It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 10, 2012

Just admit it!

Last week Kak Saly datang mengadu kat aku pasal buku manual soal selidik hilang. Buku tu dari rekrutmen kat Rawang tarikh 15/2/12. Kalau ikutkan buku tu dah memang ada kat ofis sebab Faizal dah key in data enumerator untuk tarikh tu. Mungkin ada staf back up yang ambil buku tu untuk buat qc tapi dia tak pulangkan lagi buku tu.

Then, past few days Kak Saly datang jumpa aku lagi cakap buku tu masih tak jumpa. Dia sampai email kat semua sekretariat untuk mohon jasa baik kepada sesapa yang ambil buku tu, untuk pulangkan semula supaya dia boleh compile rekod qc bulan 2. Sebab buku tu tak ada back up lain, Kak Saly terpaksa dengar semula semua rakaman suara soal-selidik dan salin semula data ke dalam buku manual. Dah la peserta ramai, tak pasal-pasal je kena salin semula data tu.

Semalam Kak Saly cari aku, then dia cakap macam nak tanya sesuatu..


Kak Saly : Yati, Sabtu lepas kau datang ofis kan? Kau ada nampak sesapa yang datang ofis pergi ke belakang tak?

Aku : Aah, aku datang hari Sabtu. Masa tu pukul 1pm. Tak nampak pulak. Kenapa kak? (aku dah risau kot-kot ada orang nampak akak 'jelita' datang ofis)

Kak Saly : Tak de la.. Kau nak tahu tak? Khamis lepas kan aku email kat semua orang, mintak pulangkan balik buku manual tu. Tapi haram sorang pun tak pulangkan. Alih-alih tadi Kak Ani jumpa buku tu kat tempat rak buku. Pelik tak? Macamana boleh ada kat situ, sedangkan Faizal dah cari satu persatu kat situ. Bukan sekali, tapi banyak kali. Tapi memang tak ada. Alih-alih tadi boleh ada pulak. Takkan akak 'jelita' kau yang taruk pulak? Ni mesti ada orang yang pulangkan buku tu senyap-senyap. Mungkin dia tak buat rekod kata dah ambil, bila dia tak sempat siapkan pastu bila aku dah bising-bising, terus dia hantar.

Aku : Hah? Dah jumpa? Biar betul? Sape yang kurang hajar sangat buat macam tu? Kalau tak boleh buat, cakap je la. Jangan nak aniaya orang macam tu. Cuba check cctv tengok sape yang datang hari weekend.

Kak Saly : Tu la pasalllllllll.. Aku ni dah nak siap salin balik semua data tu kat buku baru. Tetiba buku lama boleh ada balik. Banyak kali si Faizal tu cari kat situ, memang tak ada. Even aku dengan budak-budak lain pun dah cari dah...

Aku : Cuba kau tanya kat Wani atau Kak Saniah. Kot-kot diorang tau sape yang datang semalam. Sebab diorang keje hari Ahad. Masa hari Sabtu, tak de sape pulak yang datang ofis.


Lepas Kak Saly jumpa Wani...


Kak Saly : Yati, aku dah tahu sape yang datang ofis hari Jumaat. Wani nampak &(%#$I()^ datang ofis. Mungkin dia yang letak.

Aku : Ye ke? Dia buat QC tak sebelum ni?

Kak Afifah : Eh, Jumaat lepas orang tu terakhir keluar dari ofis. Mungkin hari Jumaat kot...

Kak Saly : Ntah la Kak Ifah, kita bukan nak tuduh, tapi suspek tu dah menghala ke arah dia. Dia yang terakhir balik Jumaat lepas, then hari Ahad dia datang ofis. Mungkin masa tu dia letak buku manual kat rak tu. Agaknya dia tak sempat nak buat, bila saya dah bising-bising, terus dia taruk senyap-senyap. Saya tak marah pun kalau dia tak sempat nak buat. Tapi mengaku je la kalau ambil buku tu. Sebab perangai dia tu, saya dan budak-budak saya dah buang masa banyak untuk salin balik semua data tu.



Hmmmm... Ntah la. Aku tak nak la mistik sangat sampai nak tuduh Cik Ponti yang sorokkan buku tu. Ni mesti la kerja manusia yang teringin nak jadi setan. Pada aku la, memang tugas kau untuk back up tugas kawan-kawan. Kalau kau dah ambil buku tu, kau kena la siapkan tugas kau sampai selesai. Kalau memang tugas kau terlalu banyak, sehinggakan kau tak boleh nak siapkan tugas back up tu sampai dateline, kau just bagi je berapa banyak kerja yang kau dah buat. Selebihnya pandai-pandai la Kak Saly dengan team dia nak siapkan. Mungkin untuk tarikh tu kau kena siapkan QC sebanyak15 sid. Tapi kalau kau betul-betul tak boleh nak siapkan, hantar je dulu mana-mana yang dah siap. Tapi kena betul-betul jujur la. Jangan la kau sengaja lengah-lengahkan kerja, then bila dah sampai dateline, bodoh-bodoh je kau hantar 1 sid yang dah siap. Itu memang mencari nahas namanya.

Kesian jugak pada Kak Saly. Dia dan team punya la berhempas pulas nak siapkan data untuk buku yang hilang tu. Si Faizal tu dah nak berhenti kerja, bila dah jadi kes macam ni dia rasa macam tak senang hati nak berhenti kerja. Sebab dia orang terakhir yang pegang buku tu. Serius aku tak paham orang yang macam ni. Kau nak selamatkan diri kau dengan cara menganiaya orang lain. Jangan la kau fikir cara kau tu dah cukup bagus, senyap-senyap pergi letak buku tu kat tempat asal. Dengan harapan buku tu memang dah lama ada kat situ. Memang silap la... Team Saly tu dah cari betul-betul, siap selak setiap satu lagi. Tapi memang tak ada buku tu.

