Kami duk borak-borak pasal seorang peserta rancangan Gangstarz ni. Nama dia Shahdan, dan dia satu sekolah dengan kawan aku ni (sebaya). Shahdan ni ketua kumpulan untuk kumpulan Flava. Ketua kumpulan, ok.. Ketua! Bukan calang-calang orang yang boleh jadi ketua ni. Kalau untuk kumpulan menyanyi, suara mesti mantap, tarian mesti hebat! Masa kat sekolah dulu, kalau ada program Hari Kantin ke, Hari Usahawan ke, Hari Guru ke, sah-sah la muka dia je yang naik pentas buat persembahan Nasyid. Masa sekolah dulu kalau ada kumpulan Nasyid ni, mesti ramai peminat. Sebab lagu nasyid je yang dibenarkan untuk dipersembahkan di khalayak pelajar. Lagu-lagu rock ke, heavy metal ke memang dah diharamkan. So Shahdan ni pun terlibat dalam kumpulan Nasyid. Bukan dia saje, tapi abang dia pun join jugak. Kiranya suku-sakat ahli keluarga punya kumpulan Nasyid la ni.
Ok, untuk mamat ni, sebelum dia tubuhkan kumpulan Flava ni, dia pernah sertai Malaysian Idol dan One In A Milllion. Tapi untuk kedua-dua program realiti tu, dia tidak berjaya pada peringkat kelayakkan kawasan KL. Ini bermakna dia tak berjaya untuk menjadi peserta untuk program tersebut.
Maknanya?
Dia tidak berbakat dalam nyanyian. Simple, kan?
Ok, lepas tak berjaya dengan MI dan OIAM, dia try nasib untuk Gangstarz pulak. Tak yakin dengan kebolehan sendiri, dia ajak kawan-kawan join group Flava. Mungkin kawan-kawan yang lain ada sedikit bakat (read : best sikit nyanyian dari dia), maka group Flava ni dapat la bertahan selama beberapa minggu. Untuk kumpulan Flava ni dia guna komersial name Shahdan (kalau tak salah aku la). Tapi aku masih ingat kata-kata seorang juri. Juri berpendapat si Shahdan ni seolah-olah penyanyi solo, dan kawan-kawan yang lain sebagai back up singer. Memang betul pun. Selama aku follow program tu, memang mamat ni je yang banyak nyanyi (nyanyian pun ke laut kan?), dan kawan-kawan sekadar parap-parap-parappp je kat belakang kau. Kesian, dowh!
Ok, dah gagal kat Gangstarz, dia join Pilih Kasih pulakkk.. Ala, program realiti Rosyam Nor nak cari pelapis bakat baru dalam bidang lakonan tu. Yang Rosyam Nor duduk kat kerusi Agung tu (tak agak-agak, kan! Poyo gila!) Aku tak pernah follow program ni, sebab aku sendiri dah nak muntah tengok iklan dia, inikan pulak nak follow keseluruhan program? Mintak mahap la ye. Cuma ada sekali tu, Maklang layan program tu, dan kebetulan aku ada kat ruang tamu duk main sms. Sambil-sambil main sms mata aku melirik ke TV, serius aku ternampak mamat si Shahdan ni ada jugak! Wahhh.. Serius nak berlakon pulakkkk.. Memang tak putus asa mamat ni. Masa Pilih Kasih, dia guna nama Ahdan. Eh, budget orang tak kenal kau ye baiii?
Masa kat program Pilih Kasih ni pun aku tengok lakonan kau suam-suam susu je. Cuma tang bab nangis-nangis je aku tengok kau overacting! Serius poyo dowh! Tak payah nak over-over kalau kau memang tak berbakat. Aku rasa dia ni tak berjaya pun dalam Pilih Kasih. Like i said before, he's not talented. Haahaha..
And then lepas tak berjaya menjadi anak didik Rosyam Noor (apa yang hebatnya jadi anak didik pakcik ni?) Shahdan 'mengorak' langkah menjadi pengacara rancangan game show pulak. Interaktif ke hape ntah nama tu. Kat TV2 jugak, sama macam Pilih Kasih tu. Untuk game show ni, aku datang melawat Maklang & Paklang. Then Paklang layan game show ni. Aku bila nampak muka mamat ni terkinja-kinja atas stage, mula la aku rasa mual. Nak muntah berdarah tengok gelagat dia. Rasa nak shut down je TV Paklang tu. Huh!
Kanan : Shahdan Serius jelik mimik muka dia! |
Terbaru, aku nampak ada kawan yang share profile peserta-peserta Raja Lawak 6 kat FB. Sejak aku layan Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega, aku nak jugak follow Raja Lawak 6 ni. So aku klik kat profile peserta tu. Sekaliiiiiiiiiiiii... Aku ternampak la muka dia ni :
Astagaaaa... Masih tak putus asa mamat ni nak jadi anak seni. Lepas menyanyi ke laut, dia berlakon pulak. Lepas berlakon suam-suam kuku, dia jadi pengacara. Agak-agak rating game show hancur, dia try masuk program melawak pulak. Aku rasa dia ni ada krisis personaliti la. Mungkin dia masih tak tahu apakah bakat yang dia ada. Atau yang lebih tepat, ADAKAH DIA BERBAKAT DALAM BIDANG SENI?
Aku rasa dia ni bakal mengulang sejarah hidup dia la. Sejarah hidup yang mengajak orang ramai menyumpah kat diri kau. Termasuk la aku. Bukan aku nak persendakan mamat ni. Tapi serius dia memang tak ada bakat, sila la faham. Jangan la sampai orang naik menyampah balik-balik tengok muka kau. Asal ada program realiti, mesti ada muka kau! Tapi bakat haram tak ada! Setakat nak jadi pemeriah suasana, baik tak payah. Sungguh buang masa.
Ok la, tak baik kan kutuk-kutuk orang lain.. Apa la salah dia kat aku sampai dia dicaci sebegini rupa.. (Haktuihhh!) Apa kata tunggu je ketibaan Raja Lawak 6. Kita sama-sama tengok sejauh mana dia boleh 'pergi'. Cuma nasihat aku, cukup-cukup la baiii.. Kalau dalam RL6 pun kau tak berjaya, adalah lebih baik kau pergi cari kerja yang lebih menjamin. Mungkin kau tak ada rezeki dalam bidang ni.
Eh, siapa aku nak tentukan rezeki orang?
Huhuhu...
Just my opinion.
No comments :
Post a Comment