It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 31, 2012

Toyota KE10

Kebelakangan ni En Zul dah mulai menggila dengan kereta old fashion.
Tiap-tiap hari dia bukak mudah.com nak survey kereta lama.
Model yang dia suka Toyota KE10.
Kalau sekarang ni kira-kira kategori Altis or Vios la...

Dia kata kereta tu cantik, antik, kalau kasi make up sikit kompem semua orang pandang (ye ke?)
Aku tak faham kenapa mesti kereta ni?
Dalam banyak-banyak hobi, tang nak menjaga benda lama ni jugak yang dia berkenan.
Nak servis la, nak maintenance la, nak beli spare part la.
Semua tu memerlukan kos yang tinggi.
Ada yang sampai makan berpuluh-puluh ribu ringgit.

Jumaat lepas aku temankan dia pergi tengok kereta tu.
Ada sorang lelaki ni yang ada hobi beli kereta lama, kasi repair sikit-sikit then jual pada orang.
So En Zul nak pergi tengok kondisi kereta tu.
Kalau dia puas hati, dia nak beli.

Dah jumpa owner kereta, En Zul siap test drive lagi kereta tu.
Konon-konon bunyi enjin slowwwww je.
Eleh, kalau nak sedapkan hati aku, memang la dia puji kereta tu melambung-lambung.
Padahal bunyi enjin tu macam motorbot.
Dari jauh dah dengar macam nak meletup.

So far dia just survey je dulu.
Belum jumpa yang betul-betul dia berkenan.
Kalau dah jumpa, kompem dia beli.
Pastu dah penat-penat servis, sekali kereta tu buat hal.
Meragam sepanjang masa.
Hujung-hujung naik moto cup je.

Tak apa.
Take ur time, bangggg...

Biar jangan jumpa yang dia berkenan.
So tentu belum kompem nak beli.

Hmm...


Yang botak tu bukan En Zul ye. Itu owner kereta :)




No comments :