Tengok tajuk entry, rasa nak muntah!
Bak kata Kak Fazi, ‘tengok gambar ni, mesti nak u hapdet kat blog..’
Ha’ah!
Tak payah nak cerita panjang-panjang.
Upload gambar je.
So, senang semua orang nak faham entry ni.
Ye, mari ramai-ramai tengok perangai anak-anak aku yang ‘sungguhhhh baikk’!
Macamana la aku tak amukan puaka tengok perangai masing-masing?
Terlompat sana, terlompat sini!
Terjerit sana, terjerit sini!
Gaduh sana, gaduh sini!
Hadoiiii… kalau macam ni, Mail Lambong pun boleh pencen jadi samseng tau!
Ni beberapa gambar merepek anak-anak aku.
Silakan memuji!
Ni mood diorang tengah baik. Nak jugak menolong aku kat dapur |
Lukisan Ika di whiteboard ofis aku. Lukisan Aleeya dia padam. Alasannya lukisan Aleeya buruk. So lukisan ni cantik la sangat ek? |
Ni perangai wajib kalau pergi shopping. Yang bapak pun melayan sangat! |
Bab ni paling aku menyampah! Tiap-tiap kali nak kejut bangun pagi kompem berperang aku dengan si Ika ni. Liat bebenor nak bangun pagi. Ni dah kena kejut, seboleh-boleh dia nak tidur lagi! |
Pukul 6 pagi. Wajib tengok kartun selepas mandi. Alasannya supaya tidak tertidur semula lepas mandi. |
No comments :
Post a Comment