It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 8, 2014

Erat seperti Belangkas

Kali ni nak bawak tempat makan yang pernah aku review 2 tahun lepas. Cuma kali ni nak cerita pasal restoren yang bersebelahan dengan restoran yang selalu aku pergi. Lokasi masih di Penang (island). Lebih tepat adalah di Gold Coast. Senang je nak ke sini. Kalau dalam carian enjin gugel, taip je Hammer Bay Ikan Bakar, Gold Coast Penang. Insya Allah keluar la route ke sana. Gold Coast ni dekat je dengan Queensbay Mall. So memang senang nak cari.

Kalau dari Jambatan Pulau Pinang :
- Ambil laluan ke Bayan Lepas. Guna laluan biasa iaitu jalan bawah (jangan naik flyover). Sampai ke Sg Nibong, ambil exit Queensbay / Gold Coast di sebelah kiri.
- Sila rujuk gambar yang aku lukis kat bawah. Jangan gelak. Lukisan aku memang tak cantik. Mohon jangan di keji.


Beberapa lokasi kedai makan yang best :

 (1) Menghala Bayan Lepas = Pak Husin, Denai Tropika, Sany Char Koay Teow,
Ayu Mee Udang Gertak Sanggul

(2) Menghala Queensbay Mall = Boleh makan tepi pantai dekat-dekat Seagate

(3) Menghala arah bertentangan QBM (sebelah kiri bulatan) = Boleh makan tepi pantai.
Tapi lebih banyak pilihan makanan berbanding QBM. Sebab QBM dah diharamkan orang meniaga.



Kali ni kitorang try makan kat restoren Anggerik Biru / Blue Orchid (salah eja nama di gambar atas). 2 tahun lepas kami makan kat Hammer Bay (SINI). Harga murah jugak la. Rate kesedapan aku bagi 3/5. So this time kitorang try pulak makan kat Blue Orchid. Mulanya kitorang nak makan Ayu Mee Udang kat Gertak Sanggul. Tapi tutup la pulak. Then kitorang ke Sani Char Kuey Teow, punnnnn tutup jugak. Last, kitorang ke Gold Coast sebab dah hampir pukul 11pm. Alkisahnya Zul nak belanja angpau CNY dia, so kitorang kikis la ke kedai makan. Takkan nak mintak belanja sorang buah pisang sebatang je kan? =P






Kitorang ambil set B (untuk 3-4 orang).
Nasihat aku, kalau datang makan 4 orang, baik amik set utk 2-3 orang.
Serius banyak gila lauk!
Set kitorang je dapat 6 lauk + 5 cucuk otak-otak free!
Memang boleh terbelahak la makan kat sini.




Ni antara separuh seafood yang ada kat BO. Harga mengikut saiz & berat.
Kitorang pilih siakap hitam. Sebab katanya isi lebih sedap, tekstur sekeping-sekeping ala-ala salmon gitu.




Yang istimewa nya kat sini ada belangkas.
Kalau bakar saja, harga RM10. Kalau buat kerabu harga RM20.
Sebab Wazli nak try rasa isi belangkas, dia order 1 ekor buat bakar.

*ni first time kitorang makan belangkas. Huhuuu...*



Ni pilihan seafood kat Hammer Bay. Mungkin harga lagi mahal sebab ikan masih hidup.




Besar gila udang! Dah sama besar dengan ikan.




Kawan-kawan sejati iols..
Erat seperti belangkas ^_^



Ni kuih Chang. Makanan tradisi orang Cina semasa Dragonboat Festival.
Mak Zul yang buat. So dia bawa lebih untuk kitorang.
Tenkiu Zul =)




Kuih Chang dibuat dari pulut dan direbus macam ketupast palas.
Lepas pulut separa masak, kena gaul dengan rencah dia pulak.
Rencah terdiri dari buah berangan, isi ayam, cendawan shitake...
Errr.. Ape lagi eh? Lupa..
Korang pandai-pandai la search sendiri. Ikut resepi asal ada lemak pork (1 slice per piece).
Tapi untuk orang Islam haruslah elakkan benda yang tak halal ni.




Ni rupa dalaman kuih Chang.
Tak reti nak gambar kan macamana rasa dia. Sebab ada inti tu buat rasa dia tak macam makan lemang.
Macam makan ketupat palas manis (ketupat campur serunding).




Yummy!
(kontrol sikit lubang hidung tu, Wazli...)




Ni ape kes ni?
Dah le pakai baju sama (skandal!).
Pastu nak majuk-majuk duduk jauh-jauh.




Ni makanan dalam set B.
Ikan siakap bakar pes cili, tomyam campur, sayur campur, telur bungkus, kepah masak pedas, sotong goreng, nasi putih, air sirap limau 1 jag dan otak-otak percuma.

Plus 1 hidangan belangkas bakar.

Jumlah harga RM118++
Termasuk air spesial Wazli & Zul.
Thanks Zul sudi belanja kitorang. Terima kasih daun keladi.
Lain kali belanja lagi. Hehehee....

Semoga murah rezeki kau.. Aminnnn!



Ni siakap bakar.
Sedapppppp! Ikan dia tak kering. Moist je.. Pes dia pun sedap.
Semua orang pakat makan nasi sikit je. Pastu belasah ratah lauk sampai licin.




Ni belangkas bakar. Lepas dia belah, dia kena buang racun kat tengah-tengah badan belangkas ni.
Wazli buka dengan berdebar-debar...
(motif nak berdebar bagai?)




Rupa isi dalam belangkas.
Kaler hijau macam kacang hijau tu adalah telur belangkas.
Isi dia yang warna putih tu.

Rezeki kami malam ni dapat telur belangkas banyak dan tebal.
Kadang-kadang ada juga belangkas yang tak ada telur.
Tapi mengikut cerita owner kedai, orang yang beli belangkas ni pandai pilih belangkas yang ada telur.




Semua serbu ambil gambar.
Wazli pasrah je menunggu sampai diorang selesai snap pic.

Wazli : Korang... Cepat la. Aku laparrrrrrr.......




Ni telur belangkas.
Rasanya macam telur ikan duri. Tapi sedikit padat & keras. Mungkin terlebih bakar/masak.
Ikut tekak aku, sejujurnya aku tak suka rasa telur belangkas ni.
Sebab masin air laut kuat sangat. Siap ada rasa payau.
Macam seolah-olah belangkas ni tak dicuci dengan bersih.
Tapi Zul cakap habitat belangkas kat kawasan paya bakau.
That's why rasa air masin tu terlalu kuat.

Aku cuma mampu telan 2 sudu telur belangkas.
Then aku surrender..... Y_Y




Yang ini masih lembut dan juicy.
Tapi masinnnnn sangat!



Mamat kurus kering sedang berusaha untuk diet.

*perlu ke nak diet lagi?*




Sehati sejiwa...
Malangnya percintaan mereka di halang oleh pihak ketiga yang berada di tengah-tengah antara mereka.



Overall, aku suka makanan kat sini.
Cuma sotong goreng tepung agak plain. Just guna tepung biasa tanpa ada perisa apa-apa selain kunyit dan garam. Selebihnya makanan memang best. Terutama ikan bakar dan tomyam.

Memang terbaik!




Update : Sany Char Koay Teow.
Tutup sebab orang cina buat kenduri raya tahun baru kat Tokong Ular.
Siap ada lion dance. Meriah uollssss!







No comments :