Malam tadi konon-konon nak update entri. Dah siap masuk gambar semua, sekali rasa mengantuk. Tengok jam dah pukul 1.40am. So aku save the entri as a draft, then baring atas katil. Layan jap candy crush, pastu tidur. Time tidur memang akan jadi best kalau mata betul-betul mengantuk, terutama kalau tidur malam. Tak payah nak ada bedtime story, tak payah nak buat gudnite call kat orang tersayang. Tutup je mata terus dengkur! Hahaaa... Tapi kalau tidur siang lain pulak definisi dia, sebab nak kena kira faktor kepanasan cuaca, tahap bunyi sekeliling, tahan intensiti cahaya. Tu belum kira bunyi orang berjalan, bunyi kucing mengawan depan bilik, bunyi orang mandi, bau busuk orang berak, bunyi wassap dari grup "Kita Budak Cute".. Bila bukak je wasap, beratus-ratus mesej masuk! Huhuuu...
Malam tadi aku rasa panas sekejap. So pertama kali sepanjang aku duduk sini, aku tidur atas lantai. Punya la panas sampai berpeluh-peluh aku. So campak bantal ke bawah, dan golek kan badan ke bawah. Kedebukkk! Ahhh.. Sejukkkkk... Terus sambung lena. Agak lama jugak la aku kat bawah. Sedar-sedar je sebab aku dah mula menggigil. Slow-slow aku bangun dan merangkak naik atas katil. Ni kalau Nadia sedar dari tidur dan tengok aku merangkak-rangkak macam hantu Ju-On, kompem pengsan makcik tu. Silap hari bulan dia ketuk nya aku dengan baldi dia. Hahaha.. Ok, tak klaka.
Pas sambung tidur kat katil, aku mimpi artis kesayangan aku.. Wahhhh.. Kemain kauuu! Mentang-mentang dah dua minggu tak jumpa En Zul, kau seronok nak bermimpi-mimpi kan retis kesayangan. Apesal kau tak mimpi En Zul je? Hishhh.. Dah nama pun mimpi, harus la kita bermimpi kan retis kannn?!! Kalau setakat En Zul, tak payah nak mimpi-mimpi. Kau balik je KL terus. Setel masalah.
Stetmen macam cibss. Pui!!
Bukan mimpi apa pun. Aku mimpi main teka-teki dengan Jep. Hahahaha! Keji sungguh! Eh, korang jangan nak gelak-gelak. Walaupun setakat main teka-teki, nanti dia up level, kitorang main congkak pulak. Pastu up lagi level main sorok-sorok pulak. Nanti dah hujung-hujung baru la kitorang main game perang-perang.... Masa tu baru la adventure mimpi aku tu. Kahhhhhh... (Uwekkkk.. Aku sendiri nak baca pun geli tekak!)
Well, biar la setakat main teka-teki pun, tapi keindahan dan kenikmatan kami bersoal jawab tu macam ibarat sedang bermadu asmara di bawah pokok buluh, di sinari cahaya bulan purnama seperti scene Kassim Selamat berjumpa Sabariah bawah pokok buluh buat kali pertama.. Chewahhhh!
Kau mampu nak berangan macam aku noksss??
Sedang elok aku bermesra soal jawab, siap gelak tersipu-sipu (gelak style macam ni nampak aku plastik sangat! Memang tak mungkin la aku nak gelak sipu-sipu kannnn?), tetiba terdengar satu bunyik yang biasa kedengaran...
"Hey..hey.. you.. you.. i dont like your girlfriend" - Avril Lavinge
Bunyi alarm aku daaaa....
Terus bangun dengan berat hati. Cissss! Seyes kacau daun. Bukan selalu nak dapat mimpi dengan Jep. Alahai.... Ni semua sebab aku ada kelas Material Science awal pagi. Arghhhhh... Apesal kelas awal sangat?? Kalau lepas Subuh aku boleh sambung tidur, mesti game kitorang boleh up level sampai ke game perang-perang. Arghhhh.. Nak sambung tidurr!!!! Mencik laaaaaaa...
Malam ni aku nak tidur awal. Kompem! Harap-harap aku boleh sambung main game teka-teki dengan Jep. Oh, Jep... Tunggu i tauuuuu.. Tunggu kat tempat biasa, bawah pokok buluh tu ekkk..
Teka-teki teka-tekuk..
Abang Jep, sila tunggu bawah itu pokok.
It's me.. Juz me... Only me!
If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.
A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.
~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!
No comments :
Post a Comment