Lebih kurang setengah jam kami bersembang, aku terus ke meja aku untuk sambung kerja yang bertimbun ni (konon-konon je la kan?). Sekali aku terpandang kat FB aku, ada 11 notifications yang baru masuk.
Ok, biarkan dulu.
Eh, selalunya aku akan terus membaca notification tu. Tapi ada satu perkara yang membuatkan aku terpaku melihat aktiviti kawan-kawan di Home FB aku..
Ni adalah aktiviti mereka -------->
Emmmmuuaahhhh...!!!!!! |
Terkedu.
Itu je perkataan yang aku boleh nyatakan kat sini.
Serius aku terkejut tengok gambar diorang.
Macam dah tak fikir langsung pasal hukum hakam or sensitivity masyarakat sekeliling.
Untuk makluman ye, mereka bukan sahaja bercium di pipi, tetapi berkucupan mulut ke mulut!
Yang budak perempuan ni adalah bekas staff di ofis aku.
Yang jantan pulak, aku memang tak kenal.
Setahu aku budak perempuan ni memang ada masalah attitude sikit. Tapi aku tak sangka pulak yang dia bukan sahaja ada masalah attitude, tapi ada masalah mental jugak!
Mana tak mental, kalau gambar tak senonoh tu dia memang sengaja upload dalam fb dia?
Kalau dia di sabotaj, itu lain cerita.
Tapi ini memang dia sengaja pose maut sambil mengucup bibir jantan dia!
Dan setahu aku budak perempuan ni belum bernikah lagi.
Tapi kalau dah nikah, masing-masing dah rasa sedappppp, dah tak heran nak tunjuk semua tu kan?
Selalunya yang belum ada ikatan yang sah tu la yang nakkkk sangat buat benda-benda ni.
Lepas 10minit, aku ternampak pulak gambar jiran aku yang mempunyai iras-iras gaya gambar budak perempuan tu.
Ya Allah... Apa nak jadi ni?
Seronok sangat ke bercium depan orang ramai dan publish dalam FB?
Jiran aku ni sebaya dengan aku, kami sekolah pun sama-sama cuma lain kelas.
Dalam gambar tu bukan main syok lagi dia bercium dengan awek dia.
Siap ada kawan-kawan lain yang 'LIKE' gambar dia tu.
Nauzubillah..
Aku tau, kita semua tak lari dari kesilapan.
Itu tak dinafikan, kan?
Tapi kenapa perlu bangga menunjuk dosa-dosa kita pada orang lain?
Aku tengok kedua-dua gambar tadi, ada jugak kawan-kawan yang 'menegur' perbuatan mereka.
Tapi budak berdua ni siap membalas komen-komen diorang seolah-olah tiada perasaan malu!
Aku tak tergamak nak upload gambar diorang kat sini.
Kalau diorang tak ada perasaan malu, tak apa.
Biar aku je yang malu tengok gambar diorang.
Aku jugak tak nak nyatakan nama mereka. Cukup la aku mengingatkan pada diri aku dan juga kepada sesiapa yang membaca blog ni, supaya kita lebih matang dan beringat.
Kalau dah ketagih sangat nak buat dosa, lantak!
Tapi jangan sampai kau nak babitkan orang lain dalam dosa korang.
Jika ada yang menegur, korang jangan marah tak tentu pasal.
Orang bukan saja-saja nak masuk campur hal korang, tapi sebagai saudara seagama, menjadi tanggungjawab untuk menegur.
Kalau dengan teguran pun tak jalan, cukup la dengan kita membenci perbuatan itu.
No comments :
Post a Comment