Sekarang masih lagi dalam mood exam.
Aku tinggal lagi 2 papers - Mathematical Method & English 300.
Selama 2 minggu aku pulun exam (huh, pulun la sangattt!) memang terasa sangat stress.
Memandangkan kerja ofis makin banyak sejak rekrutmen susulan dah bermula.
Terus buat aku rasa macam nak klon diri aku sendiri.
Kalau boleh nak klon banyak-banyak.
Sorang pergi keje, sorang study untuk exam, sorang jadi surirumah dan sorang lagi pergi gym.
Haaa.. Gym tu penting. Sebab bila dah kurus, aku nak terminate semua klon yang gemuk-gemuk tu.
Then aku tinggalkan yang kurus tu je untuk melalui kehidupan seharian. Hahaha!!
Pergh, gila mengarut!
Aku cuma nak review semua paper yang aku ambil tahun ni.
JIF314 - Thermodynamics
*JIF315 - Mathematical Method (Advanced Math)
JIF316 - Electronics II
JIF317 - Atomic Physics
JIF318 - Quantum Mechanics
JIF319 - Computational Physics (Fortran Programming)
JTW111/114 - Prinsip Perakaunan Kewangan
*JUE300 - English 300
*paper belum ambil
So far semua paper yang aku ambil (kecuali *) menjurus kearah kegagalan!
Ye, semua KE LAUT, KE PERIGI, KE SEGI TIGA BERMUDA, KE LONGKANG DAN KE CUNDANG!
Sedih gila kan?
Penat-penat pergi kurus intensif selama 3 minggu. Habis duit minyak & tol.
Penat maki-maki guard yang jaga pagar blok Saujana yang menggunung tu.
Penat sesat-sesat kat Georgetown, sampai gaduh-gaduh manja dengan Nadia (huhuuu.. Sedih gila bab ni!)
Penat study malam-malam untuk PB.
Penat pergi kelas, sebab susah cari parking.
Penat naik tangga Saujana, rasa macam nak tercabut tulang-tulang bontot.
Penat angkat barang. Sampai menggigil-gigil tempurung lutut.
Penat buat OT untuk dapatkan CTR untuk final exam.
Penat topup smartag & re-fuel minyak untuk tol ke Shah Alam.
Penat print nota sehari sebelum exam tapi harammm tak sempat nak baca.
Penat kerah otak jadi mesin fotostat untuk hafal semua jawapan assignment & jawapan PB.
KUMPUL PENAT SELAMA SETAHUN UNTUK SIDANG 2012/2013 TAPI FINAL EXAM KECUNDANG!!!!
Bukan salah sape-sape, tapi salah diri sendiri.
Dah tahu subjek tahun ni semuanya killer subject, kenapa masih leka?
Dah melalui 2 tahun yang sukar (2010/2011 & 2011/2012), tapi kenapa masih tak ambil iktibar?
Tahun lepas penuh attendance untuk sidang video, tapi kenapa tahun ni sekali pun tak pernah pergi?
So apa yang aku lalui selama setahun ni cuma sia-sia!
Wahai tuan empunya diri, sila persiapkan diri anda untuk ULANG semua papers yang anda ambil.
Tak payah mimpi la nak buat projek tahun akhir. Pegi mampss dengan final projek!
Elok-elok plan nak study 4 tahun, terus extend jadi 5 tahun.
Tu pun kalau 5 tahun. Kalau tahun depan ada sangkut jugak, temanya sila kumpul duit banyak-banyak untuk sambung tahun ke 6, 7 dan 8.
Dah, aku dah penat membebel.
Nak tido. Kbye!
It's me.. Juz me... Only me!
If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.
A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.
~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!
No comments :
Post a Comment