It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 11, 2012

Gemuk itu hanya dilihat pada jari

Sejak akhir-akhir ni aku susah betul nak menaip sms.
Huruf lain yang aku touch, tapi huruf lain yang keluar.

Arggghhh!
Stresssssssssss....

Jari jemari ku yang runcing telah menjadi gemukkkk!
(Jari je gemuk, tapi badan aku maintain kurus. Ok, sila muntah.)



Mak stressssss, nyah.. Tengok la jari mak yang debab-debab ni..
Huhuhu..


Serius aku benci nak taip sms.
Aku taip sms guna cara potrait ke, cara landscape ke, memang merapu huruf yang keluar.
Kadang-kadang nak taip message pendek pun makan masa lama semata-mata nak edit balik ayat yang merapu tu.
Eeee.. Rasa nak baling je hp tu ke dinding!



Eh, hp aku ke yang bersalah?

Kahwin?

Semalam aku jalan dari Accident & Emergency department (A&E).
Sampai kat lif, ada sorang mamat ni bawa wheel chair.
Boleh tahan jugak la muka mamat ni.
Rasanya macam belum kawin lagi.

Amboiiiiiii...
Asal hensem je, mesti syak belum kawin.
Tapi kalau muka yang tak seberapa nak siap, mesti fikir dah kawin.
So tak payah nak susah-susah pandang muka dia. Suami orang la katakan.
Hehehee...

Bila lif tu terbukak je, aku pun bagi laluan kat mamat hensem ni untuk masuk dulu dengan 'siput' dia tu.
Tapi kalau mamat tak hensem, aku masuk lif dulu! Kah~~
Aku tengok mamat ni macam tak berapa reti nak handle siput dia tu.
So aku mengoffer diri nak bawak siput dia masuk ke dalam lif.

Baik kan aku??
Hahaha..


Aku : Errr.. Encik.. Biar saya tolong.


En : Ohh... Thanks.. Thanks..


Cenggitu la bunyi nya aku nak menolong. (Setakat tolong ciput macam tu pun nak update blog! Ceh.)


Masa dalam lif, aku jeling kat name tag dia.

DR. AZMI

Owhhh.. Doktor ke? Patut la tak reti nak tolak wheel chair. Selalu doktor-doktor ni suka pass je kat pembantu klinik yang tolak.
Tapi, ape kes doktor ni yang tolak siput tu?

Sampai tingkat 4, Dr Azmi yang hensem ni masih tak reti nak tolak wheel chair dia keluar lif.
So akak yang comel ni offer diri sekali lagi untuk tolong dia.
Dan Dr Azmi mengambil kesempatan atas akak!

Dia suruh akak tolak wheel chair tu terus ke wad mak dia!
Wadefak!


Dr Azmi : Boleh tolong tolak tak sampai ke wad mak saya? Depan tu je.


Aku : Hmm.. Ok. (Akak pasrah je..)


Sampai kaunter wad, terdengar nurse dan staf kat situ menegur-negur Dr Azmi yang hensem itu.
Semuanya masih muda-muda.
Nak tackle Dr Azmi kot.

Nurse : Hi Dr. Syed Azmi Nak pergi wad mak Dr ke? Hari ni keluarkan?


Dr Azmi : Ye. (hmm.. Jawab 'Ye' je? Mesti korang bukan taste Dr Azmi... Hehee..)


Oh, nama dia Dr SYED AZMI. keturunan syed-syarifah la ni..

Aku pun terus ikut bontot Dr Azmi ke wad mak dia.
Sekali aku masuk dalam wad, ada seorang lelaki (ayah Dr Azmi) dan 3 orang wanita (mak dan 2 orang makcik Dr Azmi) tengah tunggu Dr Azmi bawa wheel chair.


Dr Azmi : Awak boleh letak wheel chair tu kat tepi pintu. Ni ayah saya. Ni makcik saya. Yang itu pun makcik saya. Haaa.. Yang ini mak saya.


Aku pun pergi la salam kedua orang makcik tu.
Lepas salam makcik, aku hulur tangan kepada mak Dr Azmi.
Cantik jugak orang tua tu.

Baru je nak hulur tangan, mak Dr Azmi bangun dari kerusi dan terus peluk aku!

Errrr... Kenapa ni makcikkkkk?? (Dalam hati)

Lepas aku salam, mak Dr Azmi ajak aku duduk sebelah dia.
Dia pandang aku dan senyummmm je..
Dia pandang aku dengan penuhhhhhh kasih sayang.
Serius aku dah tak senang duduk.

