It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 11, 2011

Kau kalau nak menipu aku, agak² sikit ye!

Sekarang ni aku tengah risau pasal badan aku yang semakin menggajah ni.
Agak-agak kalau anak gajah lalu sebelah aku, mesti ramai yang konpius antara aku dengan anak gajah.
Dah sama saiz je rupanya.
Cuma aku comel lagi dari anak gajah tu. Hakkkk~

Bila aku dah mula risau pasal berat badan, mulalah aku nak cari macam-macam produk untuk menurunkan berat badan.
Siap survey melalui kawan-kawan, google internet.
Tapi kalau nak contact balik personal consultant aku tu, baik tak payah!
Kang pengsan pulak dia lepas tengok saiz aku sekarang berbanding 2 tahun yang lepas!

Sedang aku tengah busy mencari produk yang sesuai (read : yang cepat membuahkan hasil, tetapi MURAH), aku terlihat satu status FB seorang teman di Home FB aku.

Biar aku gelarkan dia sebagai A.
Ni adalah status FB dia yang berjaya menarik perhatian aku.


Dari 68kg trun ke 65kg dlm mse 1 minggu....dari saiz sluar 34" trun ke 31" dlm mse 1 minggu jgk...bju2 lmer dah mule bleh kluar dr dlm kotak utk dpkai smula...sronok sgt...x sbr nak share ngan frenz yg brmint nak tau!!!Impian utk mndpt brt yg ideal mgkin akn trcapai...Tanpa perlu mnhn lapar & dahaga...mudah sgt!!! "




Haaaa...
Mahu nya aku tak menggelabah tengok status ni?
Walaupun seminggu berat dia just turun 3 kg, compared than berat aku dulu (seminggu turun 10kg! Ada sesiapa yang berani challenge?), tapi itu dah cukup menggembirakan bagi pemilik badan bersaiz gajah macam aku.

Lantas, aku dengan pantasnya terus menaip message untuk sahabat itu....

Wahhh... Betul-betul nak kurus ek?
Hahahah...

Tapi bila aku dah berbalas message dengan minah tu, aku mula 'menghidu' sesuatu yang kurang best.
Bukan bau busuk, tapi bau 'bangkai' MLM!



Aku : Salam. Saya nak tau mcmana nak turun berat badan


A : Sy mmg teruja nak share ngan yati.. yati dok mne skg? <--- ok, aku anggap ni sesi nak merapatkan silaturahim. Kawan sekolah la katakan!


Aku : Cheras


A : yati kje kew? kat ne? <-- masih dengan sesi silaturahim itu


Aku : HUKM


A : nurse ke @ admin? @ doc?  <--- ok, kat sini aku dah mula timbul syak wasangka! Step 1 untuk MLM'mers.


Aku : Hmmm... Kenapa ye?


A : sje je tnye.. k camni yati bg no fon t sy col <--- Step 2 warga MLM'ers.


Aku : Buleh je.. Tp tak leh nak share kat sini ke? Juz nak tau secara roughly je... <-- aku pun masih tak nak mengalah!


A : x syiok nak citer.... <---- NI ADALAH AYAT YANG PALING MUDAH UNTUK MENGENALI MLM'mers!


Aku : Ooo.. Ok, 012-644****


A : tq... bile free? Hehehe.. $%*%(^&)$^#^#%^&$ (siap taruk link!)


Aku : petang ni pun bleh. pagi-pagi ni nak buat keje dulu (padahal main FB!)


A : Heeee.. Balik pukul berapa? <--- mula nak ajak berjumpa


Aku : pukul 5. Eh, kenapa tak boleh buka link tu? <--- aku saja nak tukar topik


A : Kita boleh jumpa? <-- tak jawab soalan aku, tup-tup nak jugak ajak jumpa!


Aku : Actually saya just nak tau secara general ke... Ni produk MLM ke?  <--- aku tanya direct je


A : tak ada kena mengena dengan MLM... Sebab produk ni kena pakai dulu baru tau... FOC je... Jangan takutla.. Saya datang Cheras boleh, datang HUKM pun boleh. <---- dia nak datang jugakkkkk! Ok, ni lagi satu petanda dia adalah MLM'mer tegar = beriya-iya nak ajak jumpa!


Aku : Pakai? Huhuhu.. Kamu buat saya takut~~ Hahahaa... Macam ni la. Why not u call dulu saya, kalau saya berminat, kamu datang la HUKM. Kang kamu dah datang, tetiba saya tak berminat, kesian kat kamu nak datang sini pulak. Boleh?  <--- Aku tak berminat, hokeh!


