Cuti sekolah!
Dua bulan cuti sekolah, dua bulan jugak la aku merindui Ika dan Aleeya. Hmm.. Bila cuti sekolah ni, anak-anak dihantar ke kampung. Alasannya tiada orang yang boleh jaga. Kat kampung ramai orang yang boleh jagakan. So better hantar ke kampung daripada diorang jadi Taliban kat KL.
Tapi aku mulai merindui merekaaaaa!!
Uwaaaaaa... Ika, Aleeyaaaaa.. Mummy rindu korangggggg.... Hishhhhh.. Serius huduh siot muka aku! Semalam aku dan En Zul ke rumah babysitter. Rupanya berlambak-lambak barang anak-anak masih ada di rumah babysitter. Cadangnya kami nak ke ruman Baman (semalam resepsi sebelah Baman), tapi sebab perkara yang tiba-tiba berlaku di rumah babysitter, maka aku tukar plan last minute. Tadi aku membasuh la segala baju-baju yang aku ambil dari rumah babysitter semalam. Ya Rabbi... Punya la kotor! Siap bachin bau nya! Memang hazabbbbb!!! Dah setel basuh baju, aku termenung tengok baju-baju kecil tu. Huhuhu.. Rindunya kat anak-anak..
Kelmarin En Zul call anak-anak, dia tanya "
kakak dan adik tak ingat kat Ayah dengan Mummy ke?" Then diorang jawab, "
Kakak ingat.. Bila Ayah dengan Mummy nak ambil kakak?" Alahaiiiii.. Jangan la tanya soalan macam tu nakkkk. Mak sedehhhhhh~~~
Demi mengubat rindu aku pada Ika dan Aleeya, aku buat entri ni khas untuk diorang sempena cuti sekolah ni.
Ok, aku mulakan dengan Ika.
|
Nama saya Nur Natasha Zulaikha.
Tahun depan saya darjah 3. Mummy cakap saya dah jadi budak besar, jadi saya kena berdikari. Tapi saya tak tahu apa itu berdikari. Saya tak nak tanya kat Mummy maksud berdikari, nanti Mummy marah. Muka saya pun dah makin hitam dan berlengas, sebab saya baru lepas main dengan adik saya, Aleeya. Saya ni seorang yang manja, saya suka baring kat bawah ketiak Mummy saya, walaupun ketiak Mummy bau nya sungguhhhh tidak menyenangkan.. |
|
Hobi saya suka camwhore. Saya suka ambil gambar saya sendiri guna camera dan hp Mummy saya.
Saya rasa saya yang paling cantik kat dunia ni. Walaupun Mummy selalu cakap saya ni perempuan gedik macam Fasha Sandha, saya tak kisah pun.. Sebab Mummy saya pun suka ambil gambar dia sendiri. Maknanya dia pun gedik jugak lah! Tapi dia cakap dia ambil gambar sebab nak masukkan dalam blog. Sebab saya tak tahu apa itu blog, maka saya maafkan Mummy saya yang gedik itu.
|
|
Saya memang suka ambil gambar dengan macam-macam aksi. Bagi saya, semua gambar-gambar saya comel-comel belaka. Sebenarnya besar-besar nanti saya nak jadi model terkenal. Sebab tu dari sekarang saya dah jaga diri saya. Saya sentiasa diet untuk jadi kurus macam model-model terkenal. Tapi Mummy tak bagi saya kurus, dia kata saya ni macam orang sakit. Tapi saya rasa sebenarnya Mummy jeles pada saya sebab diet saya menjadi. Saya tengok Mummy saya makin gemuk. Sebab tu dia tak bagi saya jadi model. Dia suruh saya jadi Doktor. Hishhh.. Itu kan cita-cita old fashion.... Wake up, Mummy! Kita kan di zaman moden, apa kelassss cita-cita doktor, guru atau polis ni??
