Balik dari kursus, mesti rasa malas nak buka buku. Apatah lagi nak siapkan assignment or lab report. Nampak tv cepat-cepat capai remote & on tv. Nampak katil, cepat-cepat landing atas katil. Nampak henfon, laju je tangan bukak game. Dengar je bunyi tepon, laju je pegi tengok mesej. Padahal notification bateri dah nak konggg je pun.
Sekarang ni semua benda aku malas buat. Sejak habis kursus aku langsung tak masak kat rumah. Ada la 2 kali aku masak kat rumah mertua. Tu pun masak nasi goreng dengan sambal udang. Selebihnya mertua aku yang masak. Boleh gitu? Dasar pemalas punya menantu. Huhuu... Balik KL lagi la aku malas nak masak. Dalam esbok langsung tak ada benda nak masak. Nugget or drummet memang aku dah kasi langsai sebelum aku kursus lagi. En Zul memang tak bagi aku tinggalkan barang basah dalam frigde kalau aku tak ada kat umah, walaupun setakat barang frozen. So sebelum aku gerak ke USM aku setelkan semua barang-barang dalam esbok tu.
Tadi saja survey-survey kat groupon, aku nampak ayamas tengah offer. So rembat sekor nak buat dinner malam ni. Tapi tak tahu nak masak sayur apa? Sup sayur campur ok tak? Huhuuu... Serius la tak ada mood nak buat keje rumah. Kadang-kadang kesian kat laki aku. Semalam dia yang siram pokok & rumput aku. Sampah pun dia yang buangkan. Semalam dia tanya, nak basuh baju ke? Aku cakap biar kan je la dulu. Tunggu hari Sabtu nanti aku basuh. Tambah bila air kat rumah slow sejak cuaca kemarau ni, aku malas nak basuh baju dengan kerap. Lambat gila nak tunggu basuhan tu siap sebab air teramattttt la slow! So aku kumpul je la semua baju sampai hari Sabtu. Time cuti baru seronok nak lenjan semua pakaian untuk laundry.
Dah la aku tengah malas nak buat segala benda. Nak datang keje pun malas. Sekali esok kena datang keje pulak sebab nak tunggu company datang pasang langsir untuk ganti partition biofizikal aku tu. Dah aku ketua bahagian biofizikal, so aku la yang kena datang kasi setel. Takkan nak suruh ketua bahagian lain pulak nak buat keje aku? Uwargggghhh.. Malasnya nak datang keje esok!!!
Ada sesapa sudi ganti tugas aku tak?
Aku rasa nak benti keje laaa... Malassssnya!!!
It's me.. Juz me... Only me!
If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.
A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.
~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!
No comments :
Post a Comment