It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 26, 2011

Mari Bersembang (Toyol vs Hantu Guli)

Semalam aku balik kerja bersendirian. En Zul ada kerja yang perlu dia selesaikan.
Sampai je di rumah, selepas aku setel hal peribadi aku, aku on laptop.

Bayar bil Astro (mahal nak mampus, tapi siaran macam sial!).
Bayar bil Maxis (tiap-tiap bulan sama je bilnya. Ntah aku call siapa, aku pun tak tahu!)
Bayar bil Celcom (broadband aku ni memang lembab!)
Bayar duit ASB Maklang (bila la nak abis bayar ni? Huhu..)

Ok, setel komitmen!
Main FB jap.

Pukul 8pm En Zul sampai. Macam biasa aku bancuh air untuk dia. Then aku iron baju kerja kami berdua. Lepas setel iron baju, aku masuk bilik dan berbaring. En Zul masuk dan baring sebelah aku.



En Zul : Nape tido ni? Tak nak tengok tv ke?


Aku : Bukan tido, tapi tengah fikir.


En Zul : Fikir apa?


Aku : Pasal duit yati. Abg, jom pindah rumah. Kita duduk Prisma nak?


En Zul : Kalau duduk Prisma, kita kena bayar sewa rumah. Rumah ni tak kena bayar pun. Tapi kenapa nak pindah?


Aku : Yati rasa rumah ni ada toyol la. Duit yati asyik hilang je.


En Zul : Eh, ye ke? Duit abg tak hilang pun. Ha, jangan nak tuduh abang pulak yang curi duit yati.


Aku : Betul bang.. Memang ada toyol. Dulu masa duduk Prisma, duit Yati tak hilang pun. Rumah ni dah la ada hantu guli. Pastu hantu guli tu ajak kawan dia si toyol tu datang sini sekali (gila batak aku merepek macam ni!)


En Zul : Betul ke hilang duit Yati tu? Ke, Yati belanja lebih ni? (masih cuba untuk melayan perasaan aku)


Aku : Betul banggggg....


En Zul : Ok, cuba Yati kira berapa belanja dalam sehari?


Aku : Pagi selalunya Yati beli nasi kerabu. Harga RM3.50 je. Kadang-kadang RM4.


En Zul : Ok, tengahari pulak?


Aku : Belanja lunch dalam RM6.00. Pastu beli kaya ball RM2.00 dan waffle RM2.00. Kaya ball dengan waffle ni pakej, wajib beli.


En Zul : Haaa.. Dah berapa tu? RM10.50 kan? Malam pulak?


Aku : Malam belanja minima dalam RM10 jugak la.... (kalau maksima? Kau kira sendiri!)


En Zul : Jadi, toyol mana yang banyak sangat curi duit Yati tu? Sehari dia curi sampai RM24! (errr.. Dia seperti dah dapat tangkap 'toyol' aku tu!)


Aku : Yati ni tak makan banyak tau. Yati dah catu makanan Yati..... Ye la, gaji Yati sikit je, mana mampu nak makan benda mahal-mahal...


En Zul : Ha'ah! Ye la! Dah tu ni apa? (sambil cubit 'spare tyre' aku yang banyak tu). Memang la makanan tu tak mahal, tapi kuantitinya banyak! Bulan depan kompem 'toyol' tu tak ada. Ye la, bulan depan kan dah puasa. Semua hantu kena tangkap, termasuk toyol Yati tu. Insya Allah bulan depan duit Yati tak kena curi.


Bulan depan aku kena pastikan duit aku kembali banyak berkadar songsang dengan berkurangnya lemak-lemak kat badan aku ni! Caiyokkk!

Kurang makan, kurang lemak, banyak DUIT! ^_^
(Padan muka aku.. Dah la gaji sikit. Pastu makan tak beringat. Mana la nak cukup duit?)

No comments :