Kami dah plan dari malam sebelum 'dating' lagi. Selalunya Leen ambil aku kat HUKM sebab dia tak tahu jalan. Tapi kali ni dia menggatal nak pergi sendiri ke Bellamy. Konon-konon tahu jalan. Dengan yakin nak jugak pergi sendiri, tak mahu aku pick up dia kat mana-mana.
Ok-ok, deal.
Malas nak gaduh-gaduh. Janji pukul 11am mesti dah ada kat sana. Aku tak kuasa la nak redah jammed, nak berlengas cari parking, nak berlendir satu badan bersesak-sesak dengan orang ramai. So kalau datang pukul 11am tu, kira selamat lagi la.
Dalam pukul 10.30am Leen sms cakap tak ada transport. Maklang guna kereta katanya. Dah tu? Kau tak reti pinjam motor pencen Paklang tu? Hahaha.. Aku dapat bayangkan macamana rupa dan gaya Leen naik motor Paklang. Series comellllll~~~ (Ok, ni aku gurau je. Tak comel pun. Kahh~~)
So aku cadang nak pergi ambil Leen kat rumah. Baru je nak ke kereta Leen sms cakap Maklang dah balik. Makanya dia boleh datang sendiri ke Bellamy. Dalam pukul 10.50am aku dah sampai sana. Masa tu Leen baru lepas Sentul. Maknanya dalam 20-15minit jugak baru nak sampai. Aku pun siap-siap ambil nasi, lauk dan order air.
2 pinggan nasi 2 ekor sotong 1 pinggan kerang 1 bahagian ikan pari 1 mangkuk laici kang *bungkus = 3 ekor sotong, 1 ekor kembung |
Sotong yang besar penuh dengan telurrrrr.. Yummy, sedappp!!! |
Dah pukul 11.00am, Leen masih tak sampai.
Dah pukul 11.15am, Leen masih tak sampai.
Dah pukul 11.30am, Leen masih tak sampai!
Aku dah makin lapar. Dia pulak tak muncul-muncul batang hidung. Orang makin ramai kat kedai ni. Nasib baik aku pandai cari port yang dekat dengan kipas. Paling penting, kipas tu rosak tak boleh rotate. Duk menghala ke muka aku je...! Hahahaha...
Kipas oh kipas.. Kau la penawar hati ku yang tengah panas menunggu Leen tak sampai-sampai! |
Lepas dah makin ramai orang, aku mula tak senang duduk. Leen masih tak sampai-sampai. Tetiba Leen call. Dia cakap dah terlepas exit Istana Negara. Sialpalisssss! Dah tak pasal-pasal dia terlajak ke CM. Ape kejadah dia ke sana pulakkkk? Hadoiiii.. Aku pun terus call dia tanya ada kat mana? Apa landmark? Apa signboard? Dan-dan dia dah menuju ke PJ.
Pulak.
So aku suruh dia cari Midvalley. Dah jumpa Midvalley, aku nak suruh dia patah balik ke Pusat Bandaraya, kang tak pasal-pasal dia lajak ke Ipoh pulak. So baik aku suruh dia masuk ke Cheras melalui Midvalley tu. Senang aku nak bagi direction. Maknanya aku sebagai adik harus bertukar menjadi GPS! Serius aku dah hafal segala bagai papan tanda dan exit dari Midvalley ke Cheras.
Sepanjang perjalanan tu aku online je dengan Leen. Sampaikan dia stucked kat jammed pun aku still online dengan dia. Amacam? Hebat tak GPS Leen? Siapa mampu mempunyai adik seperti aku? Selama 34minit duk bergayut dengan Leen semata-mata nak bagi direction kat dia. Padahal dalam HP dia memang dah ada GPS. Tapi dia cakap, "dah tu kau nak aku mengadap pulak GPS tu? Satu hal pulakkkk" Habis tu, apa gunanya GPS kau tu? Kalau tak nak guna, baik pakai HP Nokia 3310 je... Nak tak nak aku pun dengan paksarela hati bertukar menjadi GPS dia, asalkan dia selamat sampai ke Bellamy (read : tak de la rela sangat. Pasni aku claim duit bil tepon kat dia)
Jam dah sampai pukul 12 tengahari. Orang makin sesak. Tapi aku masih tak berlendir ketiak sebab aku ada 'aircond'. Kan aku ada kipas sakti. Hahahaa.. Tapi aku panas hati jugak dengan Leen. Dah la beriya-iya nak datang sendiri. Tapi boleh pulak sesat barat! Dalam hati aku, kalau minah ni tak sampai jugak, aku bungkus je semua makanan, bawak balik umah makan dengan En Zul. Weh, malu baiiii.. Orang datang, pas kenyang makan orang pun blah. Tapi aku? Dah parking baik punya depan kipas tapi dah sejam lebih tak makan-makan. Duduk je sorang-sorang mengadap makanan. Sampaikan air laici kang aku habis semangkuk. Nak order air yang baru aku maluuuuuu.. Huhuhu..
Ni sape nak ganti balik air laici kang aku ni? Tak pasal-pasal je habis sebelum waktunya! |
Punya la tunggu lama sangat sampaikan kecut ulam aku! Nasi pun jadi kering. Dah boleh jadi beras balik! |
Bukti aku tengah kelaparan. Curi-curi 2 ekor kerang. Sebenarnya aku curi-curi makan lebih dari 2 ekor. Sebab yang lain kulit cengkerang masih lagi di dalam pinggan. Hahahah... |
Dalam pukul 12 lebih Leen sampai. Aku rasa masa tu dah membuak-buak asid kat dalam perut aku ni. Kalau dalam 5 minit dia tak sampai, mahu terbalik meja makan tu aku kerjakan. Elok je dia sampai, terus je aku ngapp! Tak payah la baca doa panjang-panjang. Baca Bismillah je dalam hati. Serius laparrrrrr~~~
Masa tu, Leen order laici kang, so aku pun join order sekali. Ye la, air aku kan dah habis setengah jam yang lalu. Harus lah order yang baru, kan?????? Lepas makan, borak-borak jap. Then aku nak blah. Tak larat nak duduk kat situ lama-lama. Tengok bil murah jugak. Tak de la mahal sangat macam kat sesetengah kedai. Lebih-lebih lagi bila makan sotong yang besar-besar...
Harga makan dan termasuk yang bungkus sekali. Not bad laaa... |
So, kepada Leen (aku tahu kau silent reader blog aku). Jadi sila baca pesanan aku ni betul-betul!
AKU DAH SERIK NAK TUNGGU KAU. PASNI KALAU KITA NAK DATING GI MANA-MANA, KAU DATANG JE AMIK AKU KAT CHERAS. THEN KITA GI SAMA-SAMA. SERIUS MENYAMPAH KALAU SEJARAH BELLAMY BERULANG SEMULA!
ADA PAHAMMMMM??
P/S : Orang cakap berdua lebih baik. Tapi kalau aku makan sorang-sorang lagi baik kot.
Adik Leen aka GPS Leen,
No comments :
Post a Comment