Alhamdulillah, selamat sampai di kampung En Zul.
Kitorang plan nak gerak pagi Jumaat (24/5/13), tapi En Zul nak gerak Khamis malam.
So kitorang gerak dari Cheras pukul 11pm.
Malam tu kenderaan agak banyak, sebab esoknya kan cuti Wesak.
So jalan agak perlahan, nak speedy pun habis laju boleh pergi 120km/j.
Lepas berhenti rehat beberapa kali, kitorang sampai di rumah mertua aku jam 5.00am.
Sebab malas nak kejutkan mak ayah mertua aku, so kitorang tidur je la kat dalam kereta.
Lebih kurang pukul 6am mak mertua aku buka pintu.
So masuk balik rumah sambung tidur sampai pukul 9am.
Bertuah punya menantuuuu!!!
Hahahaha....
Hari Pertama
Hari pertama di kampung, kitorang tak buat apa-apa pun.
Just tengok Kilauan Emas & Astro Ceria.
Duk ulanggggg je cerita tu memanjang.
Biasa la, kat kampung ni kan rakyat semua warga emas & kanak-kanak ribena.
So aku redhoooo kan aje la.
(masa ni aku rindukan sangatttt kat HBO aku kat rumah)
Petang tu kitorang ke rumah bakal mertua adik En Zul.
Kiranya bakal besan mertua aku la. Adik En Zul ni dah bertunang tahun lepas.
Tapi tak pasti pulak bila nak langsung majlis.
Pihak lelaki ni belum bagi tarikhnya lagi. So mertua aku ni pakat gi serang la konon-kononnya.
Tak nak bagi diorang lupa kat pihak perempuan ni.
Kemain seronok lagi anak aku bila jumpa sepupu-sepupu dia.
Almaklum laa.. Dah setahun lebih diorang tak jumpa.
Ni kat rumah bakal besan mertua aku.
Orang lain duk bincang-bincang dalam rumah, kami duk melilau kat sekitar rumah tu kutip pokok-pokok.
Hari kedua
Pagi-pagi lagi kitorang ke rumah baru Pinat (adik En Zul).
Selama dia pindah rumah baru, kitorang belum pernah lawat lagi.
Lepas breakfast, kitorang ke Pekan Pokok Sena.
Nak potong rambut princess la.. Sebab diorang tu penternak kutu berjaya.
Eeee.. Malunya orang KL ada kutu. Orang kat hulu-hulu kampung pun tak ada kutu.
First, harus la dimulakan dengan Aleeya. Dia ni penternak kutu paling berjaya.
Kutu dia memang besar-besar. Kira saiz bapak-bapak kutu jugak la..
Hahaha...
Ika tunggu turn. Nampak sangat muka tengah cuak.
Lantak la komeeee!
Muka bertambah cuak!
Hahaha.. Relax la kakak.. Bukan nak botakkan kepala pun. Juz nak potong sikit je, senang nak hapuskan kutu tu. Apa la nak ditakutkan sangat??
Lepas setel cuci rambut princess dua orang ni, kitorang gi shopping baju untuk princess. Then kitorang balik rumah & bersiap-siap nak ke kenduri rumah saudara biras aku. Alhamdulillah, makan free lagi hari ni :)
Kat rumah biras aku ni, ada pokok mangga. Buah mangga yang kecik-kecik tu.
Orang panggil mangga telur ke hape ntah? Rasa dia masam-masam sikit.
Kambing-kambing kat sini pagi-pagi breakfast mangga nokss!!!
Pagi-pagi duk kunyah mangga yang jatuh dari pokok tu.
Bila En Zul kutip mangga yang elok & masuk dalam plastik, kambing tu pegi kejar En Zul sampai ke kereta!
Dia marah sebab En Zul curi breakfast dia kot. Hahaha!
Lepas kambing tu kejar En Zul, dia kejar aku pulak. Mengong!!
Padahal aku bukan bawak plastik buah mangga pun. Aku bawak plastik lauk kenduri tu.
