It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 2, 2013

Selamat Tahun Baru 2013, peeps!

Alhamdulillah, sampai juga kita di Tahun Baru 2013.
Sebelum terlupa, aku nak wish SELAMAT TAHUN BARU kepada semua kawan-kawan dan jugak kepada diri sendiri.
Diri sendiri kena la wish jugak kan, sebab kalau nak harap orang lain wish kat aku, mimpi la!
Kalau ada pun, berapa orang je pun.. Haha!

Semalam aku keluar dengan Nadia.
Biasa la, girls-hang-out.
Kali ni Wazli tak ikut, busy nak buat preparation nak masuk sekolah katanya. (eh, Wazli tu GIRL ke?)
Oh, lupa.. Semalam adalah hari tersibuk bagi para guru kan?
Hahaha..

Nak cerita pasal durian creepe (DC) ni.
Benda ni dah lama dah orang tahu. Tapi aku baru sekarang nak cerita.
Aku kan lambat sikit, biasa la.. Dasar malas kan? Hihiii..

Masa kali pertama makan DC ni, aku dapat free sekotak dari kawan aku.
Dia order dari kawan dia kat Bukit Jelutong.
Dia jual sekotak RM10. Ada 6 biji sekotak.
Rasa dia sedappppp!!

Balik rumah, terus nekad nak buat.
Siap shopping ke Giant nak beli durian yang siap dikopek.
Nak harap beli sebijik-sebijik durian memang tak la kan?
So balik rumah terus buat. Kulit DC tu siap buat kaler kuning, merah dan hijau.
Hahaha.. Kalerful gila DC aku.
Aku ada snap pic, tapi ntah mana aku simpan ntah? Dalam laptop ni tak jumpa pulak gambarnya.
Tapi sempat la aku tunjuk hasil tangan aku tu kat kawan-kawan aku, terutama nya kak Amy.
Dia memang hantu DC!



Ni dia DC pertama yang aku makan.
Gila gebu dia buat. Bila nak makan memang kena bukak mulut seluas-luasnya.
Tapi comel-comel la.. Tak la lebar sangat saiz dia.



Ok, semalam aku pegi jumpa kawan lama seofis.
Nama dia Kak Fazi. Atau lebih glamer Juju (Jusa A JUnior) Haha!
Dia pun ada buat jugak DC ni.
Dia jual sekotak RM10 tapi ada 5 biji.
Tapi sebijik pun dah besar gila hokeh!
Rasa pun sedapppppp.... Sama macam yang kat atas tu.
Aku order 6 kotak, tapi dia bagi 7 kotak!
Alhamdulillah... Murah rezeki. Terima kasih Kak Fazi.
Semoga u murah rezeki jugak ok? :)




Ni dia rupa DC yang Kak Fazi jual.
Jangan terkejut tengok rupanya sebegini. Ni bukan salah Kak Fazi.
Ni semuanya salah aku. Ye, AKU!
Sebab aku duk tekan-tekan DC ni. Geram! Hahaha...
(tambah lak DC ni sudah 'bermandi peluh' sekejap kena panas, sekejap kena sejuk sepanjang hari)




Bite them!
Sedappppp!!!



Ni komen dari kakak aku.
Dia pun puas hati dengan DC Kak Fazi.
(sila abaikan gambar wallpaper message aku tu)



Ok, to be fair, aku cedok gambar DC yang lebih cantik dari FB Kak Fazi.
Hehee... Kak Fazi, jangan marah ye I amik gambar kat FB u..


Ini gambar sebenar hasil tangan Kak Fazi.
Tak cukup jelas?
Betul tak jelas???
Ok, tengok ni :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







Siap dengan gambar durian sebenar aku cedok!
Hahaha..


Sesapa berminat, boleh pm Kak Fazi di facebook dia :

http://www.facebook.com/faziatun



Facebook untuk DC yang first tu, aku tak ada. Sebab aku tak kenal pun siapa dia. Harap maklum.



No comments :