Sepanjang 2 minggu kat sana, semua urusan telah dipermudahkan oleh-Nya.
Alhamdulillah..
Selama berintensif, aktiviti berblogging juga berkurangan.
'Berkurangan' je ye... Bukan tiada langsung.
Tapi aku tengok statistik, masih ada yang sudi lawat blog aku walaupun tiada update entri terbaru.
Terima kasih la banyak-banyak kepada mereka yang sudi lawat diari a.k.a blog puaka ni.
Agak-agaknya ada yang tertunggu-tunggu entri terbaru aku.
Haaa... Sape-sape yang terasa, baik angguk sekarang!
(perasan betul la aku ni, macam la aku ni blogger terkenal! Muntahhhhh~)
Masa kat USM, walaupun hati aku ada sedikit 'kacau-bilau', tapi itu hal kecik je.
Dapat nangis 10-15minit, kira setel la masalah aku tu.
Pastu boleh 'huha-huha' balik dengan kawan-kawan.
Untuk tahun ni kursus cuma 2 minggu berbanding tahun 2010 selama 3 minggu.
Memang hazab la waktu tu sebab terpaksa stay kat hostel Restu.
Bagi pelajar-pelajar USM, hostel Restu memang terkenal dengan 'adventure'nya.
Lebih-lebih lagi untuk pelajar tahun 1. Berganda-ganda la hazabnya!
Masa tahun 1 dulu, pelajar sains perempuan kena duduk kat Restu.
Restu tu bangunan baru USM, tapi terletak di luar pagar USM.
Restu terletak atas bukit. Kalau hari-hari pergi kuliah, turun naik bukit Restu tu kompem bontot jadi lentik!
Serius penat nak daki bukit tu. Silap hari bulan boleh tercicir bontot aku sebab kerap sangat turun naik bukit kat Restu!
Bab parking kereta lagi aku rasa nak menyumpah!
Dah la parking lot sikit, pastu student yang parked kereta kat tepi jalan tu memang la syok sendiri.
Kalau dah parked kat tepi jalan, buat la cara TEPI JALAN, jangan la parked sampai makan jalan.
Ikut sedap rasa je nak memarkir 'siput' diorang kat merata-rata tempat.
Selagi ada celah, selagi tu la diorang nak menyempit!
Sampai orang lain nak lalu pun susah.
Security pulak dasar gila meroyan. Sekejap bagi student bawak masuk kereta. Sekejap tak bagi pulak.
Ikut sukati diorang je nak buat peraturan sendiri.
Kalau dalam sehari aku tak menyumpah pak guard tu, memang tak sah!
Ada je bahan yang diorang nak bagi untuk aku melahar kat diorang.
Ada perkhidmatan bas dari Restu ke USM, tapi nak menunggu bas sampai macam menunggu bulan jatuh ke riba!
Sumpah memang lambat! Dah la lambat, bila bas dah sampai satu hal pulak nak berebut bersesak-sesak dengan student lain.
Arghhh! Memang hampeh la life kalau dapat stay kat Restu tu.
Kawan aku cakap (senior tahun 2008 kot) kawasan belakang Restu tu banyak babi hutan.
Kadang-kadang sampai boleh bau babi tu kat kawasan hostel.
Errkkk.. Nasib baik la masa aku duduk kat Restu tu, tak de bau babi. Kalau tak, kompem hidung aku kena samak.
Huh?
Ok, tu aku merepek je.
Ni gambar dari bilik Restu. Aku rembat pic ni dari Zulfadzli Teh. |
Tahun ni aku stay kat Aman Damai. Pastu dapat duduk kat ground floor. Gila best la!
Tak payah susah-susah nak panjat tangga sampai ke tingkat 3.
Dapat pulak bilik no 3 dari bilik air dan bilik basuhan.
Kira tak jauh sangat, dan tak dekat sangat dengan bilik air.
Sekurang-kurangnya kalau kencing dah hujung-hujung anu tu, or dah nak tercirit sangat, sempat lagi la nak berlari ke tandas.
Pastu tak la dekat sangat sampai segala aroma dari tandas boleh di hidu.
Sedang-sedang elok je bilik aku tu.
Tapi yang tak bestnya duduk kat Aman bila kipas dia adalah jenis dari zaman batu.
Ala-ala zaman Flinestone je yang pakai kipas ni.
Langsung tak praktikal. Nasib baik kipas ni tinggi, kalau rendah dah selamat aku lempar masuk 'cik tong sam'!
