Bila anak-anak tengok gambar aku yang kat tepi entry pakai tudung kaler putih ni, first thing first adalah-------------> Wah, Mummy cantik laaaa... *yee.. yee... Mummy tahu, nakkkk... kahhh!*
Ika : Mummy, kenapa muka Mummy cantik?
Aku : Hello... Mummy memang cantik, okeh!
Ika : Alaa.. Mummy... Cakap la betul-betul.. Kenapa muka Mummy lain kat sini? (jari tunjuk kat screen lappy)
Aku : Itu kan muka Mummy make up, sebab tu lain. Kalau tak make up muka Mummy macam sekarang ni la.
Semalam aku penat sangat lepas masak, lunch, basuh baju, lipat baju, kemas rumah.. Jadi aku tertidur kat ruang tamu sambil temankan anak-anak tengok tv. Si Aleeya pulak sibuk nak dandan rambut aku. Aku biarkan je dia dengan sikat dan getah rambut untuk mendandan rambut aku.
Dalam diam-diam, dia keluarkan semua alat make up aku. Then dengan beraninya dia mencalitkan segala bagai alat make up yang ada kat muka aku. Yang blusher dia taruk kat dahi, eye shadow dia sapu kat pipi... Nasib baik lipstik dia sapu kat tempat yang betul, walaupun comot. Si Ika pun join jugakkkk.. Siap snap pic muka aku senget macam gambar kat blog ni. Hantu betul la budak-budak ni!
Bila aku sedar, diorang tunjukkan gambar aku selepas diorang make over. Hishhh.. Tanjat boboiiiiiii....
Pandai jugak diorang make up, ada la iras-iras muka aku kat gambar blog ni. Nak tengok?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Opocot! Tanjat boboii.. Cun tak aku?? Kahhhhh... |
.
No comments :
Post a Comment