It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 24, 2013

Abang guard, ni ada lagu untuk kau!

Dah 3 hari aku & kawan-kawan mendaki bukit Saujana.
Ya Allah..... Penatnya!
Macamana nak study kalau sampai bilik je kitorang masing-masing dah berlendir satu badan?
Seluruh badan jadi lenguh-lenguh. Urat jadi kejang, otot jadi stress.
Hadoiiiiiiii!!! Bapak gila penat la duduk sini!!!

Dah la kereta tak boleh nak bawak masuk.
Hanya kereta yang ada sticker KHAS saja yang boleh masuk.
Sticker khas tu hanya untuk student yang ada masalah kesihatan.
Ikutkan Nadia ada surat dari Doktor yang mengatakan dia sakit tulang belakang.
Tapi pengurusan USM yang bijaksana-sini (kononnya!) begitu concern pasal kesihatan student kat sini.
Sape-sape yang sakit kena jumpa doktor USM dulu untuk diperiksa semula
walaupun ada surat doktor di bawa sebagai rujukan.

Gila kan?
Dah sah-sah la orang tu sakit. Kalau kau nak buat kepastian, kau call je la klinik or hospital yang keluarkan surat/report tu. Apa susah sangat?
Apasal kau rajin sangat nak check balik student ni? Takut diorang tipu eh??

Alahaiiiiiiiiiiiii.....

Dah la bila Nadia datang Pusat Sejahtera tu, ingat terus dapat no nak jumpa doktor.
Tak de maknanya!
Kena amik appointment dulu hokeh!!
Dah set tarikh, lepas doktor check & sahkan sakit tu, still tak boleh dapat sticker tu.
Report tu kena tunggu di sahkan (signed) oleh Pengarah.
Ntah pengarah mana pulak aku pun tak paham!
Benda remeh-temeh macam ni pun nak tunggu pengarah.
Kenapa, pengarah kat sini dah tak ada keje ye?
Nak tunggu report kesihatan pelajar untuk sign semata??

Sumpah aku tak tahu nak gelak ke, nak nangis dengan situasi ni!


Kitorang balik lepas Nadia berurusan dengan Pusat Sejahtera.
Nak balik Saujana, Kak Lin nak tolong hantarkan sampai ke kolej.
Tapi elok je sampai kat pagar, tetiba datang sorang guard yang sangat menjengkelkan!!
Dari jauh dia nampak kereta Kak Lin, terus dia jerit :
(sila baca sebijik-sebijik dgn nada tu ditekan sambil menjengilkan mata anda)

"Tak nampak ke papan kat depan tu?? Tak baca kaaaaa????"

Terkejut Mak Jemah hokeh!!!!
Berani-berani dia sound Mak!
So Mak turunkan tingkap sambil pegang surat medical Nadia tu,
"Encik, kawan saya juz nak hantar kitorang sampai bilik je"

Tak sempat nak hulur surat doktor tu, mak kena tengking balik.

"Turun kat sini, pi tunggu bas kat sanaaa!!!"

Hah? Tunggu bas waklu!!
Bas kalau setiap 2 minit lalu, satu hal la jugak.
Ni tunggu la sampai sepuluh minit belum tentu bas nak lalu situ.
Boleh sawan aku dibuatnya!

Aku, Nad & Adah jadi terkedu for 2 seconds (sila bayangkan wajah kami).
Then kitorang turun dan terus daki bukit tu.
Muka Kak Lin pun berubah sangat masa kena maki dek guard tu.

Masa kitorang nak jalan tu, ada 2 orang brothers ni tegur.
Tanya pasal kena marah tu. Rasanya diorang pun baru lepas gaduh dengan guard jugak kot.
Eeeee... Bencinya aku kat guard katik tu!!!!
Tak padan dengan ketot tapi mulut lancang betul.

Aku dan Nadia terus daki bukit.
Adah pulak corner ke Restu nak ambil kereta sebab nak balik ke Kuala Kangsar.



Ini permulaan bukit yang perlu kami daki.
Hujung bawah tu guard post gila tu.
Hati masih berdegup laju, darah masih menyirap ni!
Semuanya gara-gara si guard katik tu! Sial!!!!






Lepas 10 minit, kami baru sampai separuh jalan mendaki bukit tu.
Jauh gila!!!!!!





Ni masih berbaki lagi perjalanan untuk sampai ke Blok Saujana.





Nampak tak blok kat atas bukit nun?
Tu la 'syurga' kami.
(ni dah 10min perjalanan baru nampak puncak bukit)




Elok dah sampai bawah blok, kami kena daki pulak tangga 'Batu Caves' ni.
Arghhhhh... Urat betis aku dah tegang ni!!!!




Kesian kat Nadia sebab terpaksa menghadapi situasi ni dengan pinggang yang sakit.




Sialan betul la guard katik tu.
Masa kitorang tengah berhempas pulas nak daki bukit tu, aku tengok guard lain relax je bagi kereta tanpa sticker masuk ke dalam.
Eeeeee... Tak adil betul la!!!!!!
Dah la cakap menengking, tak ada adab langsung!


Nah, lagu ni aku tujukan khas untuk abang guard katik tu.
Sila hayati liriknya betul-betul.
Lirik lagu ni diubah dari lirik lagu Kosong by Najwa Latif.


Kau melihat diriku
Bersama rakan-rakan ku,
Yang cuma nak hantar aku
Masuk ke dalam situ...

Kau menengking diriku
Kau bilang aku dan kawan tak tahu
Membaca papan tanda itu
Sedangkan kau juga begitu..

Segala kata makian
Yang telah engkau lemparkan
Membuatku rasa

Kosong... Kosong....

Setiap langkah pendakian
Aku rasa nak caci maki kau
Sampai kepala otak kau jadi

Kosong... Kosong....

Segala kata makian yang telah engkau lemparkan..
Membuatku rasa

kosong...kosong...kosong....






Malam tadi sebab balik kena mendaki bukit lagi, maka kami beli siap-siap Subway as a reward kami berjaya sampai ke bilik.



Siap kau abang guard katik.
Jap lagi aku nak turun amik kereta kat padang kawad,
kalau aku dengar kau suwit-suwit nak ngorat aku,
takkan aku layan punyeeee!!

(haha, perasan!)




No comments :