It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 6, 2013

Alarm

Aku tak paham kenapa ada orang set alarm (henfon) keluar bunyi lagu pelik-pelik.
Kan kat henfon tu memang dah ada sound kat dalam tu (default)
Selain dari sound tu, kita boleh guna lagu kita sendiri.
Macam aku, aku prefer lagu yang rancak-rancak.
Kalau setakat sound kat henfon like 'wave', 'beep', 'beach', 'forest' dan lain-lain berkenaan alam sekitar ni, memang aku tak berkenan betul.

So aku suka set lagu yang rancak-rancak.
Kenapa mesti rancak?
Sebab aku ni bangsa manusia yang liat nak bangun kalau dengar bunyi yang slow-slow.
Rasa macam makin terbuai-buai pulak.
Jadi ia membuatkan aku lagi susah nak bangun.

Tapi kalau lagu rancak, memang aku boleh melompat terjun dari katil masa nak bangun tu.

So aku set alarm aku lagu Girlfriend - Avril Lavigne.

Dah bertahun ni, alarm En Zul set lagu yang default dalam henfon dia.
Aku pun tak tahu apa title alarm tu.
Tapi bunyi dia memang buat aku rasa nak pijak-pijak je henfon tu.

Dan paling membuatkan aku hangin bila En Zul akan set kesemua henfon dia, tapi bila alarm berbunyi, dia snooze sebanyak 3x!

Gila tak???

Dah la bunyi alarm macam nak mintak kaki.
Kau pulak jenis bangsa suka snooze mengesnooze!
Eeeee... Bikin aku panas hati je pagi-pagi buta!

Bukan apa, kadang-kadang time masuk kerja kitorang ni berbeza.
Kalau dia kena masuk kerja awal, kompem memang neraka la pagi aku tu.
Dia set jam 5.30am. Dah 3-4 kali alarm berbunyik still tak bangun-bangun.
Kalau satu henfon yang berbunyik tak pe la jugak.
Tapi kalau dah 3 bijik henfon? Muntah berdarah la aku pepagi tu!

Memula, henfon Nokia hijau bunyi. Dia tekan snooze.
Then Note 10.1 dia pulak bunyik. Punnnn dia snooze.
Elok dah senyap, henfon Nokia putih lak bunyi. Again dia snooze.
Pastu henfon Nokia hijau bunyik untuk kali kedua. Snooze again!!!
Berurutan la cerita ni sampai aku pekik, "bangun la banggggggg!!!"

Haaa, itu adalah alarm yang memang dia tak boleh nak snooze langsung.

Hadoiiiiiiii...... Dah la sound tak sedap langsung, tak de feeling nak bangun pagi dengan ceria!
Macam sumpahan je bila dengar lagu yang sumbang tu.

Minggu ni aku kena food poisoning.
Memang hazab la seminggu ni asyik muntah & mencirittttt memanjang.
Malam yang start kena sakit perut tu, aku langsung tak boleh nak tidur.
Sekejap-sekejap aku terjaga.
Sampai pukul 4 pagi baru boleh lena sikit.
Tapi elok je aku nak terlelap, alarm En Zul dah berbunyi.

Dia bangun, tekan snooze.
Bunyi lagi...
Dia bangun, tekan snooze.

(sila ulang sebanyak 3x)

Aku ni dah la macam ada anakonda kat dalam perut.
Lubang bontot dah rasa pedih-pedih melecet.
Baru nak lelap, alarm En Zul pulak mengganggu.
Yang En Zul ni macam tak de hati perut langsung.
Dah tahu aku ni tak boleh nak tidur, concern la sikit.
Ni dia sedappppp je dia membuta!

Eeeee... Aku rasa macam nak terajang je kasi dia jatuh katil.
Masa tu kompem dia akan terjaga terus.

Aku tengok lepas je dia snooze, sekejap je dia dah terlelap.
Mak aihhhhh... Mata apa dia ni? Mata robot je?
Macam dah di setting pulak.

Pagi tu aku memang stress tahap neraka jahanam dah rasa!
Dengan alarm sekejap-sekejap snooze, sekejap berbunyi.
Dengan perut aku memulas macam nak mintak dirodok dengan backhoe.

Huhuuuu.. Bila la hazab ni nak tamat??

*nangis*


No comments :