Semalam aku sengaja perli-perli si *@$%&*^ tu... Dia lalu depan aku dan Kak Ifah, jadi aku sengaja nak provok dia. Selalunya dia tu kalau orang gurau-gurau dengan dia, kalau betul dia tak buat, dia akan 'layan' gurauan tu dengan hati terbuka, riang gembira... Tapiiiiiii, semalam muka dia lain sangat.. Cakap pun gelabah-gelabah, ambil serius dengan kata-kata aku, siap istighfar panjang bila aku provok dia.


Aku : Haaaaaa.... *(#@#()#   yang ambil buku Kak Saly ye? Pastu senyap-senyap letak balik kat rak buku tu. Hahahaa.... (Aku dan Kak Ifah siap gelak-gelak lagi)

Kak Ifah : Aah... Ni mesti &%(*#%%  yang ambil kan?? Haaaa..... Baik ngakuuuuuu... 

*(#$#&(&* : Hmmmm... Tuduh laaa.. (nada gelabah siap tangan tutup mulut) Astagafirullah... Tuduh laaaaa.. Tak baik buat macam tu.

Aku : Eh, kenapa serius ni? Kitorang gurau je.. Kalau tak buat, tak perlu la nak gelabah sangat kan?


Then orang tu terus blah!
See..? Baru provok sikit dah nak terkantoi. Kenapa la ada jugak manusia perangai macam ni. Tak bertanggung jawab langsung. Tak siapkan keje dah satu hal, pastu sorok buku tu satu hal lagi. Kot iye pun kau dah sorok, mengakuuuuu je laaaaa! Ni senyap-senyap pegi taruk kat rak buku tu. Kau ingat bila kau buat macam tu, kerja kau tu automatiknya jadi siap ke? Bangang!

Tadi aku tengok dia duduk kat tempat QC. Hmmm.. Nak siapkan hutang tertunggak dengan team QC kot. Nasib kau la kan?


Itu kes semalam.
Lepas Kak Saly mengamuk-ngmuk cerita pasal buku tu, aku teringat kat sorang junior aku. Hari tu dia ada add aku kat FB. Sebab aku masih ingat lagi kat dia, aku approve la request dia. Seingat aku, masa aku form 5, dia baru naik form 1. Tapi aku kenal dia sebab masa tu aku Ketua Pelajar/Pengawas, budak tu pulak pengawas sesi petang. So kira dia tu anak buah aku dalam geng pengawas la.

Satu hari tu aku update status. Aku bengang dengan seseorang (itu cerita lain la, tapi terkait pulak dengan status aku ni) Then ada la kot ayat aku kat status tu yang membuatkan budak ni tertarik... 


Tarikh : 07 Mac 2012.
Pada aku, ayat tu biasa je. Kalau ada orang yang berminat ke, terpulang la nak share or nak copy. Aku tak kesah apa-apa pun...



Tapi bila aku perasan yang junior aku dah copy ayat aku tu, aku ok je la.. Then aku komen kat status dia, "eh, ayat ni macam ayat kat wall akak ye?"  <-------- ni ayat pertanyaan hokeh, bukan ayat penyata. Maknanya aku sendiri pun tak confirm itu ayat aku ke bukan! Kalau ayat penyata, maknanya aku memang kompom itu ayat aku! Hahahaa..

Lepas beberapa jam kemudian, aku dapat notification dari dia. Owh, dia ada komen! Teruja nya aku nak tahu apa jawapan dia!!!! Tapiiiiiiiiiii.... Jawapan yang aku dapat cuma ni -------->


Tarikh : 08 Mac 2012
Dia delete komen aku, then dia balas komen kawan dia Si Ahmoi Masyuk tu. Hamboiiiiii!!!! Bagusnya perangai! Berani kamu delete komen akak ye?


Huhuhu.. Aku tak de la marah dia copy ayat tu. Hal biasa je derrr.. Tapi bab yang nak 'sorok' sangat komen aku tu apa hal beb? Takut ke kawan-kawan kau 15 orang yang LIKE tu tahu itu sebenarnya ayat orang lain? Kau cuma tukang copy jerrrrr?? Kemon la dikkkk.. Jangan la buat perangai busuk macam tu... Malu, okeh? (eh, boleh bau ek perangai dia busuk ke tak? huhu..)

Macam ni la.. Kalau kat FB, kita nak share apa-apa, kita minta la izin tuan punya info tu. Kalau tuan punya info tu pulak tak minta izin dengan orang yang sebelumnya, itu dia punya pasal la. Ni kita ni... KITA! Jangan jadi macam tu. Bila nak share apa-apa, minta izin dulu. Kan lebih elok.. Melainkan kalau dia dah mention 'tak perlu minta izin', then kau share je laaa.. Macam jugak kat blog. Kalau nak copy apa-apa, or nak share apa-apa, bagi la credit pada owner blog. Taruk link blog orang tu. Kau tak rugi apa-apa pun.. Kalau dah lupa sangat, tak payah la taruk link, atleast sebut la nama dia or nama blog dia.. Itu etika berblogging, dikkkk...

Harap ia menjadi peringatan pada diri aku jugak.


Now, aku dah buat setting supaya budak ni tak boleh lihat wall FB aku.
Aku tak remove dia, tapi aku cuma hide je.
Baik kan aku? Hehehe...

Love,

No comments :