Makcik 1 : Anak ni siapa nama?


Aku : Hayati.


Makcik 1 : Kerja sini ke?


Aku : Aah. Kat tingkat 7. (Masa ni aku dah tak angkat kepala dah. Semua orang tengah pandang kat aku. Takut)


Makcik : Ada boifren? Siapa nama boifren?


Aku : (geleng kepala. Apa jadah tetibe nak tahu pasal hal peribadi aku ni?) 


Makcik 2 : Dah tunang kot. Apa nama tunang?


Aku : Tak ada tunang.


Mak Dr Azmi : Dah kawin?


Aku : (angguk) Dah.


Mak Dr Azmi : Boleh tak yati kawin dengan anak makcik, Azmi? Kami sanggup bayar berapa sahaja duit yang Yati nak. Kalau nak bayar kat suami Yati pun tak apa. Cakap je berapa, kami sanggup bayar.

Dr Azmi : Yati, saya nak kawin dengan awak. Sebab awak sudi tolakkan wheel chair untuk mak saya. Kalau orang lain memang tak nak tolong. Tapi awak ikhlas nak tolong saya.
.

WHAT???
Dah gila ke diorang ni?


Ok, ni semua mimpi aku malam tadi.
Hahahhaaha...


Nasib baik la dalam mimpi Dr Azmi tu hensem. Kalau tak hensem, mau nya aku sepak-sepak muka aku sendiri sebab nak suruh bangun dari tido.

P/S : Dr, saya ni dah kawin. Sebenarnya saya pun tak ikhlas nak tolong Dr. Saya tolong pun sebab saya tengok muka Dr hensemmmmm sangat. Betul ni.. Saya memang tak ikhlas. So tak payah la Dr nak berangan kawin dengan saya erk..


Bibik Wicha,

Monday, January 9, 2012

The Hug

Tadi aku tengah sidai baju.
En Zul pulak tengah tengok tv. Tetiba ada iklan cite Ombak Rindu.
Pastu En Zul terus melompat dari sofa, then datang kat aku.

En Zul : Mummy, sidai cepat sikit baju kat tangan tu.

Aku : Kenapa?

En Zul : Alaaa.. Cepat je la.


Lepas aku sidai baju yang kat tangan, terus En Zul tarik tangan aku.
Eh, dah kenapa orang tua ni? Lepas tengok iklan Ombak Rindu, tetiba je perangai dia jadi pelik.
Tu belum lagi tengok full movie.

Tiba-tiba....



Ni bukan je peluk, tapi siap main comolot lagi!
Hahaha..

Tak pasal-pasal En Zul peluk aku.
Sah... Memang sah orang tua ni ada buat salah dengan aku.

Dia curang ke?
Dia ada kekasih gelap ke?
Dia guna duit saving kitorang ke?
Dia ada tipu aku?

Eeeeeee... Tak senang hati aku!

Lepas dia peluk aku, dia gelak-gelak.
Hish, kenapa pulak nak gelak-gelak ni? Aku dah mula resah gelisah!

Pastu dia lepaskan pelukan tu, then dia cakap...



"Agaknya macam ni la Aaron Aziz dapat peluk Maya Karin sambil laga-laga tetek kan..? Bestnya..."



Boleh?
Apa motif cakap macam tu?
Macam dah tak ada modal lain bila tengok orang tu berpeluk free dalam filem tu.
Tu belum lagi tang part Maya kena rogol sampai sebut Alhamdulillah kat press.
Kalau En Zul tengok movie ni, kompem dia pun Alhamdulillah jugak dapat tengok Mak Limah berkemban!


Dapat laga tetek aku memang la best. Mantap, pejal, gebu dan montok. Tapi kalau tetek orang lain aku tak tahu la...
Mungkin leper je. Kah~

Sunday, January 8, 2012

Selamat Bertunang, AIN♥

Ha, cak!
Semalam Kak Ain bertunang dengan Nazeri. Dua-dua ni staf Cohort. Kak Ain duduk kat Taman Jasa Utama. So dekat je la aku nak ke rumah dia.

Majlis dah start pukul 11am. Tapi sebab pukul 11 tu aku masih berdengkur, so lepas Zohor baru gerak dari rumah. Masa tu perut aku dah berdondang sayang mintak di isi. Malam tadi aku tak sempat nak jalankan tanggung jawab aku sebagai bibik sebab aku keluar tengok wayang cite The Darkest Hour. So balik pun dah tengah malam, maka memang tak sempat nak sediakan makanan untuk hari esok.

