Pukul 11am kitorang ke Tesco. Cari headfon, meja study, makanan untuk jadi bekalan. Then kitorang lunch kat Five S corner. Lokasi berhadapan dengan Pelita & Subway Sungai Dua. Bersebelahan dengan bangunan 7-E. Makanan kat situ memang sedap. Harga pun ok. Tapi kalau makanan waktu malam (orang lain niaga) kurang sedap. Menu tengahari jugak yang best.
Lepas lunch, macam biasa kitorang ke QBM. Wah, dah ibarat USM la pulak. Aku rasa aku banyak meluangkan masa di QBM compared than USM itself. Ah, lantak la kan. Janji aku suka, aku layankan aje. Kawan-kawan lain semua sekepala. Pantang aku sebut QBM, semua menggelupur nak ikut. Mana yang belum mandi kelam kabut capai towel, mandi pun ala kadar. Yang tengah berak pun membuang sekadar yang perlu. Sampai di QBM baru buang saki baki yang ada. Hahaha!!
Sampai QBM, singgah Padini. Bapak gila sale!!! Berlambak-lambak offer 70% off. Terus masuk ke situ. Dengan Wazli pun jadi hilang pedoman bila nampak diskaun banyak tu.
Kak Fazi. Sampai boleh agak yang aku ni memang suka melepak kat QBM.
Hahaha... That's me!
Ni aku beli kat Padini. Tak sure ada berapa % off. Korang kira la sendiri.
Harga tagging RM49. Tapi lepas scanned harga jadi RM39.80.
Ni Wazli yang pilih. Macam tahu-tahu je aku suka kaler merah :)
(kan best kalau Wazli yang tolong bayarkan.. Sila sedar diri PUAN hayati! haha!!!)
Ni aku nak beli kat FOS. Let's Love for Women.
Lembut je bau dia. Pun Wazli yang pilih.
Tapi sebab lepas intensif ni aku nak ke Langkawi, so aku rasa macam tak berbaloi je beli perfume harga beratus. Better beli kat Langkawi kan?
Last-last aku terpengaruh jugak dengan pujukan Wazli.
Dia promote perfume Hot Gold ni. Harga RM85 je.
Tapi bau ni lagi sweet dari Let's Love tu.
Dia kata kalau aku pakai ni dah macam artis Korea yang masuk ke Pejabat/kelas.
Kompem orang akan pandang aku. Chet!
*nampak sangat selama ni aku busuk kan? huhuu*
Dah membeli perfume, Nadia cakap kat bahagian set bilik tidur ada sale for 30minute.
Haaa... Tak boleh jadikkkk.. Kena rembat gak 1 set. Saiz king cuma harga RM79.90.
Murahkan? Ni En Zul tak tahu lagi ni. Kang penuh la kereta aku. Huhuuu...
Aku pilih hijau sebab aku belum ada koleksi set kaler hijau.
Penatttttt!
Petangnya kami ambil Zul kat USM. Kami hantar kereta aku dulu, then naik kereta Zul. Kitorang gi cari makan kat sebelah Gertak Sanggul. Misi mencari Mee Udang. Lepas solat Maghrib, kitorang sampai di destinasi, Mee Udang Ayu aka Mee Udang Cantik. Rancangan JJCM pun pernah datang ke sini.
Kakak ni tak mesra la. Menyampah i...
Masing-masing tak nak tunjuk muka yang dah berlengas tu.
Hahaha.. Belum tengok muka aku lagi, berlendirrrrr...
Ni dia mee udang kami. Order untuk 3 orang makan.
Udang nya ada 9 ekor kalau tak silap. Ke ada 12 huh? Aku pun tak ingat...
Pendapat aku, udang dia fresh. Tapi rasa kuah dia biasa je.
Mee ni agak plain. I means, tak de telur pecah (selain telur rebus), tak ada sayur sangat...
Nasib baik udang besar & fresh. Kalau tak, aku pancing udang je laa...
Mee aku tolak tepi.
Harga Biasa = RM13
Harga Special = RM22
Harga 3 orang = RM39
Ni dia pencinta udang tegar.
Siap order nasi goreng udang special. Udang ada 6 ekor. Harga RM22 (biasa RM13).
Nasi goreng dia ok la.. Tak la hampeh sangat...
Jemput makan =)
Alhamdulillah, selesai.... =)
Tapi aku rasa best lagi makan Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang.
Kedai makan belakang Wangsa Walk.
Udang fresh, banyak pulak tu. Kuah pun not bad.
Kredit : Facebook aku
Harga pun murah lagi berbanding Mee Udang Ayu.
Kredit : Facebook Leen
Lepas makan mee udang, kitorang lepak tepi pantai depan QBM. Still bertemakan QBM.
Hahaha.. Kenapa la aku tak boleh berpisah dari QBM ni?? Apa la istimewa sangat tempat tu?
Kitorang makan laksa dan rojak buah. Minum air teh ais. Thanks Liza sudi belanja.
Then Wazli & Zul sponsor eskrem.
Dan terima kasih Zul sebab tunaikan janji nak belanja Haagen Dasz untuk aku.
Best la.. Nampaknya aku kena la tepati janji aku untuk masakkan cream puff untuk kau.
Alahaiiiiii... Malasnya aku....
Zul, kalau cancel creampuff, boleh tak ganti dengan benda lain?
Err.. Aku goreng kopok ikan ke? Mudah sikit.. Haha!
No comments :
Post a Comment