Sebab kek ni aku guna yang instant flour.Tak aci la kan kalau aku guna segala benda yang segera, tapi mengaku konon-konon aku yang buat semuanya? Termasuk la ayak tepung, sukatan tepung, mencipta resepi sendiri dan masukkan resepi tu ke dalam myresepi.com pulak kan?
Gila glamer!
Tapi kalau aku cakap memang aku yang reka sendiri, pastu resepi main belasah je, bukan nya orang tau kan??
Memang kau gila glamer!!
Hahahaha...
Ok la..
Jom cerita apa yang berlaku.
Malam tadi balik lambat, nasib baik ada pasar malam kat Bandar Tun Razak, boleh la aku tapau segala benda yang aku nak makan. Akhirnya aku beli kuew teow goreng dengan rangka ayam.
Sampai rumah, lepas mandi terus makan sampai kenyang.. Alhamdulillah...
Pastu terus buat kek. Gila senang kalau guna instant flour. Aku sejak zaman sekolah dah guna tepung instant ni. Kan aku ni bangsa pemalas, semua benda nak mudah je. Selagi boleh mudah, nak mudah kan lagi!
Teringat zaman kecil-kecil dulu, masa nak tolong Maklang buat kek, memang la hazab. Nak sukat tepung la, nak ayak tepung la. Ayak pulak kena 3x atau sehingga tepung diyakini bebas dari bendasing. Pastu nak pukul butter dengan telur. Walaupun masa tu dah ada mixer, tapi nak memukul nya bukan makan masa seminit dua. Tapi berminit-minit jugak la nak memukul. Sampai naik segala otot kat lengan, padahal kau guna mixer je pun!
Tapi kek ni memang senang. Yang bestnya pukul je telur dengan cake terus! Eh, tak bantat ke kek tu?
Nehi!
Dan yang palinggggg best, tak payah nak pukul butter sampai kembang. Just cairkan atas api kecil dan terus campur dalam adunan. Best kan?
Lepas siap, masa untuk membakar. Seronok anak-anak aku menyebuk ganggu aku.
Masa nak masak kek tu, aku bancuh pulak lagi satu adunan. Kena la buat dua, tak boleh sorang je yang bawa kek, sorang lagi melopong. Kompem ada yang merajuk sebulan!
Dah siap, kasi keluar itu kek, maka ini la hasilnya selepas topping bersama Aleeya. Si Ika dah selamat membongkang!
Baru lepas topping... |
Aleeya with her cake. Hiasan main cincai-cincai je. Budak-budak mana reti nilai astetika segala bagai kan? :P |
Pagi tadi lepas siapkan anak-anak, kena la snap pic dulu kan? Hehehe..
Muka masing-masing macam kena paksa bergambar, padahal sebelum aku suruh diorang berdiri tu, bukan main hebat masing-masing mengeluarkan idea pose gedik diorang. Elok je aku nak snap, terus masing-masing tegak berdiri macam tugu negara!
Hampeh.
No comments :
Post a Comment