It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 18, 2014

Wall Art @ Penang

Alhamdulillah, aku dah sampai KL dengan selamat.
Even dah selamat masuk keje dah. Huhuu..
Sangatttttt la malas hokey!

Ni nak habaq mai pasal aktiviti untuk hari-hari terakhir di USM.
Well, kali ni baru betul-betul dikatakan tourist kokesen.
Aritu aku belasah je buat tajuk entri.
Kali ni tajuk entri betul-betul match dengan cerita yang aku nak story.

Well, aritu aku keluar dengan Nadia, Wazli & Zul.
Plan nak beli jeruk dan jalan-jalan.
Kitorang beli jeruk kat kedai tahun lepas yang kitorang beli kat Chawrasta.
Nak beli jeruk yang BETUL-BETUL SEDAP?
Klik SINI. Kompem korang tak kan menyesal.
Sila abaikan jeruk Pak Ali yang konon-konon sedap sampai langit ke tujuh tu.
Buat sakit tekak je makan jeruk Pak Ali tu.

Aritu masa cuti CNY aku keluar dengan Wazli & Kak Bibi.
Terjumpa wall paint ni kat area Chawrasta.
So lepas beli jeruk, kitorang pakat nak jalan kaki cari semua hasil-hasil seni lukisan dinding yang fofular itu.
Dah la tak breakfast, pastu tak tahu jalan.
Main belasah je gamble jalan-jalan sekitar town.
Jalan kaki hokeh! Ni baru boleh nak feling-feling kokesen.




Ni gambar pertama aku 'terjumpa' aritu masa otw nak balik USM.
Terus semangat nak jejak semua gambar-gambar ni.

Sebab aku malas nak taip panjang-panjang, so aku buat caption je la untuk setiap gambar.
Kalau aku rajin, aku elaborate sikit story tu.
Mohon jangan dikeji atas kemalasan aku yang berkoyan-koyan ni.




Tengok Wazli & Nadia ni macam serasi bersama je kan?
Serasi macam watermark aku kat bawah kaki Nadia tu.
Senyuman seolah-olah 'owhhh, bahagia milik kita berdua'......
Ewahhh!




Seeeee.. 
Bergambar dengan nyonya Mansur jual eskrem perisa kangkung pun diorang masih tersenyum bahagia...




Cer tengok Wazli bergambar dengan aku.
Nampak tak 'kebahagiaan' kitorang?
Nampak tak? Nampakkkkk..??

Tak nampak kan.




Kitorang penat berjalan mencari Wall Paint.
Letih gila babasssss.. Tapi bila time bergambar, hilang semua penat.
Gambar ni Wazli yang snap. Penat aku senyum sampai kejung pipi aku.
Harammmm dia tak snap! Lepas aku & Nadia tak nak senyum dah, terus dia snap.
Saje je nak candid kitorang. Cisss!
Takpe... Candid pun weoll tetapppp gojesss..
Mampoo??



Maafkan beliau.
Beliau sedang sakit mental.
Sila abaikan picture ini.




Jalan punya jalan, kitorang cuma jumpa hasil seni yang ini je.
Huwargghhhh... Mana wall paint ni?
Sedih gila penat-penat jalan tapi tak jumpa lokasi nya.
Tanya orang sekeliling pun diorang tak tahu kat mana.
Eeeee.. Sakitnya hati! Hujung-hujung amik gambar kat sini je.




Wazli lagi mengong.
Hasil conteng-conteng ni pun dia nak bergambar.
Kecewa tahap dewa kelapan dah ni.




Lukisan ni pun jadikkkk...
Asalkan ada gambar. Tak de la sia-sia aku berjalan sehari suntuk.



Gambar-gambar ni memang banyak kat sekitar George Town.
Tapi kena jalan kaki baru boleh jumpa. Ni pun banyak lagi yang kitorang tak snap pic.




Akhirnya ada jugak orang yang sudi bertanya pada penduduk tempatan.
Kalau tak bertanya, sampai kesudah la kau tak jumpa.
Hujung-hujung kau dah berjalan sampai ke Zimbabwe pun kau takkan jumpa wall paint tu.



Tapi brader ni bagi direction blur-blurr jugakkkkk..
Sedihhh!

Takpe la banggggg... Kami jalan je la..
Kalau jumpa Alhamdulillah... Kalau tak jumpa, kami balik je laaaaa...




Jumpa map. Harap-harap jumpa la jalan Armenian tu.
Sekali tengok map, alahaiiiiii.. Macam jauh la pulak nak jalan kaki ke sana.


Teruskan perjalanan.
Ketiak dah berlendir. Badan dah berbanjir dengan peluh.
Perut dah laparrrrrrr.... *nanges*




Sekali jumpa abam polis.
Sekali lagi ada insan yang cantik, gojes, menawan sudi bertanya jalan kat abam polis ni.
Syukurrrrr.. Abam polis bagi direction ke Armenian Road.

Yessss.. Terus bersemangat nak teruskan perjalanan.




Kalau nak cari Armenian Street, ni adalah salah satu land mark nak ke sana.
George Town World Heritage Inc.

Yeayyyyy.. Dah jumpa!
Cepat kawan-kawan... Kita serangggggg!

*lari-lari anak.. 5 langkah dah semputtttt*




Sampai jugak kat Armenian Street.
Tugas kami sekarang adalah nak cari wall paint tersebut.
*sambung perut laparrrrrr*




Armenian Street ni agak panjang jugak.
Jangan risau, banyak sign board nak ke sini.