A : Tak ada la yati... Tak perlu takut.. ok, tak pe.. Saya tak kisahla sebab saya nak share ngan orang lain apa yang saya rasa.. Saya dah sampai Bangi, Seremban.. Kalau yati tengok confirm berkenan punya. hehehe... *(%*()&*(&)(+_%#$%* (still taruk link)


Aku : Pagi ni saya ada appointment dengan supplier. Petang baru free sikit.


A : Ok, tak pe. Pukul berapa free? <--- memang MLM'mer tegar!


Aku : The link still cannot be opened... Pukul 5 baru free. <--- Ni waktu tamat ofis hour. Kau tak faham-faham orang nak balik rehat kat rumah?


A : Ok jumpa kat sana pukul 5pm.





Hmmm.. Boleh agak apa yang terjadi tak?
Aku rasa aku tak la sebodoh yang dia sangka.
Lepas aku chat dengan dia, aku siapkan dulu kerja yang urgent.

Lepas lunch, aku mulakan operasi mengskodeng profile dia!

Aku bukak satu-satu segala post status dia.
Humaingaihhhhhhhh!!!!!

Terkejut mak!!!

Banyak status yang menunjukkan siapa dia yang sebenar!
Yes, dia memang seorang MLM'mer!
Tapi mati-mati tak nak mengaku!

Kejamnya kamuuuuuuu~~~~
Huhuhu....


Status 1 :

" Suker sgtttt ari nieeee!!! "

Komen kawan-kawan :

B : Suke eh? Byk ke dpt? Share2 la sikit... hehehe... Sharing is caring orang kata..
A : U're my biz partner...confirm i can share my happiest.. hahaha.. pasni selalu la kite berhubung ek.. pape jangan lost contact ok.. 


Jangan gelak sangat ye, cik kak! Bukan happiest, tapi happiness..
Ulang suara... Happinessssssss~


Status 2 :

7*%#(@*($)(!%)$@*%_@+*!+#&!    <---- post pasal budget 2012. Malas aku nak amik port.

Komen kawan-kawan :

A : C, heee... camne baby? seronok tak jadi umi?
C : Ok.. :) mesti la happy.. tapi sekarang penat sikit la kena shift malam selalu.
A : Happy dapat baby.. happy dapat cuti 3 bulan.. banyak syiok ar..
C : Syiok sangat ni.. tak sabar bak tunggu habis 44 hari. Nak gi jalan-jalan.
A : C pakai bengkuk apa ek? <--- dah mula nak masuk line!
C : Bengkung biasa je yang lekat punya, nape?
A : Maknya tau bukan baby punya. <--- nak mulakan perangkap
C : ha maknya la ni... Nape A?
A : Alignment lari tak? Heeee... <--- slow-slow nak cari isu supaya dia boleh bukak biz!

Tetiba another friend of A masuk komen jugak pasal budget tu...

D : betul ke ni... Mana dapat info ni? Macam terbalik je ni... Huhuhu... Sempat lagi nak promote bengkung ye... :) <--- see... orang lain pun dah boleh hidu bangkai MLM ni!
C : Hahaha... dah urut betulkan balik dah..
A : C, pantang betul-betul tau.. nanti dapat berat yang ideal ok. Sambil menyelam minum air.. produk ni bukan sebarang produk tau.. aku dicabar kembali ke bentuk asal @ BMI yang ideal ni. tengah semangat! bukan tu je, tengah bulan je akaun aku penuh dengan $$$$.. tak minat ke??  <---- kau sendiri yang canang kat semua orang yang kau berbisnes melalui program kurus mengurus ni. Then apa kejadahnya kau nak kelentong aku cakap bukan MLM? Ke kau yang tak tahu apa maksud MLM?


Status 3 :

" 3 bulan kembali kepada 34",25",26" then mengungguli saiz S @ SS.. IMPIAN kini PASTI dengan PB! "

Komen kawan-kawan :

Aku : Premium Beautiful? <--- saje nak provok dia. konon-konon aku tak tahu yang dia ni kaki kencing. Macam la aku tak tahu apa tu PB!
A : Memang terbukti... kesihatan perlu dijaga supaya semuanya berjalan lancar... berminat nak tau, inbox no frenz ya...  <-- Haktuih!






Cik kak, kenapa nak tipu kawan-kawan cakap bukan MLM?
Kalau iya, cakap iya.
Jangan nak putar belit boleh?

Ke kau tu tak tahu apa itu MLM?
Multi Level Marketing.

Ni ha gambar MLM yang aku ambil dari wall kau.
Wall kau ye, bukan wall Cik Kiah atau wall Usop Wilcha!



Upline kena cari downline.
Downline kena cari downline.
Downline punya downline kena cari downline jugak.
Dan seterusnya!





Jadi, berdasarkan gambar yang aku ambil dari FB kau, ada sebarang bantahan yang ingin kau kemukakan?

