





Kami rombongan yang pertama sampai disini.















Tak sakit ke budak-budak ni menggelongsor kat sungai tu? Kan ada banyak batu tajam?
Kenapa la nak seksa diri semata-mata keseronokkan sekejap itu?



Haa.. Yang ni lagi hazabbb! Budak tu menggelongsor secara meniarap. Habis la leper segala nipple dan telor kau. Aku yang tengok ni pulak yang rasa sakit.




Aku macam biasalah... Tukang jaga barang-barang diorang.
Nak air? Aku amikkan.
Nak kacang? Aku amikkan.
Nak makan? Aku amikkan.
Nak tuala? Aku amikkan?

Kalau aku nak apa-apa, sila amik sendiri!



Lepas balik dari Saok Waterfall, dah puas mandi, budak motek ni dah berani main air.
En Zul terpaksa pegang life jaket dia.
Kami balik semula ke KT. Next plan - Taman Tamadun Islam (TTI)




Ni adalah aktiviti untuk menghilangkan rasa bosan. Kahhh~
Balik dari Kenyir, Ika naik kereta Leen. So Aleeya ni kebosanan dalam kereta. Aku malas nak layan dia.
Agaknya dia dah bosan sorang-sorang kat belakang, terus dia bukak buku dan nyanyi.
Kesian...




Comel pulak Maklang ni bergambar. Muka ceria berseri-seri. Ni mesti banyak tengok Astro Ceria ni.




Apsal bila pic ni kabur, Leen nampak cantik? Tapi kalau pic yang jelassssss... Hmm, lebih baik gambar ni kabur.




Taman Monumen




Our passport :)
Boleh guna sebanyak 3 kali lawatan. Untuk lawatan ke 2 dan 3, dapat offer untuk meal.
Ni kes macam feeling-feeling menjelajah serata dunia. Haruslah ada passport kan.
Padahaaaaalllllllllll kau duk berjalan kat KT je. Hahahaa..




Mari pilih basikal.
Dewasa - RM5
Kanak-kanak - RM3




En Zul dapat sebuah basikal. Anak-anak meloponggggg je.




En Zul nak bawak naik diorang secara gilir-gilir.
Belum sempat buat 5 kayuhan, Aleeya dah merajuk tengok kakak dia bersenang-lenang naik basikat dengan En Zul.




Last-last Ika dapat sebuah basikal.






Sekarang aku pulak yang melopongggggg..
Uwaaaa.. Diorang dapat naik basikal!!!




Muka yang dah 2kali kena tinggal tram. Hahaha..




Untie Leen dah seronok naik basikal Ika.
Ika pulak dah tak senang duduk!



Antara monumen yang terdapat di TTI :














Sini adalah masjid interaktif. Ada tayangan video mengenai masjid tersebut.




Habis je layan video Taj Mahal, En Zul gatal tangan pegi cabut gigi Aleeya yang dah goyang tu.
Tak pasal je dah rongak gigi budak motek ni.








Bergambar di Taj Mahal





Taj Mahal




Masjid Aqsa.
Dilarang mengambil gambar di dalam masjid.
Tapi aku kan bangsa degil. Huhuhuuuu..






Batu terapung yang menyerupai batu asal di Masjid Aqsa




Masjidil Haram. Tak boleh masuk pun. Monumen ni hampir sama tinggi dengan aku.




Aku try panjat dinding Masjid ni.
Bila tengok gambar... Oh, ada Kaabah kat tengah-tengah tu!





Maka, aku panjat sekali lagi dinding Masjidil Haram.
Akhirnya dapat amik gambar Kaabah =)





Lepas berjalan-jalan kat TTI, kitorang dapat voucher meal.
So lepak kat B'Beteng Riverside Restaurant. Betul-betul di tepi sungai Marang, boleh tengok cruise.





Lepas makan kat sini, kitorang balik ke homestay.
Malamnya En Zul pergi makan burger bakar dengan anak-anak.
Tak beli pun untuk aku. Jahattttt!!







No comments :