|
|
Saya suka makan buah-buahan. Tapi saya paling suka makan ikan goreng, ayam goreng, coklat dan keropok. Saya paling tak suka makan nasi. Tapi kalau Mummy saya suapkan, saya suka makan nasi. Saya suka makan dan minum benda yang masam-masam. Dulu Mummy saya suka order air limau ais, tapi saya yang suka habiskan. Sampaikan limau dia pun saya makan. Ayah saya tak bagi saya makan benda-benda masam, nanti saya ada gastrik. Tapi saya tak tahu gastrik tu apa, maka saya bedal je semua.
|
|
Saya ni manja orangnya. Saya suka menangis kalau adik saya kacau saya. Saya ni penakut jugak. Saya takut nak pergi dapur sorang-sorang. Kalau tidur saya takut kalau terjaga malam. Sebab kat saya selalu dengar macam-macam bunyi kat rumah saya, lebih-lebih lagi kat dalam bilik tidur ayah saya. Ayah saya cakap itu bunyi Mummy berdengkur. Yaaa.. Macam bunyi motorbot bunyinya itu.... Saya jugak takut tengok cerita hantu. Sebab Mummy saya suka takutkan saya. Saya sendiri sudah takut tengok badannya yang besar itu, lagi mahu takutkan saya dengan bunyi-bunyi pelik... Hm, jahat juga Mummy saya ni.
|
|
Saya ni suka melukis. Dah macam-macam gambar saya lukis. Semuanya cantik-cantik. Sebab tu Mummy saya suka tampal lukisan saya kat peti ais. Tapi sebenarnya saya tahu Mummy saya ni kedekut nak beli lukisan. Tu yang dia ambil lukisan saya, pastu dia tampal kat peti ais. Lepas ni saya akan minta royalti saya sebagai pelukis dari Mummy. Mummy pernah suruh saya lukis gambar dia, jadi saya lukis la lukisan yang paling cantik. Tapi saya lukis gambar Mummy yang sangat kurus, sebab saya tahu itu akan membuatkan Mummy saya gembira.
|
|
Saya jugak suka main kat padang permainan dengan adik saya. Tiap kali cuti, saya akan ajak Ayah dan Mummy bawa saya pergi main di Tasik. Tapi Ayah saya selalu ke kebun projek dia. Jadi saya ajak la Mummy pergi. Mummy malas nak bawa saya pergi Tasik, sebab Mummy gemuk tak larat nak kejar saya dan adik. Mummy lebih suka duduk je kat bangku. Saya tahu senaman baik untuk kesihatan. Sebab tu saya sihat. Dan saya juga suka makan sayur sawi dan ulam-ulaman. Tapi saya pelik sebab Mummy saya tak suka makan sayur, pastu dia cakap dia seorang yang sihat. Betul kah? |
Now, aku nak cerita pasal Aleeya. Anak no dua.
|
Hai, saya Nur Aleeya Zaakirah.
Tahun depan saya Darjah 2. Tak sabar rasanya nak naik darjah 2, sebab badan saya makin gemuk. Kalau saya cakap saya darjah 1, semua orang tak percaya, sebab tu saya nak cakap yang saya ni darjah 2. Kakak saya tua setahun dari saya, tapi saya lagi gemuk dari dia. Mummy cakap peha saya dah sama besar macam peha Mummy. Berat saya sekarang dah 23kg. Mummy saya ni dah obesiti. Saya tanya Mummy, dia pun obesiti ke? Tapi Mummy cakap dia bukan obesiti. Dia lain sikit dari obesiti, sebab dia OBESYATI.
|
|
Nampak tak spek ni? Saya pakai ni untuk perlindungan dari air liur Mummy. Saya ni nakal, jadi Mummy selalu membebel kat saya. Kalau saya tak pakai spek ni, nanti air liur Mummy masuk dalam mata saya. Spek ni saya jumpa dalam kereta Ayah. Saya nak pakai spek hitam Ayah saya (macam gambar kat atas tu), tapi saya ni kasar dan ganas. Habis hancur spek hitam ayah saya tu. Jadi ayah bagi saya pakai spek ni. Mummy cakap saya comel. Lebih-lebih lagi bila saya senyum macam bluehyppo ni. Betul ke saya comel? Ayah saya gelak je bila Mummy cakap macam tu. Eh, Mummy tipu ye???
