holiday?
honeymoon?
celebrate besday??
3 in 1 cik kiah oiiii~!!!!!!!
ni temanya nak save budget. takkan la arini nak gi honeymoon. selang 2 hari bawak anak-anak gi holiday. pastu nak gi celebrate besday pulak! kan banyak nak makan belanja tu... kan lebih baik sekalikan aje semua event dalam 1 pakej. hahaha..
tapi, besday sape erkkkkkkk....???
ehem.. ehem...
BESDAY SAYA LAAAAAAAAA....!!!!
hepi besday to me...
hepi besday to me...
hepi besday to CHEMPAKA MERAH...
hepi besday to meeeeeeeeee....... ooo ye yeaaahhhhh~!!!
over la ko ni Chempaka!
ok. aku mulakan cerita entry selepas pulang dari cameron..
(cer cite.. cer cite...)
selepas sampai umah, aku terus mengemas baju-baju yang nak di bawa ke sana. cukup la sekadar 1 beg besar yang boleh menampung 4 orang selama 4 hari 3 malam. kami akan bertolak pada 15 Mac 2011 pukul 7.20am. kami naik air asia (murah sikit la... untuk tiket 4 orang pergi balik with extra luggage dengan harga RM508. padahal aku boleh dapat harga yang lebih murah, sebab mase airasia buat promosi, aku jual mahal tak nak beli tiket! BODOH!!!)
malam tu, Leen tidur kat umah kami sebab dia akan tolong hantar kami ke airport. Leen tu kakak aku (masih single & available, hokeh!). anak-anak aku punya syok la main game kat facebook dengan untie Leen diorang. dah pukul 1am masih belum tido sebab seronok main game! ape lagi, menjerit la anak tekak aku menyuruh diorang tido!
kalau naik air asia, mesti 2 jam lebih awal datang ke airport untuk check in kan? mase ni aku tak check in online dari rumah. saje nak pedajalkan anak-anak suruh bangun awal. pukul 4am diorang dah kena bangun tido, hokeh!! hahahahaa... menggeletar la badan diorang mandi pagi-pagi buta ni. sape suruh tido lewat?? dah pesan awal-awal suruh tido awal sebab nak kena bangun awal.
sampai di LCCT, dah nak masuk ke pintu berlepas, si ayah nya pulak pepagi nak memerut! arghhh.. dah la lambat ke airport. aku cakap 2 jam lebih awal. nak jugak dengar cakap dia. 1 jam 30min pun boleh.... tapi kalau dah campur dengan masa anak-anak melenggang kangkung, dengan kau nak gi berak plak, tak ke dah makan masa lebih dari 2 jam bang oiiiiii...???
nasib baik kami tak tertinggal flight. kalau tak kompem aku akan jadi amukan puaka! naik flight anak-anak meragam nak makan. ok la, memang adat la masa pepagi ni anak-anak rasa lapar. si aleeya order set pizza sekali dengan toys. si Ika pulak order nasi ayam. bile dia tengok aleeya dapat toy, mula la dia nak buat taikkkk!!!! mengamuk nak toy pulak!! dah le crew cabin tu hensem tahap universe. masa ni la kau nak buat perangai! buat malu mummy je tau. kau sedar tak muka dia macam mamat ni ------>
errr... nama mamat hensem ni ZUL.. adakah semua orang yang nama ZUL hensem-hensem belaka?? adakah????? |
aku ni dah malu tahap ciban ni! kebetulan set pizza tu dah habis, tinggal 1 je lagi untuk aleeya. memang tak duduk diam la ika. disebabkan mummy terlalu cantik, maka Zul hensem ni menawarkan lagi 1 mainan untuk ika secara percuma! (sape2 nak muntah, silakan!)
sampai je kat airport Kuching, kami disambut oleh Narun aka paksu. dia ni sepupu En Zul. dia pilot dan bekerja di airport Kuching ni. isteri dia, Vict aka maksu bekerja kat salah satu restoran kat airport ni jugak. paksu amik cuti sebab nak bawak kami jalan-jalan. tapi maksu tak dapat cuti. diorang tinggal di 4rd Mile, umah semi-D dan hanya tinggal berdua saje.
kak Vict & abg Narun (maksu & paksu) |
lepas breakfast kat restoren maksu, kami ke Jong's Crocodile Farm & Zoo. saja nak tengok-tengok buaya kat sana. (macam la tak puas tengok buaya darat kat KL ni). best jugak kat sana, dapat tengok binatang liar, tengok buaya makan ayam mentah.rasa-rasenya farm ni yang paling best antara farm-farm buaya yang pernah aku pegi. taman buaya kat melaka??? nama je taman buaya, tapi buaya langsung tak ada!!
saje nak tunjuk inai di jari. motif?? |
budak kecik berdua ni kalau dah jumpa makanan merepek diorang, mula la nak menggedik! arghhh.. NO WAYYYYY!!!! |
berkejaran untuk melihat show memberi buaya makan. sungguh over kau ni la banggggg........ |
skali ngappp je tu! |
geng buaya yang tersadai kekenyangan. |
opsss... cube lagi dik! |
korang tengok tu. memang over En Zul ni. anak pun ditinggal kat belakang |
hi darling, boleh berkenalan??? |
binatang ni memang bangsa pemalas! tido je kejenya! |
Tailless Crocodile.. kesian dia x de batang ekor.... |
Bujang Senang's Skull. betul ke ni???? ko tengok gigi dia... humang aih!!!! |
biawak ni baru nak tukar kulit |
pic ni aku tengah gaduh dengan En Zul (sebab pergaduhan dirahsiakan!) |
kau tengok tu muka En Zul. badan dia senget sebab nak pegang tangan aku. konon-konon nak memujuk aku semula. eh, pandainya aku berlakon seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku. cheh! |
selama 4 hari disana, makanan kami sangat mewah. bahan mentah sangat murah. jadi makanan tengahari kami sampai 4-5 jenis lauk. penuh 1 meja makan! percutian kami ni sangat best sebab adanya paksu & maksu. diorang sangat sporting, tak berkira & mesra. kami berjalan-jalan sekitar kuching sampai ke santubong. banyak kenangan kami di sana... harap-harap selepas ni paksu & maksu sudi menerima kunjungan kami lagi.
GALERI
tugu kuching yang lama |
tugu kuching yang baru |
Kampung Budaya, Santubong |
pantai di Kampung Santubong |
smile~ |
Ika, apsal ko macam tugu negara plak kat situ??? |
makanan fav! NASI AYAM PENYEK & TEH C PENG SPECIAL |
Kampung Budaya (anak dah mengantuk) |
pantai Kampung Santubong |
bergambar di potret Brookes |
amboi aleeya..... cantiknya kamu duduk!!!! |
malam sebelum kami pulang, 4 ekor kucing paksu jenis American Shorthair di curi orang. ada orang yang pecah masuk rumah paksu (panjat pagar belakang & kopak pintu sangkar kucing). harga seekor kucing RM3000. kalau dah 4 ekor hilang???
harga kucing dah sama mahal dengan harga hantaran kawin!
No comments :
Post a Comment