Maafkan bibik, En Zul....
Wek!

So dah gerak ke Jalan Lok Yew, sekali jammed kat Viva Home. Arghhh... Aku dah la makin lapar. Nak mengadap jammed lagi. Eeee.. Hanginnya aku! So En Zul patah balik dan ikut jalan MRR2. Nasib baik tak jammed macam dulu-dulu sebab dah bukak jalan baru kat Tmn Maluri. Legaaaa..

Sampai rumah Ain dalam pukul 2pm. Aku dah jadi segan nak masuk rumah dia sebab tengok makcik & pakcik caterer dah sibuk mengangkut tray makanan. Oh, tidak!

Terus aku sms Ain. Dia cakap majlis tunang dah setel, tapi boleh je nak datang makan. Aku terus masuk rumah Ain, salam mak dia, adik beradik dia, tengok pic tunang jap ala kadar, pastu terus cari nasi. Ye la, kalau aku tak serbu meja makan, kang kempunan plak aku. Tapi tak boleh la nak membelakangkan tuan rumah kan. So aku pun sembang je gitu-gitu dengan adik Ain, padahal perut aku dah berbunyik-bunyik ni.

Lepas mengaut semua lauk-pauk yang ada, aku terus ngappp tak toleh kiri kanan. Hahaha.. Bibik kelaparan, dong~

Masa tengah makan, En Zul tanya aku.



En Zul : Ain bertunang dengan orang mana?

Aku : (senyum-senyum) Nazeri.

En Zul : Nazeri? Nazeri mana?

Aku : Nazeri la.

En Zul : Nazeri? Hmmm.. Nazeri Cohort? (Muka terkejut)

Aku : (senyum) Aah.

En Zul : Laaa.. Tak tahu pun diorang couple. Serius ke ni? Macamana diorang boleh couple?

Aku : Tak tahu. Mungkin Nazeri pandai mengayat kot. Lagipun diorang tak kecoh-kecoh masa couple. Masing-masing buat macam tak ada apa-apa.

En Zul : Amboi Nazeri.. Dalam diam-diam je yek. Errr.. Berapa hantaran kawin?


Ok. Ni melampau. Laki aku pun dah pandai gosip macam orang perempuan. Sibuk je nak tahu pasal hantaran orang. Aku sendiri pun tak tanya, inikan pulak kau tu lelaki. Jangan sibuk, lah!

Dah setel makan (belum setel sebenarnya, tapi caterer dah sibuk angkut meja, terpaksa la aku anggap dah setel makan je. Sedih.) aku masuk rumah Ain pergi borak dengan adik Ain, si Nurul. Boleh tahan jugak Nurul ni. Kaki sembang. Yang penting dia ada bakat jadi kaki gosip. Hmmm.. Boleh la jadi pelapis gosip aku. Hahaha.. Sambil borak-borak, aku tengok gambar kat kamera Nurul. Masa tu aku tak tahu mana perginya En Zul. Kat luar rumah kot. Lantak la dia. Makan dah, minum pun dah, so pandai-pandai la kau nak bawak diri.

Masa tengok kamera Nurul, ada pulak gambar sensasi ni. So aku sebagai bibik yang juga merangkap Mamarazi gosip terhangat, cepat-cepat ambil pic tu guna kamera HP aku. Haaaaa... Jangan ingat aku senang-senang nak lepaskan gosip ni begitu sahaja? Nehi.



Bukti paling nyata.



Dah selamat jadi tunangan orang :)



Insya Allah majlis akan berlangsung dalam masa terdekat ni.
Tak nak mention tarikhnya. Biar tuan punya badan edarkan kad dulu.
Semoga selamat semuanya..... Amin....




From My Kitchen : Butter Prawn

Egg yolk floss yang tidak menjadi




Floss yang ini baru mantap.


Khamis lepas Leen nak datang rumah ambil order kek.
Kebetulan hari tu hati aku tengah suci murni, terasa nak pelawa dia makan malam sekali kat rumah. (Pasni tak de dah nak pelawa-pelawa. Kalau nak makan, sila tapau dari rumah awal-awal.)
Kat rumah cuma ada udang, ketam dan ikan je. Dan Leen dah lama sound-sound aku pasal butter prawn.
Sebelum ni aku belum pernah makan butter prawn, apatah lagi nak masak lauk ni.
Dah alang-alang minah ni nak datang, aku pun try la masak lauk tu.

