It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 6, 2011

Fire Drill

Hari ni ada latihan kebakaran kat Cohort & UMBI. Tapi rasanya ia lebih kepada Latihan pengungsian bangunan la.. (eh, betul ke ayat tu?)

Latihan ni dah lama di rancang. Hampir sebulan jugak laaa..
Tapi latihan tu cuma berlangsung selama 20 minit je!

Hampeh.

Kronologi latihan bermula apabila Andri menjerit-jerit, terpekik-terlolong seolah-olah ada berlakunya kebakaran di ofis..


Andri : Api...!! Api..!!! Apiiiii...!!!!


Fuh, suara Andri memang bergema satu ofis. Terasa macam betul-betul berlaku kebakaran.
Tapi yang tak bestnya bila ada stafs yang mentertawakan Andri sebab dia terlalu beriya-iya menjerit buat trigger. Padahal, itu cuma lakonan je pun..

Aku pun gelakkan jugak!
Kelakar la si Andri ni :)

Hahahahaa.....

Kami keluar dari ofis beramai-ramai sambil berpegang tangan dan bersembang!
Rasa-rasanya boleh agak tak bagaimana situasinya?
Hahahaha..

Kami terpaksa menggunakan tangga kecemasan dari tingkat 7 sampai la ke ground floor.
Terpaksa, hokeh!
Bapak gila tinggi nak menapak satu persatu anak tangga.
Nasib baik turun tangga.
Kalau naik tangga?

Kompem aku orang pertama yang duduk bersila kat tepi tangga.
Letih.


Kalau ikutkan aku, aku nakkkk je turun sampai tingkat 6, pastu turun pakai lif sampai ke bawah.
Aci tak?
Muahahaha....
Dasar besar punggung! Pemalas sungguh aku ni.


Sampai je kat Zone 2, iaitu tempat untuk kami berkumpul, head count dimulakan.
Ini adalah head count kali kedua.
Si Amir tu awal-awal dah head count kat depan pintu ofis masa kami nak keluar tadi.

Masa 1st head count, jumlah stafs adalah 63 orang.
Masa 2nd head count. jumlah stafs adalah 67 orang.

Pulak!

Ada hantu ke yang follow kitorang ni?
Ke, si Amir ni yang tak reti nak kira kepala orang?
Huhu...

Di Zone 2 ni, pak security dah block kat kedua-dua hujung jalan daripada kenderaan yang lalu lalang di situ.
Baiknya pak security ni... I lap u la, pakcik~
Jadi, kami boleh la nak berkeliaran ke, nak berkejar-kejaran ke, berguling-guling pun boleh.

Yang kami ni pulak, dah berlendir menunggu kat bawah pancaran matahari yang terik ni.

Mana ketiak berkepam tu, dah mula mengeluarkan gas-gas menusuk hidung.
Mana yang berpeluh tu, kompem badan dah melendir siap meleleh-leleh peluh satu badan!

Yarkkkk!!

Ok-ok... Cukup cerita pasal lendir orang.
Baik tengok gambar, mana la tahu ada lendir-lendir yang sempat aku snap.

Aku tak berlendir, ye.
Sebab aku tak snap gambar sendiri.
Hahahahahaa....



Andri
Pencetus kebakaran
Eh, apasal muka Andri dengan Nazmi ni macam iras-iras? Sedara kah?




Masing-masing sedang melihat Andri yang tengah berlendir....



Posing dulu, sebelum 2nd head count.
Semua steady je, macam tak ada apa-apa yang berlaku.



Achiiii, ini latihan kebakaran, bukan latihan hari hujan!



2nd Head count.
Yang berjaket hijau adalah Pegawai Insiden.
Yang ber T-shirt hijau adalah Pegawai Penyebuk.
Hahaha...



Ain



Muka mangsa kebakaran.
Separuh rentung dah ni :)



Zone 2
Menanti ketibaan warga UMBI



Sempat lagi dia ni pergi membeli makanan & minuman di luar pagar!



Ya, kami terselamat!
Kata Mak-mak buyung kepada blogger sejati ni.....



Abang-abang keselamatan..



Aik, muka dia ni lagi?



Perhimpunan PATI



Tengah kepanasan.
Sabar ye cik kak..



Masing-masing dah berlendirrrrrr~



Mak kepada semua Pegawai Insiden.
'Mak besar' ni :)



Pegawai yang terlibat





Yang aku tak faham, macamana ada yang boleh bawak payung?
Macam dah ready je nak berjemur bawah panas terik.
Kalau betul-betul ada kebakaran, jangan kan payung, nak bawak beg pun tak sempat!





Ratu England ni



Siap bawak losyen Loreal lagi, kauuuuu~



Sebagai ganjaran atas kerjasama semua pihak, jamuan kecil diadakan.
Menu : Mee goreng basah, popia goreng (tak sempat nak snap dah habis) dan air teh tarik.




Nak cari sotong, tapi udang yang aku dapat :)


No comments :