It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 18, 2014

Penipuan Atas Talian

Ni entri ilmiah sikit.
Hehee.. Jarang-jarang sangat entri blog aku cite pasal hal-hal ilmiah kan?
Maklum la, aku kan kaki carut, kaki maki orang. So bab-bab ilmiah ni macam susah sikit nak jadi entri blog.

Hari ni kecoh kat ofis aku pasal penipuan atas online ni.
Puncanya pasal Kak Saly (which is bukan nama samaran) kecoh-kecoh pasal email yang dia terima ahad lepas pasal Maybank2u upgrade system. (Mati la aku kalau dia baca entri ni. Haha!)
Kak Saly bagitau dia terima email dari Maybank suruh user upgrade profile Maybank2u masing-masing.
Yang bestnya, email tu masuk ke Inbox la pulak. Selalunya masuk ke Spam kan.
Kak Saly pulak duk bukak email guna henfon dia. Bila Maybank bagi link tu, dia pun terus klik kat link yang dia bagi.

Lepas Kak Saly bukak link tu, memang keluar sebijik sejiban interface maybank2u online tu.
Memang langsung tak boleh syak yang itu fake page!
Dalam page tu dia minta nama bapa, nama ibu, nama samaran laa, nama pet kita laa..
Sama seperti soalan-soalan lazim yang online banking tanya.
Then masa kemuncak bila dia suruh user request TAC.
Maka dengan baik hati Kak Saly terus klik button REQUEST TAC.
Selepas 10 min, no TAC tak muncul tiba...
Tapi Kak Saly masih husnozon (bersangka baik). Konon-konon ada error masa nak log out dari maybank2u tu, so dia abaikan je error tu.

Esoknya (pagi ni) dia cerita kat besfren dia iaitu Kak Rozie (juga bukan nama samaran) pasal kes email Maybank2u ni.
Rupanya Kak Rozie pun terkena jugak. Yang lain ceritanya Kak Rozie belum sempat nak jawap soalan lazim, dia tertekan butang RESET!
Alkisah nak menyusahkan tuan punya akaun online banking.....
Maka dua-dua sahabat baik ni bertukun la kat bilik ofis ni memikirkan apa nasib akaun bank masing-masing.

So kitorang suruh la diorang call customer service untuk block transaksi akaun bank diorang.
Bermula la kisah hitam dalam hidup mereka kerana tidak boleh keluarkan duit dari bank sebab kad bank dah kena block!
Huhuhuuuuuuuu...

Aku terus check email aku, takut-takut terkena tempias bahana penipuan ni.
Nasib aku baik sebab email tu masuk ke Spam. Lagipun aku memang tak berapa gemar baca email guna henfon untuk baca email dari bank-bank ni.
Prinsip aku hanya baca email guna hp untuk email-email kerja sahaja.
That's it.



Ni email yang aku terima kat spam.
Sebijik sebijan sama email yang Kak Saly terima kat inbox.
Cuma aku tak boleh klik kat link yang dia bagi tu.




Ok, tiba part ilmiah.
Aku nak share beberapa tips untuk mengelak dari kena tipu atas talian ni.
Sila take note ye. Harap ia dapat membantu korang. Tq pada kawan-kawan yang sudi share info dengan aku (Ain, Saly dan lain-lain).


1. Jangan layan panggilan telefon dari banker.
Yang ni aku rasa semorang malas nak buat kan? Memang jengkel hokey bila banker asyik call tanya itu ini, ofer itu ini. Kalau pegawai bank minta kita sebutkan nama bapa ke, nama ibu ke, minta password ke, dengan alasan nak upgrade system, JANGAN SEKALI-KALI BERI MAKLUMAT! Sebab selalunya jika benar ada system upgrade, pegawai bank akan call kita untuk kita datang ke cawangan yang berhampiran untuk kita tengok sendiri proses naik taraf tu. Maksud aku, system upgrade tu hanya dilakukan depan kita atas kebenaran kita. Bukan dilakukan atas talian sebegitu sahaja. Ingat!


2. Guna paparan komputer untuk sebarang aktiviti transaksi.
Kalau boleh, guna komputer je untuk buat transaksi online. Kalau nak guna henfon boleh, tapi biar ada limit. Setakat nak view account, nak buat transaksi pada fav acc, itu tak apa. Jangan buat transaksi yang melibatkan TAC request ni. Lagi satu meh sini aku nak share tips untuk elak penipuan. Kalau kita buat pencarian page maybank2u, pastikan url dia adalah betul iaitu https.. Bukan http ok? Hanya 1 huruf, iaitu huruf S yang membezakan page betul dan fake page. Lagi satu, bila kita gerakkan cursors ke mana-mana icon pada page maybank2u tu, pasti url kat bawah (footer) ada appear https....maybank2u..... dan seterusnya laa.. Ikut la icon apa yang korang letak cursor pada dia. Sebagai contoh di bawah, aku gerakkan cursor pada butang LOGIN. So dia keluar url macam kat bawah tu (lihat gambar). URL tu akan berubah-rubah mengikut icon cursor korang. Tapi pastikan kena ada perkataan https dan maybank2u. Okay?






3. Jangan dedahkan no kad atm
Well, selama ni orang duk risau kalau no akaun bank kita terdedah. Sebenarnya no akaun tu korang tak payah risau sangat. Yang perlu korang concern adalah no kad atm korang. Sebagai contoh kat gambar bawah ni. Ada 16 digit yang dicetak pada kad ATM. Kalau boleh jangan beri/dedah pada sesapa pun. Sebab no kad atm ni yang orang boleh guna atau hack akaun kita. Setakat no akaun bank, diorang tak boleh buat apa-apa pun. Kalau nak masuk duit kat akaun kita boleh laaa.. Lagi kita sudi kan? Hahaa... So please remember guys.. Jangan dedahkan no kad atm. Kalau kad hilang, cepat-cepat call customer service untuk block kad atm kita tu. Korang minta la kad sapa-sapa, pinjam sekejap dan call no care line kat belakang kad tu. Lepas block kad, sila buat kad baru di cawangan berdekatan.



Well, ni bukan kad atm aku. Aku mintak kat pakcik gugel.
Hahahaa...






No comments :