p/s : Tajuk entri ni terlewat dari tarikh sebenar.
Selamat hari lahir ke 8 Nur Natasha Zulaikha Binti Zulfakha :)
Semalam lepas kerja aku pergi Tesco dengan Emy. Saja jalan-jalan nak beli kek untuk Ika. Cadang nak beli kek aiskrim, tapi budget pulak lari. Biasa la bila dah hujung-hujung bulan ni, duit pun tinggal ciput je.
So aku ajak Emy pergi King Confectionery nak survey-survey kek yang berkenan di hati. Ikutkan aku, nak je gi Jusco Maluri tu. Ada banyak kek kecil yang sesuai untuk budget aku dan mulut ahli keluarga aku. Ye la, kalau setakat 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak, takkan aku nak beli kek sampai 1kg kan? Sedang 0.5kg pun aku dah rasa berlambak!
Bila sampai je kat King's, aku tengok tak banyak pilihan kek yang ada. Redha je la. Kalau ikutkan, Ika suka kek coklat. Siap ada gambar kartun-kartun. Tapi ada kek putih ni. Dia perisa vanila+laici. Hm, macam menarik je rasa kek ni. Tak pernah rasa pun. So, apa kata aku beli je kek tu? (eh, ni birthday kau ke, birthday anak kau? Main ikut selera kau pulak!)
Lepas bayar, aku & Emy pergi melantak sizzling pulak. Padahal masa kat King's masing-masing dah beli macam-macam benda. Ada portugese egg tart, cheese tart, tuna pizza.. Gila mentekedarah kitorang kan? Hahaha.. Kami memang kuat makan. Lepas makan, kami pusing-pusing Tesco, then balik rumah.
En Zul pulak pergi ambil anak kat tusyen centre. Bila balik je budak-budak tu, diorang cakap ada sambutan besday kat pusat tusyen. Siap makan kek eskrem. Masing-masing dah kenyang. Okkkk.. Maknanya kek aku tak laku la malam ni. Huhu...
Agak-agak dah lepas 10minit, En Zul pun dah sudah mandi, aku ke dapur untuk keluarkan kek Ika. Siap pasang lilin 8 batang, terus aku bawa ke depan.
Tadaaaa~
Kek mengikut citarasa aku, bukan citarasa Besday Girl. Hahaha.. Lantakkk! |
Masa aku keluarkan kek, Ika & Aleeya tengah buka Jutaria. Aku baru beli masa kat Tesco. Murah je, RM2 lebih je... :) |
Opocot! Tanjat boboiiiiiii...
Tak sangka Mummy beli kek kan???
Terharu tak??
Kompem tak, kan? Kau bukannya tahu apa itu TERHARU punnnnn...
Kasi rasa dulu. Hasil tangan Mummy. Padahallllllll...... |
Mummy : Kakak, sebelum tiup kena buat wish dulu. Ika : Ok, terima kasih Mummy... Hadoiiiiii.... Bukan wish tu laaaaaaaaaaa..........!!!! |
Snap pic dulu sebelum kek itu hancurrrrr... Eh, apasal over pulak si Aleeya tu? |
Hm, Mummy beli stationery Angry Birds je. Untuk Mummy, Mummy beli fridge magnet Angry Birds. Eh, apasal lak aku yang beriya-iya? |
Ni yang aku palingggggg tak puas hati. Kan besday Ika, apasal si Aleeya pun dapat jugak? Siap berbalut bagai hadiah dia! Tak pe la, bagi hadiah tu sebagai hadiah dia dapat No. 2 dalam kelas :) |
Lepas masing-masing bagi kiss kat Mummy, terus ajak Mummy main Jutaria. Arghh.. Malasnya aku!!!! Hm... Main je la... Layankan aje si besday girl ni.. |
Elok-elok je malam tadi masing-masing buat baik dengan aku, time nak tidur mula la buat perangai. Sebab nak tidur sekali dengan aku!. NO WAY!!!!
Alih-alih pukul 5am, dua-dua dah ada kat atas katil aku. Eh, bila masa budak berdua ni masuk bilik aku? Hampeh.
No comments :
Post a Comment