|
|
Saya sangat nakal. Saya selalu buat rumah bersepah. Saya juga suka selekeh-selekeh. Tak macam kakak saya, dia suka bergaya. Tapi saya sempoiiii.. Saya pakai je apa yang ada. Saya suka rambut saya mengerbang macam ni. Mummy saya marah bila saya jadi selekeh, tapi saya punya sukalah! Saya peduli apa kan? Hahaha.. Tapi bila Mummy dah angkat hanger nak libas kat bontot pejal saya, saya lari satu rumah! Saya suka buat kakak menangis. Saya suka buli kakak. Bila saya tunjuk penumbuk saya, kakak jadi takut. Kalau saya terlebih makan gula, saya akan jadi hiperaktif. Jadi saya akan tumbuk kakak saya betul-betul sampai dia menangis. Kakak saya tu lembik orangnya, jadi saya suka sangat buli dia. Lepas dia menangis, saya akan join menangis sekali. Supaya ayah dan mummy saya tak akan marah saya. Pandai kan saya berlakon? Saya selalu nampak ayah saya cium Mummy. Eeeee.. Tak malu main cium-cium! Tapi kalau ayah saya cium saya tak apa. Sebab saya budak kecik lagi. Sebab saya baru umur 7 tahunnnnnn..
|
|
Mummy cakap saya dah besar. Tapi saya rasa Mummy saya lagi besar dari saya. Sebab baju Mummy saya semua besar-besar. Semua baju saya dah tak muat. Semua sendat nampak perut saya yang bulat ni. Kalau saya pakai gaun, semua lemak-lemak saya terkeluar. Baju saya semua saya bagi kat kakak saya. Mummy saya cakap saya dah boleh pakai baju Mummy sebab kami sama saiz. Hishh, Mummy ni suka perli-perli saya tau. Hari tu gigi saya patah, jadi Mummy saya gelakkan saya. Tapi bila gigi saya dah patah, Mummy belikan saya macam-macam. Saya suka makan aiskrim dan nugget. Saya ni kuat makan, lebih-lebih lagi telur ayam separuh masak (telur mata). Sebab tu badan saya besar. Tapi saya pelik la, kadang-kadang Mummy cakap saya dah besar, kadang-kadang Mummy cakap saya dah gemuk. Yang mana satu yang betul ni? Suka buat saya konfius..
|
|
Saya ni manja, tapi kakak lagi manja dari saya. Mummy pernah cakap yang saya ni Taliban. Taliban? Apa tu? Biar la.. Mummy tu saja nak cari gaduh dengan saya. Tapi saya lebih suka bermanja dengan Mummy dari Ayah.. Saya suka datang ofis Mummy saya. Saya suka dengan kawan-kawan Mummy. Diorang semua baik-baik. Cuma Mummy sorang je yang garang. Saya dah kenal Untie Ain. Saya ada bagi kad raya kat Untie Ain. Kat kawan Mummy yang lain pun saya bagi jugak. Saya tulis jemput datang rumah. Tapi diorang tak datang pun raya kat rumah saya. Bila saya tanya Mummy kenapa kawan-kawan dia tak datang raya rumah kita, dia cakap kawan-kawan dia sibuk. Ye la tu....
|
|
Saya sayang Mummy dan Ayah. Saya sayang kakak saya jugak. Saya nak dapat adik baru cepat-cepat. Tapi Mummy suruh saya sabar. Sebab adik baru belum nak keluar. Saya tak sabar nak jumpa adik baru. Kalau dia dah keluar, boleh la saya buli dia pulak. Sebab saya dah bosan nak buli kakak saya. Kalau saya ada adik baru, saya nak pijak-pijak dia macam saya pijak belakang badan Mummy masa dia tengah letih dan lenguh badan. Nanti adik saya tak la lenguh badan macam Mummy lagi. Saya nak adik lelaki. Boleh saya main lawan-lawan dengan dia. Mummy cakap saya ni gangster. Saya suka sebab boleh jadi macam pelakon Bini-biniku Gangster. Saya jadi Liyana dan adik saya jadi Shaheizy Sam. |
Ika, Aleeya... Mummy rindu kat korang.... *sob..sob..sob...*
No comments :
Post a Comment