Semalam pergi jalan-jalan dengan MR HUBBY. Saja nak sambut tahun baru. Dah 2hb baru nak sambut. Boleh? (Asalkan ada orang nak belanja, aku tiap-tiap hari nak sambut tahun baru).
So semalam kitorang pergi lunch kat Bandar Baru Bangi Seksyen 15 (belakang Petronas). Nama restoran Anje (kalau tak silap aku). Sebenarnya masa aku couple dengan N, dia pernah bawak aku makan nasi beriyani kat sini. So bila En Zul first time bawa aku ke sini, aku pun berlakon la macam jakun sangat tak pernah sampai sini. Owh~ Mithalinya akuuuuu!!! Hahaha..
Menu lunch yang kami pilih : Nasi Beriyani (ayam beriyani dan daging beriyani). Air teh o ais limau dan air cincau. Harga makanan pun ok la jugak. Tak la mahal sangat macam kat Uniten tu.
Nasi Beriyani :
Ayam beriyani : RM 6.80
Daging beriyani : RM7.50
Ayam kampung goreng : RM8.30
Ayam kampung beriyani : RM8.30
Kambing beriyani : RM8.30
Menu lain pun ada macam laksa, mee rebus dan mee soto.
Amacam? Murah tak?
Kedai ni memang tak putus-putus orang datang. Even kitorang yang datang lewat ni pun masih ramai yang datang makan. Masih ramai yang berduyun-duyun beratur. Tak caya? Serius tak caya? Sila tengok puas-puas.
En Zul paksarela kena beratur. Aku pulak duduk je melebarkan punggung dengan jayanya. (Apahal la brader tu pakai spek dalam restoren ni yang dah terang-terangan teduh ni?) |
Ramai tak yang beratur? Sampai ada yang bercekak pinggang. Eh, comelnya muka makcik yang tengah makan ni.. Sedap sangat ke makcik? |
Ni baru side restoren sebelah kiri, side sebelah kanan penuh, ok! |
Lapar benar En Zul ni. Sampai tak menyempat nak tunggu aku snap pic. Dia peduli hape kan? Janji perut dia kenyang. |
Lepas makan kitorang ke Alamanda Putrajaya. Agaknya sudah lama kitorang tak ke sini. Rasanya last kitorang datang masa belum kawin lagi. Lagipun aku tak berapa rajin nak meronda area Putrajaya ni. Ntah la, tak tahu kenapa Alamanda ni tak termasuk dalam list port melepak aku. Nak kata jauh, tak jugak. Nak kata tol mahal, tak jugak. Mungkin suasana Putrajaya yang panas buat aku tak suka sangat datang sini. (Yeke panas? Rasanya sama je macam KL. Sila cari alasan lain, Yati!). Tapi memandangkan kitorang dah lajak ke Bangi, alang-alang kitorang terus ke Alamanda.
Kitorang pergi tengok wayang. Cadangnya nak tengok The Darkest Hour. Tapi seat penuh. Next tayangan pulak pukul 6pm lebih. Cite Sherlock Holmes pun dalam pukul 6pm lebih. Cibs. Hish, tak koser la mak nak tunggu nyah... Terpaksa la mak rembat je la mana-mana cite yang available.
So aku amik cite Suatu Malam Kubur Berasap. Serius bahabi cite ni. Kalau ada sesapa yang tanya aku rate movie ni, aku bagi -200% atau hutang 5bintang. Tak payah la nak layan cite melayu yang serius tidak memberi nilai kepada duit RM! Bukan nak hentam filem karya rakyat Malaysia, tapi memang filem ni bodoh! Aku rasa nak keluar je lepas 30min duk kat dalam tu. Buat panas pantat aku je. Nasib baik ada jugak 2-3 part yang lawak, kalau tak ada kompem pawagam tu dah terbakar!
Sebelum tengok wayang aku layan karok sementara nak tunggu filem start. Dah lama tak karok. Last karok dengan kawan study aku, Nadia & kak Maria. Ini pun aku layan karok 1jam je. Memang benar suara aku macam Adibah Noor. Bila pergi ke Superstar tu, rasanya suara aku sorang je yang hancur. Bergema-gema satu Superstar! Tapi suara Adibah Noor memang mantap. Cuma tang badan je yang sama macam aku.
Layan je la beberapa buah lagu (read : 'menyumbangkan' lagu orang). Sila dengar. Pastikan anda sediakan plastik untuk mengumpul muntah hijau anda itu.
Amacam?
Semua ok?
Masih bernyawa ye? Bagus... Ni yang kedua, sama je lagunya.
Ok, ni masa aku layan jamming dengan kawan-kawan En Zul. Punnnnnnnnnn aku nyanyi lagu yang sama, Layu Di Hujung Mekar - Rio. Tapi 'kesumbangan' itu masih terserlah pada anak tekak aku. Nyanyi la macamana pun, kesumbangan tu tetap tak dapat nak dipisahkan. Vlogging ke, karok ke, jamming ke, suara hancur tu tetap hancur jugak. Kalau aku jadi artis rakaman, sure-sure la producer nazak merayu-rayu mintak nyawa masa nak edit suara aku. So kalau aku pasang niat nak jadi penyanyi, baik tak payah! Mendera jiwa raga orang je.
Ni aku nyanyi. Memang pasrah la abang-abang kat sini nak dengar suara aku. Masing-masing duk main instrument sambil kepit telur sebab duk tahan kencing mendengar suara 'gemersik' aku.
Ni En Zul nyanyi. Lagi hancur, hokehhhh~~
Love,
No comments :
Post a Comment