Ok, seperti hari weekend yang biasa, En Zul ke tapak projek dengan team members dia. Pukul 8am aku dah bersiap-siap untuk ke kelas. Weh, hari ni first class aku untuk sidang yang baru ni. Orang lain dah start class since last Ramadhan, tapi kelas aku baru je nak start hari ni. Hari ni ada 4 kelas, maknanya ada 4 jam aku terpaksa bertapa dalam bilik yang sejuk ni.
Kenapa bertapa?
Nak tahu?
Betul nak tahu?
Seriusssss???
Jom tengok ni ------------------------------->
Aku sorang je yang datang kelas. Kan ke bertapa namanya tu? Arrow ke bawah : Aku sorang-sorang dalam kelas. Arrow ke atas : perhatikan kerusi ni. |
Then lecturer suruh buka buka teks. Aku pun buka perlahan-lahan. Bila aku toleh belakang tengok si Jjom ni tak buka buku. Rupanya dia tak bawa buku JIF212, tapi dia terbawa JIF211 je.. Hm... Terus aku tak jadi nak inspire dia..... Kembali tak bersemangat, hokeh!
Lepas selesai kelas JIF211 dan JIF212, Leen call aku cakap dia dah otw nak jumpa aku. Sebab masih ada banyak masa, aku pergi mendapatkan wifi depan IYC. Sementara aku menunggu Leen tu sampai, aku pun layan main game di hp. Lepas Leen sampai, aku suruh dia park kereta dia di Stadium KL. So naik kereta aku je. Lepas dia parked kereta, kami ke Taman Midah untuk mencuci gambar (nak hias rumah, tu yang ke cuci gambar segala bagai).
Gambar dah cuci. Kelas untuk sesi pagi dah habis. Maka aku dan Leen pergi berhoyeh-hoyeh di Jalan Bellamy. Misi ---> makan ikan bakar! Yeayyyyy..!!!!
Sampai sana tengok ramai orang. Tapi semua yang perempuan berbaju kurung dan kebaya. Yang lelaki pulak berbaju melayu. Eh, nak makan ikan bakar pun ada tema ke? Rupa-rupanya ada jamuan hari raya kat belakang Istana. Jabatan ape ntah? Ikutkan aku, nak je redah gi jamuan tu. Jimat duit ikan bakar aku. Kahhh...
Sampai sana, Leen dah mula menggelupur tengok ikan dan sotong besar-besar. Yang baru masak pun ada. Thanks God sebab tak ramai orang macam selalu. Kalau hari-hari biasa, start pukul 11am dah mula penuh dengan manusia yang ntah datang dari hulu mana.
Sotong XXXL berisi telurnya. Sedapppp!! Aku sekor, Leen sekor. Tapi tetapppp tak puas makan! |
Ikan pari bakar, sedap dan tak berbau hancing... |
Lai chee kang untuk menyejukkan badan... Slurpppp.. Nyaman seh~!! |
Setelah Leen pilih design yang berkenan, ala-ala Kpop gitu *haktiuuuhh*, operasi menjahanamkan rambut bermula. Treatment 2 jam membuatkan aku berasa nak bertapa semula! Arghhhh.. Tensiiiiii~
Snap dari jauh pun boleh nampak celah-celah rambut yang nipis tu. |
Humangaihhh.. Macam Robocop! |
Ok, mari bertapa! Huarghhhhh.... |
Wahhhhhhhhhhhhh! Sedapnya! |
Model syampu rambut masuk ke dalam kedai. Ni syampu khas untuk orang yang bertudung. |
Tada.... Red velvet pilihan aku. Tak nampak aiskrimnya? Baik, kita zoom lagi! |
Nampak? Tak jugak? Ohh.. Ini kerana aiskrimnya aku ambil sikit. Tapi topping nya yang melambakkk! Hahahaha... |
Ni Leen punya. Lagi melambakkkk, hokeyyyyy! Harga pun, humangaihhhh!! |
Suasana dalam kedai. |
Setel! |
Pukul 4pm aku ada kelas JIF216 dan pukul 5pm aku ada kelas JIF217. Lepas makan macam-macam sehari suntuk ni, dengan hujan yang lebat, kompem aku tidur je dalam kelas. Ye la, aku sorang je yang datang kan? So kalau aku nak bertapa pun tak ada siapa yang kesahhhhhhh...!!!!
Datang kelas untuk ambil attendance je. Tak payah nak susah-susah concerntrate dalam kelas. Lagi seminggu nak exam, aku download video kelas dalam portal! Then pulun la study hempas pulas! Pastu tengok result sambil nanges-nanges menyesal! *macam experience yg lepas okkkk*
No comments :
Post a Comment