Semalam ada 2nd last paper.
Dan Prof Syukri nak kitorang bentang assignment (new element/compound found) lepas exam.
Lahaiiiiii.. Sedangkan untuk exam pun aku tak ready apa-apa, ni kan pulak nak search data pasal assignment ni. Memang stress!
Kelmarin kitorang berjalan sakan kat town. Nanti aku update entri jalan-jalan tu.
Seyes penat... Even kitorang nak sambung karok kat QB tapi masing-masing macam dah lemau badan. So balik je la bawa-bawa berehat pulak.
Malam kelmarin aku tido awal. Selalu kalau tak pukul 4am or 5am, baru aku nak tido. Ni pukul 10pm aku dah balun membongkang atas katil. Liza datang bilik aku panggil 2-3 kali pun aku tak dengar.
Huhuuu.. Sorry Liza ku sayang...
Lepas Subuh, aku sambung tido balik. Memang penat la berjalan-jalan.
Niat nak bangun study sebelum subuh. Tapi apakan daya, aku....... (sila sambung sendiri).
Matahari dah meninggi aku baru nak bangun tido. Baru nak layan Sidang Video, sekali teringat nak siapkan assignment. Kena cari data kat gugel. Malam kelmarin aku sempat bookmark page tu. So senang nak buat cari balik.
Bukak internet lappy --> Tiada connection --> Restart lappy --> masih tiada connection.
Bukak internet henfon --> Tiada connection --> Restart henfon --> masih tiada connection.
Bukak internet Note --> Tiada connection --> Restart Note --> masih tiada connection!
Kesialan apakahhhh?!!!!!
Dah la line maxis tak dapat langsung kat dalam Gua Niah ni.
So macamana aku nak bukak mobile data?
Nak tak nak terpaksa keluar bilik dan lepak kat tangga luar Restu.
Dengan harapan moga-moga dapat line internet kat situ.
Lepas aku berjaya screenshot page yang aku nak, then aku sambung study balik.
Apa la malang sangat nasib aku?
Seolah-olah nak diuji pulak. Layan Sidang Video sekali tengok Prof bagi salah equation.
Arghh! Time aku nak study, masa tu la baru perasan prof salah bagi quation.
Sambung stress kuasa ganda doploh tujuh!
Terus aku tak ada mood hari ni.
Dengan badan lemau lembik tak larat.. Mata masih mengantuk.. Perut lapar.
Pastu connection buat tahi!
Bukak VC tengok equation main selamba je bagi salah.
Ni kalau aku fail paper ni memang aku tau la sape yang salah!
Aku la.
Sebab study last minute. Padan muka.
Elok tengah stress-stress study..
Sekali ada orang hulur surat.....
Bila baca isi kandungan surat ni, benda yang pertama aku fikir was :
*ni aku patut gelak ke... atau nangis?*
Then baru aku fikir soalan ke dua.
*Kau ni dah kenapa Nadia??*
Maka aku buat surat balas.
Tapi sebab aku malas nak tulis tangan, maka aku upload kat fb besertakan sekali surat balasan.
Aku senyap pun salah.
Aku bising pun salah.
Hishhhh... Tak paham lorrr!
Ni yang susah jadi orang glamer ni.
Serba serbi perbuatan aku di pandang orang.
Kahhhh!
Masuk exam tengok prof bagi 3 soalan.
3 sahaja!!!!!
Mana soalan yang lain? Kau mampu nak goreng jawapan untuk 40 markah bagi 1 soalan?
Aku rasa setiap soalan aku jawab 3 baris je. Hahaha..
Kompem dalam mimpi je aku boleh skor full marks!
Reality nya nan hadooo!
Lepas habis exam kitorang sambung kelas untuk presentation new element/compound found.
Mati la aku...
Aku tak ready lagi.. Snapshot tu pun aku tak sempat nak baca apa-apa pun.
Sekali prof berkata...
"Siapa nak volunteer? Ok.. Kita minta 'ketua kelas' bentang dulu. Silakan Hayati"
Puiiiii!
Aku jugak yang kena! Budak-budak lain dah pakat tepuk tangan dan gelakkan kat aku.
Ehhhh, kemain hepi korang eh?
Aku tepuk dahi sekor-sekor kangggg...
Oleh sebab aku terlalu bijak, maka aku memberi cadangan bernas kepada prof :
"Kita minta rakan-rakan yang nak grad tahun ni bentang dulu la. Saya lambat lagi nak grad. So biar sy bentang hujung-hujung je..."
Sudahnya aku jadi tukang catat masa perbentangan je.
Hahahaahahha... Berjaya misi aku!
Malangnya misi aku dicantas oleh Pakku!
Elok je Kamala selesai present, diorang jerit-jerit panggil nama aku suruh present tajuk aku.
Cissssssss... Berani-berani korang mentahikan perangai masing-masing.
Nasib baik Kamala pilih Liza untuk next presenter.
Hihihiii...
Then Liza pilih Pakku.
Ok. Time ni aku patut larikan diri je.
Aku tau Pakku tu memang akan aim aku. Mesti dia akan panggil aku lepas dia present tajuk dia.
Mesti punya lah! Kompem!!!
"Ok Prof, saya pilih HAYATI!"
Then Pakku gelak-gelak...
Kan... Aku dah agak dah!
Dia memang aim aku. Dari tahun 2 dia suka buat dajal kat aku.
Lanch!
Aku ketap bibir. Dalam hati memang aku sumpah seranah mamat ni.
Ntah apa yang dia suka sangat nyakat aku, aku pun tak tahu.
Asal nampak kelibat aku, mesti ada je benda yang dia nak sakat.
Kalau nampak bayang-bayang aku pun menjadi.
Janji ada kena mengena dengan aku. Mengong betul la mangkuk jamban ni!
Lemah je aku bangun.
Tak tahu nak cakap apa? So aku 'goreng' ikut prospek aku.
Aku bentang dari segi Biomedicule.
Sambil-sambil tu aku perati kan je perangai si Pakku ni.
Makin aku pandang dia, makin kecikkkk je aku nampak kelibat dia.
Rasa macam nak pijak-pijak je dia tu.
Gerammmm!!
Mesti dia rasa seronok sangat dapat pedajalkan aku dalam kelas semalam.
Hmm.. Nasib baik la tahun ni kau dah grad.
So tahun depan aku boleh study dan grad dengan aman....
Pakku jahat. Pakku nakal. Pakku gile.. Pakku sewel... Pakku mengong!
Pasni kalau kau kacau aku lagi.. Siap kau aku kerjakan!
Kau tak pernah rasa terhempap dek bontot gajah kan?
Kau tak pernah rasa kena hentak dengan kaki gajah kan?
Haaaa... Lepas ni boleh la kau rasa penangan gajah kat USM ni.
Pakku segala-gala yang jahat!!
*gambar masa muda-mudi. Amik kat FB pakku*
No comments :
Post a Comment