Kau mampu bernafas dengan kipas zaman batu Flinestone ni? |
Makanan kat kafe Aman murah gila!
Kalau ambil nasi putih, 2 lauk (ayam & daging), harga baru RM3.00.
Kalau ambil nasi putih, ayam dan sayur, harga RM2.50.
Kalau aku ambil nasi putih, sambal tauhu 2 ketul dan sayur, harga baru RM2.00.
Tapiiiiiiiiiii...
Bila aku ambil nasi putih, sotong 12 ekor, ulam, sambal tauhu, sambal belacan....
Harga baru RM4!
Gila terbelahak aku nak membayar!
Nak hulur duit pun rasa macam menggigil tangan!
Betul ke mami tu kira harga makanan aku?
Apasal murah sangat?????
Kalau kat KL, mahu nya kena charge RM25!
Sotong 12 ekor, beb~
Kalau kat KL, ambil 3 ekor sotong pun dah kena charge RM7.
Itu pun saiz sotong ada la besar jari kelingking kaki aku.
Makan pun tak lekat kat celah gigi!
Sotong 12 ekor. Tu belum campur kepala sotong. Mungkin ada kepala sotong tanpa badannya. |
Kat USM ni ada dua port yang murah harga makanan.
Kat Aman dan Kembara.
Tapi aku tak sempat nak pegi makan kat Kembara.
Asal aku pergi je, mesti tutup. Wrong time laaa..
Takpe, tahun depan aku akan serang Kembara pulak!
Ni lunch aku kat Kembara masa intensif 2010. Harga RM2.70 Ikan gila punya besarrrrrr... Sampai terkeluar ekor dari pinggan. |
Overall intensif tahun ni memang best.
Kelas pun tak banyak. Subject pun tak carry banyak.
Setakat 5 subjek teras, 2 subjek kursus universiti dan 1 amali.
Exam pun jarak-jarak waktunya. Tak la stress aku nak pulun baca buku (waktu intensif baru nak baca buku. Masa lain duk main FB dan update blog je keje aku!)
Palinggggggggg best.....
Lecturer yang sporting dan banyak bagi clue untuk Peperiksaan Berterusan (PB)!
Hahahahaa!!!!
Bayangkan, kalau ada 6 soalan PB, semua soalan tu lecturer dah masukkan dalam portal, siap dengan jawapan sekali! Tapi dia tak cakap la itu soalan untuk PB. Dia masukkan dalam bahagian Kuiz.
Sekadar latih tubi untuk kami baca buku, fahamkan konsep dan jawab soalan kuiz tu dengan betul.
Kalau nak baca 1 modul tu memang termuntah la..
Kalau tak ada jawapan pun, soalan dia sangat la direct! Setakat masuk nilai dalam rumus, terus dapat jawapan. Tak payah susah-susah nak fikir cari jalan penyelesaian.
Bagi aku itu salah satu cara untuk lecturer nak suruh kita faham apa yang dia ajar.
Kalau bagi soalan susah-susah, tapi student pun tak faham apa yang dia baca, tak payah la buat PB tu.
Kompem markah ciput je.
Harap-harap markah PB aku kali ni boleh menggembirakan hati aku :)
Untuk lab pulak, memang best.
Kalau nak compare dengan tahun 2010, memang boleh gila aku buat amali kat makmal tu.
Serius tak faham arahan amali.
Buat banyak kali pun masih tak dapat bacaan. Boleh gugur segala rambut-rambut aku nak repeat experiment.
Tu belum masuk bab nak sediakan lab report.
Maka nak compile dengan discussion, pre-cautions, conclusion... Paling tak tahan nak kira uncertainty!
Mati hidup balik pun aku tak akan suka bab uncertainty tu.
Uweekk!
Lepas berkampung selama 2 minggu kat sana, kenangan paling best bila dapat jalan-jalan cari makan dengan kawan-kawan.
Seperti biasa, Denai Tropika dan Queensbay Mall jadi pilihan port aku.
Terbaru, Fakhrul & Suria bawak aku dengan Nadia makan kat tepi Gold Coast Resort.
Sedap dan murah jugak makanan kat situ.
RM70 boleh dapat ikan siakap 2 ekor saiz M!
Gold Cost Resort Menu : Nasi Putih, Siakap bakar, Siakap sweet sour, Tomyam campur, Kailan ikan masin, Sotong goreng tepung, Air sirap limau 1 jug, Kerang bakar (belum sampai) Total RM75.00 |
Denai Tropika Menu : Tomyam campur, sotong goreng tepung, ayam goreng kunyit, daging 1000 rasa, kailan ikan masin, ais blended 3, jus epal 1, jus carrot 1. Total RM69.70 |
Next time boleh datang lagi.