Lepas kenduri, kitorang ke Jitra.
Singgah Jitra Mall sebab nak layan movie.
Ni kira first time aku tengok wayang kat Kedah. Sebab bawa anak-anak, tak boleh la nak tengok F&F6.
So kitorang layan Bikers Kental. Syok jugak cerita tu.
Anak-anak aku pun layan gak. Kira easy movie la..
Penat sangat ke budak-budak ni?
Si Aleeya sampai terkangkang-kangkang tidur nya.
Kalau bakal besan aku tengok bakal menantunya tidur cenggini gayanya,
kompem kansel kenduri kau nakkkk..
Lepas layan Bikers Kental, kitorang lepak Snogurt.
Nak lepak Tutti Frutti, tapi jauh pulak nak berjalan.
Sebab aku ni malas nak jalan jauh, maka sila la membawa diri ke Snogurt depan JM tu.
Hari Ketiga
Hari ni kitorang tak buat apa-apa yang extreme.
Juz masak lunch, menu ayam bakar, ikan bakar, siput retak seribu rebus & sup ayam.
Sayur cuma rebung masak kari dengan udang. Itu menu semalam. Panaskan je balik.
Petang tu budak-budak duk main badminton.
Then aku ajak diorang ke fun fair area rumah adik ipar aku kat Kuala Nerang.
Wahhhh.. Dah berkurun aku tak ke fun fair. Zaman-zaman fun fair tu dah berlalu..
Lagipun kat KL susah nak cari fun fair. Habis-habis busuk pun pegi la main kat Times Square ke, Genting ke, Sunway Lagoon ke.. Tu je la tempat riadah ala-ala fun fair ni.
Dah setahun lebih Ika tak jumpa Paksu dia. Hepi macam kebiasaannya :)
Muka mak harus la ada khennnnn~
Sebelum ke fun fair, kena isi perut dulu.
Aku ni pantang sikit nampak air minuman yang berlayer-layer ni.
Be it 3 layer tea or 3 layur bandung, kompem aku sebat.
Jangan 3 layers, aku penah minum 4 layers pun.
Selesai isi tembolok tekak & perut, apa lagi.. Semua serbu la fun fair tu.
Aku tak berani nak main kat fun fair tu. Sebab aku tak yakin besi-besi tu dapat menampung berat badan aku yang menggajah ni. So baik aku duduk kat bawah diam-diam sambil ambil gambar diorang.
Chinta hati saye....
Nak naik wheel of feris. Eh, betul ke nama bendalah ni??
Tiket permainan RM3 bagi satu permainan/kepala. En Zul cakap murah la harga nya tu.
Aku tak tahu la. Sebab selalu kat Genting tu ikut pakej.
Kau naik ke, tak naik ke mainan tu, bayar tetap bayar.
Alang-alang kau dah bayar untuk semua pakej, so baik kau naik je. Tak rugi duit kau.
6 orang sepupu sepapat berhimpit-himpit naik siput ni.
Nasib baik ada paksu nak temankan. Nak harapkan aku, mintak mahap la ye..
Aku takut jatuh...
Then anak-anak aku main benda ni.
Paling sonang! Kau golek je bola pingpong tu ke bawah. Kalau nasib baik, masuk ke lorong nombor 3.
Kalau nasib tak baik, masuk lorong no 1. Then dia akan total up semua no tu.
Pastu bagi hadiah ikut total no.
2 kali main, cuma menang topeng angry bird ni je.
Alahaiiiiii anak aku!
The one and only game yang En Zul main - Dart
Dapat menang dam ular. Hahahaaha...
Ok, sampai sini saja entri balik kampung.
Nanti aku sambung pulak entri untuk hari ke empat.
Holiday - Langkawi Island. Yeayyy!!!
P/s : Esok aku start exam. Esok ada dua paper. JIF 316 & JTW111/114.
Doakan mak yeeee ^_^
No comments :
Post a Comment