Ingin ditegaskan ye... Aku bukan anti-MLM.
Malah aku jugak ada ramai kawan yang dah terjebak dengan MLM ni.
Sesiapa nak join MLM, terpulang.
Kawan is kawan, bisness is bisness. Ok?
Tapi sorry to say, aku memang tak berminat nak cari downline-downline ni.

Bukan saja nak cari, tapi beriya-iya nak MEMAKSA untuk jadi ahli dan beli segala barang tok nenek company kau tu!
Aku paling benci bila orang suka memaksa.
Macam pagi tadi, belum apa-apa kau dah sibuk nak mintak no tel, nak mintak ajak jumpa!
Lain yang aku tanya, lain yang kau jawab.
Terencat kah?

MLM'mers ni apahal eh?
Nak bisness buat cara bisnes ye. Jangan nak jadi pecacai nak paksa-paksa orang ikut jejak langkah kau!

Apa yang aku lihat, MLM'mers ni ramai yang hangat-hangat taik ayam je.
Yang dah berjaya tu, memang la berjaya.
Tapi ramai yang melingkup dari yang berjaya!
Bukan niat nak kondemkan kawan-kawan, lebih-lebih lagi bangsa sendiri.

Tapi cuba kau lihat orang yang berniaga mini market.
Takpun cukup la kalau kau lihat orang yang berniaga cendol tepi jalan.
Ada kau nampak dia paksa-paksa orang datang beli barang atau cendol dia?
Ada?

Nan adooo!

Tapi itu bukan alasan untuk diorang tidak menjadi kaya-raya.
Ada yang meniaga kecil-kecilan, dan akhirnya berjaya meletakkan nama mereka di paras jutawan.
Tapi belum pernah lagi aku jumpa peniaga-peniaga yang memaksa orang untuk jadi downline, semata-mata nak bagi points kepada kau.

Pergi mampus!

Aku memang suka tengok orang yang bersemangat waja nak berjaya dalam hidup.
Tapi aku hanginnnn je bila kau nak berjaya dengan cara melingkupkan kawan-kawan kau!

Haram jadah!

Plis la.
Jangan la kau nak ambil kesempatan dengan rezeki orang lain.
Kau pujuk rayu orang ramai mintak keluarkan modal.
Kau paksa orang beli barang-barang kau dengan harga beribu-raban.
Kau paksa orang pergi cari mangsa yang lain untuk diorang dapatkan hasil points yang tak seberapa!

Last week ada seorang perempuan yang chat dengan aku, ajak aku buat bisnes myKad.
Cakap dapat permission dari JPN.
Lepas korek punya korek, yang berbisnes cuma kau sorang!
Tapi aku cuma mangsa kau yang menggunakan myKad aku untuk meng'KAYA'kan kau!

Asal aku shopping je, kau yang dapat duit masuk dalam akaun.
Dah tu, tang mana yang aku dikatakan berbisnes tu?
Time shopping?

Aku shopping = Aku berbisnes
Gitu?

Amik jari tengah aku!

Last-last baru dia bagitahu yang aku kena daftar sebagai dealer.
Baru la dapat merasa bonus HASIL SHOPPING ORANG LAIN tu!
Kalau tak daftar, maka nya aku cuma sekadar tukang shopping, dan kau sebagai tukang sapu-bonus-hasil-shopping-orang-lain!

Wadefak!

Plis, ye.
Jangan ambil kesempatan orang lain!
Jangan mempergunakan orang lain untuk kejayaan kau!

Kau kaya atas dasar titik peluh orang.
Kau paksa orang cari downline, konon-konon kalau dia tak ada downline, dia tak akan dapat bonus.
Padahal pencarian downline tu hanyalah untuk men'genarate bonus pada akaun kau.
Hujung-hujung kau hidup mewah & kaya-raya.
Siap boleh melancong all around the world.
Orang lain yang jadi mangsa kau yang putih mata!
Hebat!



Status 4 :

" Semangat makin terbakar & rase meluap2 nak share biz ngan member2 lain... semangat utk melihat bunga tulip yang berwarna-warni di Holland... InsyaAllah... "



Wah....
Nak pergi Holland ye?

Ada aku kesah~?

Pesanan aku, sebelum bertolak ke KLIA, jangan lupa kunci elok-elok 'hasil-sapu-bonus-orang' ni ye...


" Menjadi idaman dan igauan 2012... "
Katanya laaaa....



Sekarang dah pukul 6.25pm.
Mana nya si A ni?
Cakap nak call, siap nak datang HUKM.
Baru syiok nak cerita kan.. Tapi batang hidung pun tak nampak!
Macam ni ke nak berjaya?
Pung-pang pung-pang kat dalam FB je belum tentu berjaya, cik kak!

Ye, aku setuju sangat-sangat dengan Aidid Muadib 200%!

No comments :