It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 22, 2014

Lambat

Hari ni kena datang ofis sebab nak setelkan pemasangan hospital curtain track untuk biofizikal. Dari pukul 11am sampai ke pukul 4.30pm, baru 2 set track je yang siap. Lahaiiiiiii.. Lambatnya nak siap! Sempat jugak la aku siapkan assignment semiconductor aku sementara nak tunggu vendor siapkan 2 set track ni.

Agak-agak nak tunggu baki lagi 2 set tu, aku boleh siapkan semua lab report aku kot...

Pukul 12.30 tengahari aku call person in charge vendor ni. Aku tanya pekerja dia cuma 2 orang saja ke yang datang buat kerja? Sebab lambat sangat nak siap. Anggaran hampir 2 jam untuk siapkan 1 track. Jawapan yang dia bagi "oh, u cuma pasang 4 tracks saja.. 2 orang staffs sudah cukup... U tunggu saja, nanti diorang buat cepat-cepat..."

Hadoiiiii.. Ni baru aku order 4 tracks kau bagi alasan order aku tu sikit, tak payah pakai tenaga kerja ramai-ramai. Sedangkan 1 track pun amik masa hampir 2 jam, kalau 4 tracks dah ibarat makan masa 8 jam. So aku dah boleh claim CTR dah pun.

Lepas lunch datang sorang pekerja melayu. Dia bawa datang tengok-tengok dan ajak pekerja yang sedia ada 2 orang tu pegi lunch. Ok, sila kan la.. Kang kalau makan lambat ada yang pengsan pulak. Lepas lunch hour, diorang bertiga balik dari makan, datang pulak lagi seorang staff. Total dah jadi 4 orang yang berkerja hari ni. Tapi lelaki melayu tu pegi tido kat tepi dinding, yang baru datang tu pulak sekejap ada, sekejap menghilang. So cuma 2 orang je yang bekerja. Kalau macam ni gaya, memang sampai ke maghrib pun belum tentu siap *nanges*

Dalam pukul 4.30pm Kak Saly & Kak Rozie datang ofis nak check suhu freezer. Ada jugak la geng aku nak ajak sembang. Lepas 10 min diorang turun ke G, so aku sorang-sorang je la duduk tengok diorang ni buat keje.

Letih la macam ni. Dah la cuaca panas kat luar, ekon ofis pulak automatik setting off pada hari weekend. Nasib baik ada kipas boleh sejukkan aku yang tengah panas ni. Lepas ni dah boleh siap assignment aku yang lain. Lab report pun boleh siap sementara nak tunggu diorang siap pasang curtain track ni.

Tengah-tengah update entry, tetiba pekerja yang sekejap ada sekejap menghilang tu tanya..
"esok ofis ni bukak ke kak?"


Tak bukak. Semorang cuti. Saya pun cuti. Siapkan hari ni jugak.



.........dan lelaki itu terus sambung buat keje sambil menyumpah aku dalam hati nya.




No comments :