Alhamdulillah kita semua dah masuk ke bulan Julai tahun 2011.
Masih bernafas kita di bumi Allah yang sungguh indah ini.
Marilah kita memanjatkan doa kesyukuran kehadrat Illahi.
Eh, macam dengar ceramah Manisnya Kurma Ini....
Arggghhhh... Semputttt..!!!!
Ok, back to the root.
*MULUT PUAKA STYLE!*
Hari ni En Zul outstation (again).
Bosan gila duduk rumah sorang-sorang.
Tak tahu apa aktiviti nak buat selain update status FB dan membuat reminder Astro, tetapi langsung tak tengok siaran sebab membuta selepas membuat reminder tersebut!
Sedang aku duduk sambil tengok tv ni, aku terfikir macam-macam perkara nak buat dalam masa 10tahun ni.
Antaranya :
1. Bisnes yang sungguh kencang untungnya
- Sebut pasal bisnes, alhamdulillah syarikat kecil kami dah mula beroperasi. Sekarang baru peringkat fasa pertama. Insya Allah jika plan kami on track, kami akan menuai hasilnya pada hujung tahun ni. Tapi atas persetujuan bersama rakan kongsi kami, semua keuntungan yang kami perolehi akan disalurkan ke dalam akaun syarikat untuk rolling modal termasuk membayar gaji pekerja. Mungkin dalam masa 2 tahun dan seterusnya baru keuntungan akan diberi kepada semua rakan kongsi. Jadi duit yang kami perolehi itu akan kami gunakan untuk perbaiki kehidupan kami sekeluarga.
2. Landed house
- Sekarang ni kami cuma ada dua buah rumah. Sebuah rumah untuk kami sekeluarga berteduh. Manakala sebuah rumah sebagai pelaburan kami. Perancangan kami adalah untuk membeli sebuah landed house. So rumah yang kami duduk sekarang ni akan dijadikan pelaburan kami.
3. Panggilan Haji dan Umrah
- Perancangan kami dalam 10 tahun ni adalah untuk menghantar kedua-dua ibu bapa kami menunaikan Haji di Tanah Suci Mekah. Seterusnya kami sendiri berhajat untuk menunaikan Umrah di sana. Tapi jika diizinkan Tuhan rezeki kami mencukupi untuk kami menunaikan Haji, maka perancangannya adalah untuk kami ke sana bersama ibu bapa kami.
4. Holiday Bersama Si Cilik
- Anak-anak sedang membesar. Jika kami mempunyai rezeki untuk membawa anak-anak pergi bercuti, kami bercadang nak pergi ke Australia. Sudah semestinya ke Gold Coast. Kalau nak tunggu sampai anak-anak sudah tamat SPM, takkan diorang nak ke tempat mainan itu kan? Mesti dioarang ajak ke Paris pulak! Jadi, sudah tiba masanya untuk kami menyimpan duit untuk ke sana. Silap hari bulan kami cuma dapat menyimpan untuk tabung pendidikan mereka saja. Ye la, gaji kami kan ciput je. Kami sangat-sangat berharap bisnes kami akan membuahkan hasil. Untuk pemulaan ni, kami cuma mampu untuk bawa anak-anak pergi bercuti di dalam Malaysia sahaja. Paling tidak pun kami bercadang nak bawa ke area Indonesia. Itu adalah perancangan Untie Leen mereka la *shopaholic sungguh Untie Leen mereka ni*
5. Aset Bersama Untuk Kegunaan Kami
- Aset yang kami senaraikan tidak la banyak. Yang terbaru adalah impian kami untuk memiliki MPV. Kesian kat anak-anak kerana kereta kami kecik untuk perjalanan yang jauh. Cuma buat masa ni budget kami banyak kami pusing ke bisnes kami. Seboleh-bolehnya kami cuba untuk tidak membuat pinjaman. Tapi jika kewangan kami ibarat nyawa-nyawa ikan, kami akan membuat pinjaman jua. Jadi, untuk memiliki MPV di dalam masa terdekat mungkin tidak termasuk di dalam 'list segera'. Akhirnya ia masuk ke dalam 10years list! Alahai.... Bawa bersabar ye anak-anak. Selain daripada emas, rumah, saving money dan lain-lain, kami cuba untuk merealisasikannya dalam masa yang dirancang.
6. Waris ZULFAKHA & HAYATI
- Waris! Ya, kami sudah memiliki 2 orang waris
Ok, kami berharap agar perancangan ini akan menjadi kenyataan. Amin....
(rasanya entry ini seperti tiada ayat puaka!)
No comments :
Post a Comment