It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 11, 2011

Iron

Selasa hingga Khamis lepas aku outstation ke Penang.
So sepanjang sepeninggalan aku, En Zul iron sendiri baju-baju dia.
Sebab aku serius tak sempat nak iron baju dia untuk stock seminggu.
Selalunya aku akan iron kan baju dia, walaupun aku balik kerja jam 5am or 6am!
Kalau aku kerja lab, balik lewat pagi, aku akan pastikan baju En Zul akan siap ber iron.
Sebab aku tak nak dia iron sendiri baju-baju dia.
Cuma minggu lepas aku terpaksa biarkan dia iron sendiri baju-baju dia, walaupun aku tak suka dia iron sendiri.

Kenapa?

Sebab nya ini --->



Ni first baju aku yang jadi mangsa En Zul. Bila dia iron baju, dia akan set heat sepanas-panasnya. Dan temperature tu langsung tak sesuai dengan semua baju-baju aku. Lagi pun dia malas nak tekan seterika masa menggosok. Bila aku pulak ambil alih seterika tu, zassssss...!! Baju aku melekat kat seterika tanpa sebarang belas kasihan! Yang aku pulak tak perasan temp tu. Lepas tekan suis, aku main tekap je seterika tu kat baju aku. Sebab aku dah biasa set heat dengan kesesuaian yang aku suka. Bila En Zul yang guna, kompem la dia ubah kan? Makanya aku yang terpaksa jadi mangsa selepas dia guna.
*PASRAH*


Ni baju aku yang kedua yang jadi mangsa. Serius aku tak boleh nak selamat kan kain baju kurung ni. Elok je aku tekan suis, bila nak tekap seterika kat kain, terus melekat! Alaaaaaa... Jahanam baju aku!!!! Kenapa la En Zul ni suka guna temp yang panas-panas? Guna yang sederhana sudah la.. Jangan la jadi pemalas sangat nak tekan iron tu....


Mangsa ketiga. Masa ni sebab aku sibuk buat kerja. En Zul offer diri nak gosok sendiri baju dia. Ok la.. Ingatkan bila dah 2 pasang baju aku jadi mangsa, dia akan beringat. Rupa-rupanya aku yang patut beringat.... Jangan mudah percaya dengan En Zul kalau bab-bab meng'iron' baju ni. Serius aku rasa nak nangis bila dah 3 pasang baju aku 'selesai' dikerjakan oleh kepanasan seterika yang di set oleh En Zul. Berjujuran air mata... Badan aku dah la semakin menggajah, banyak baju tak muat. Sekarang ni makin banyak pulak baju aku yang rosak!




Dan Khamis lepas, bila aku balik dari Penang, aku pun nak gosok baju kerja untuk hari Jumaat....



Mangsa ke empat!
Wargghhhh... Fed up nya aku!!! Kenapa la aku lupa pasal iron ni??
En Zul pun satu. Aku tak faham kenapa mesti set temp iron bapak gila panas???
Dah la rosak baju aku, then seterika pun ada kesan hitam kat bawahnya. Satu hal pulak aku nak kikis bawahnya supaya tak tinggal kesan kat baju yang lain. Lepas ni kalau aku tak sempat nak iron baju, kau bawak la baju gi dobi, bang... Kang tak pasal-pasal habis satu almari baju aku jahanam kau kerja kan!
Fed up la macam ni!!!










Nampak gayanya aku memang kena beli iron baru yang mahal sikit. Jenis yang keluar wap panas tu. Brand Tefal. Bang, bulan ni saya swap card abang ye... Nak beli iron baru, sebelum saya terpaksa beli baju baru pulak!

No comments :