Cuma aku terkilan sebab tak sempat nak makan ramai-ramai dengan kawan-kawan sealiran sebab kekangan masa.Tak apa la, tahun depan aku try arrange lagi.
Aku tamat intensif 11 Feb (Sabtu), aku ada exam JIF 217 masa hari terakhir tu.
Tapi hari Jumaat aku dah check out dari USM.
Serius aku dah nak termuntah kalau stay kat Aman. Dah muak aku kat sana.
Cukup la kot 2 minggu aku menginap kat sana.
Lepas selesai orang solat Jumaat, aku check out & pergi rumah adik ipar aku (Pinat) kat Jawi.
Walaupun terpaksa cross jambatan Pulau Pinang, aku redha..
Daripada aku terus stay kat Aman untuk 1 malam lagi, aku dah tak sanggupppppp!
Biar la aku berulang pun, janji aku keluar dari Aman.
Lepas exam hari Sabtu, aku ambil En Zul kat rumah Pinat.
Dia datang naik bas. Kesian my hubby...
Tak apa la sayang, naik bas boleh tidur kan?
Kalau drive sendiri tak boleh nak relax-relax...
Kan En Zul kan??
Sabtu malam kami bertolak ke Alor Star, balik ke rumah orang tua En Zul.
Dah lama aku tak balik kampung. Rindu betul mak mertua aku pada menantu kesayangan dia ni.
Ahakssss!
Sesungguhnya, aku memang muka tak malu mengaku diri sendiri sebagai menantu kesayangan.
Tapi kalau aku tak sendiri perasan, sampai bila-bila pun tak merasa jadi menantu kesayangan mertua kannnnn!
Lantak la~
Tiada aktiviti yang menarik kat Alor Star.
Hanya memasak, makan, memasak, makan & tido!
Bagus betul menantu!
Dasar pemalas tu memang aku usung ke mana-mana sahaja.
Memang dah sebati dalam diri aku. Huhu..
Cuma malam terakhir kat Alor Star, En Zul bawak mak ayah & adik beradik dia pergi makan-makan besar.
Aku sebagai 'Mem Besar' dengan seberapa pantas terus mengorder pelagai jenis juadah yang boleh mengenyangkan anak tekak aku.
Anak tekak orang lain aku tak peduli.
Kalau aku order, korang makan je. Jangan banyak bunyik.
Hahahaha...
Aku dan En Zul balik hari Rabu.
Kami lalu ke Cameron Highlands.
Betul-betul LALU!
Tak ada jalan-jalan langsung!
Ingin aku tekankan di sini, LALU yang dimaksudkan adalah betul-betul lalu.
Tak ada singgah mana-mana kecuali makan tengahari!
Bayangkan, nak beli sayur pun, En Zul betul-betul benti kat depan kedai sayur.
Tak payah susah-susah nak turun pergi survey harga.
Aku cuma turunkan tingkap, pastu order.
"Kak, sayur tu berapa? Bagi sayur kailan 3, cauliflower tu 1, broccolli 1, capsicums 2, saderi 2... Semua berapa kak??"
Pastu kakak tu hulur sayur kat tingkap dan aku hulur duit.
Setel.
Kau mampu?
Susah-payah kau naik turun bukit Cameron tu, corner kiri, corner kanan sampai naik ramping pinggang aku, cukup la sekadar jenguk kepala kat tingkap, pastu order mana-mana sayur yang kau berkenan.
Tak payah la nak mimpi berjalan-jalan survey sayur kat semua gerai.
Itu lah yang dinamakan LALU.
Betul-betul lalu jeee...
Hampeh betul la En Zul.
Bikin hati aku panas je.
Ingatkan nak la berjalan-jalan, ambil angin, bermadu asmara, meronggeng-ronggeng..
Sekaliiiiiiii.... Kau bawak aku lalu je.
Tu pun benti makan kat Equotarial.
Sedehhhhhh!
Tak apa la. Sekurang-kurangnya En Zul nak jugak lalu kan..
Dapat jugak la aku sambar sayur & strawberi.
Pastu balik KL.
Sampai rumah terus zzzzzzzz...
Dasar pemalas!
p/s : thanks jugak pada kawan-kawan lain yang belanja eskrem, buah, air, makan-makan... Nak mention semua nama tak berdaya mak!!! Huhu..

No comments :
Post a Comment