Sedang jalan-jalan mencari wall paint, Wazli ternampak rumah ni.




Jejak Kasih kah?
Ibarat terpisah 2 kurun, jumpa gambar terus sembah sujud kat nenek moyang.
Puiiiii!




Ni keadaan dalam rumah warisan Sun Yat Sen.
Harga masuk RM5. Kitorang belasah masuk ambil gambar puas-puas, baru bayar kat guardian house.




Kami Comel =)
Harus la tinggalkan jejak di sini. Hehehee...




Mendengar penerangan dengan kusyuk.
Tapi sepatah haram aku tak paham.
Maaf laaa.. Aku kurang berminat dengan sejarah.
Sape-sape nak tau pasal rumah Sun Yat Sen ni sila gugel sendiri.
(rugi je Wazli seponser RM5 bayar untuk aku masuk rumah ni tapi sia-sia belakaaaaa...)

Eh, Nadia korek bontot kah?



Errr.. Wazli pun korek bontot jugak kah?




Sah, group kitorang ni kena tukar nama jadi GROUP KOREK BONTOT.
Zul ni la ketua grup bontot kitorang.
Sebab dia suka bab-bab aktiviti korek bontot ni.
(teringat gambar Syahrul bontot - kawan si Zul)




Tengah mendengar briefing.. Tapi tak paham sepatah pun....
Laparrrrrrrr...
(jam dah pukul 1.45pm. Sebab tu kau cakap apa pun aku keras membatu kat situ)




Kami yang comel =)




Barang-barang antik peninggalan rumah warisan Sun Yat Sen.


Penjaga rumah SYS ni ada bagi direction ke wall paint tu.
Oh, great! Bertambah semangat nak ke sana.
Lapar pun hilang seketika....





Azan Zohor berkumandang.
Solat, yuk!

Lokasi : Masjid Acheh, Armenian Street.




Suuuu lirammmmm... Suuuuu lirammmm rammm rammm...
Sulirammmm yangggg chantekkkkk....

Kemain Wazli bergurindam di tepian gigi air kolam.


Hoiiiiiiii Wazli!
Cepat pi amik wudhu'!
Main-main kau ye!!



Lepas solat, teruskan perjalanan terjumpa tempat ni.
Sori tak tahu apa nama dia.
Tapi nampak macam kat China. Sesuai orang nak shooting filem Fong Sai Yuk kat sini.




*no comment!*




Yes, kat sini kami dah mula jumpa wall paint.
Alhamdulillah..
Sebelum tu, kita insetegeram dulu ye...

Senyummmm ^___^




Finally, jumpa jugak..
*nangesssss*


Cantik kan?




Nak curikkk ye?




Orang kat SYS cakap dulu ada tin coca cola.
Tapi asyik kena rembat. So diorang ganti dengan foam cup.
Aku gigih beli air tin coke, suruh Zul galah ni taruk kat situ.
Maka, sila ambil gambar dengan gembira =)




Psssstttt...




The Famous one.
Gembira gila dapat jumpa gambar ni.
Dalam blog-blog cakap tempat ni semua sesuai datang ambil gambar time pagi/petang.
Cuaca cantik, so gambar pun jadi cantik.
Kitorang sampai lepas pukul 2pm.
Panas terik uolsssss! Berkepam tiak aku.
Dah le kereta duk lalu lalang. Tourist ramai, berebut-rebut nak snap pic.
Pic aku ni, aku suh sorang tourist kokesen ambil kan.
Jenuh jugak la nak speaking maut dengan dia.
Kira ok la gambar ni.
Dalam duk kelam-kabut berebut turn, dengan panas terik, dengan keta lalu lalang,
aku sukeeeee gile dengan hasil gambar ni. Bwahahaha!!!
Kira ok la dari aku suruh Wazli yang snap kannn?
Macam dah boleh agak je 'hasil'nya. Hahahaa...

Gambar wall paint sahaja aku ada snap, aku buat timeline photo FB aku.




Wazli dah buat hal sewel dia.
Zul pun takut-takut nak duduk dekat-dekat dengan dia.








Gambar ni betul-betul kat kedai bakery.
Kau dah la perut tengah berlagu dendang sayang, sekali kau lalu sini siap amik bau kuih dia..
Perghhhhh... Meratap ratip kau menangis nak amik gambar kat sini.
Sedap gileeeeeee bau kuih dia wehhhh!!

Lepas amik gambar terus angkat kaki.
*laparrrrrr*




Gambar-gambar tu semua berakhir sampai ke jeti.
Ada kawasan perkampungan cina kat situ.
Banyak orang jual kraf tangan dan cenderahati.
Ada beberapa wall paint yang aku tak jumpa, macam mat rempit & lain-lain.
Tak apa la, jumpa yang ada ni pun dah satu nikmat jalan-jalan arini.
Berbaloi jugak la aku menapak sekitar George Town, sampai legam legit kulit aku.
Huhuuuu...












Jom la balik.. Dah nak pukul 4pm.
Skip breakfast.
Skip lunch.
Dinner terus la kita ye kawan-kawan....


Time balik tak mampu nak patah balik jalan kaki.
Crampppp oiiii!!
Terus ke stesen bas, naik hop on hop off Penang.
Free je, kau pusing la satu town. Tak penat, tak de peluh.
Siap boleh tidur dalam bas yang ber ekon tu.


Sweet Memories ^_^



With Love Geng Korek Bontot =)

No comments :