Aku search google, hampir semua resepi lebih kurang sama je caranya.
Cuma kalau yang chinese style tu, ada perisa tambahan. Arak kalau tak silap aku.
Kalau aku tambah arak dalam lauk tu, makin ting-tong kepala kakak aku yang sorang tu.
Hishhhhh... Al-HARAMMMMM!!

Dengan semangat juang yang tinggi, dan kepakaran aku sebagai bibik kat rumah ni, aku pun try la buat butter prawn. Dan hasilnya seperti pic di atas.


Bahan-bahan :


  • Udang
  • Butter
  • Daun kari
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak masak
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Kuning telur
  • Susu segar (optional - aku tak masukkan sebab tak nak terlalu muak lauk ni)


Cara-cara :

  • Pukul kuning telur dengan sedikit garam.
  • Cairkan butter dan campur sedikit minyak (nak elakkan butter jadi hitam)
  • Lepas butter betul-betul panas, masukkan kuning telur dan kacau secara membulat dengan laju.
  • Dah masak, angkat dan toskan minyak.
  • Guna butter&minyak yang sama (kurangkan jika perlu).
  • Tumis bawang putih dan masukkan udang.
  • Masukkan daun kari dan cili api. Angkat bila udang masak. Juga boleh masukkan susu cair untuk jadikan ia berkuah.
  • Masukkan floss dan gaul rata.

Tips : Untuk menjadikan floss cantik (seperti gambar kedua), masukkan kuning telur ke dalam acuan roti jala. Then tuang kuning telur (caranya sama seperti nak buat roti jala) ke dalam kuali dan kacau laju.


Love,

Friday, January 6, 2012

Viva Home @ Cheras

Tadi jalan-jalan kat Viva Home @ Cheras dengan Saly dan Maya. Saja survey langsir kat sana. Sambil-sambil tu boleh aku survey barang-barang untuk rumah baru nanti. Boleh jugak nak budget duit belanja beli barang-barang tu.

Dalam banyak-banyak barang, peralatan dapur dan hiasan jugak yang aku berkenan. Macam-macam design. Boleh cari untuk konsep moden kontemporari, konsep bali dan lain-lain. Lampu hiasan pun cantik-cantik. Memang lain dari yang lain lampu-lampu tu. Senang cite, just sediakan duit je. Anytime barang tu akan dihantar ke rumah.

Tapi kan..... Dalam pada semua barang-barang tu, aku dah lamaaaaaaa sangat berkenan kat satu benda ni. Memang dah lama mintak kat En Zul, cuma tak termakbul lagi hasrat tu. Rasa nak ajak En Zul datang sini, boleh aku 'ehem-ehem' bagi hints kat dia pasal barang ni. Mana la tahu dia baik hati nak belikan. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tapi kalau untung aku? Sah-sah kompem tenggelam (walaupun ada untungnya).

So ini lah barang nya :

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Noritake
Ada macam-macam kaler dan design.



Design ni pun cantik



Sumpah aku rambang mata!


Lepas beli langsir, kitorang singgah makan kat Hot & Roll. Kalau kat Wangsa Walk kompem kena beratur panjang. Tapi kalau kat Jusco Cheras Selatan lagi hazabbbbb. Siap kena amik no giliran. Ntah apa-apa ntah. Tapi kat sini, aku boleh makan kat depan dapur dia dengan aman. Tiada orang pun yang datang mengganggu. Hehehehe...






This mamat jambu is making crispy pizza beef.


Ordered by Maya : Crispy Pizza Beef



Ordered by Saly : Chicken Floss



It's mine.
BBQ Chicken



Sedappppp...
Harga pun murah je. Yang ini cuma RM5.90




Beverages : Almond Oreo (kiri) & Premium Chocolate Shake (Kanan)
Sumpah Almond Oreo tak sedap! Rasa macam ubat demam untuk kanak-kanak.
Tak sedap pun habis jugak aku telan.



Pukul 3.40pm baru balik ofis. Dah lambat.
Ampun Bosssss....

Kecewa!

Beberapa hari lepas aku buat Red Velvet. Tapi aku tak nak update sebagai entri From My Kitchen. Sebab rasanya kek ni macam tak menjadi je. Lebih-lebih lagi tang kaler dia. Dah bukan jadi red velvet, tapi CHOCOLATE VELVET!

Mungkin aku terlebih taruk serbuk koko. Ikutkan another recipe, cuma taruk 1 or 2 sudu serbuk koko je. Tapi recipe yang aku ikut tu guna serbuk koko sampai 1/2 cawan! Mahunya kek aku tu tak bertukar kaler jadi coklat?

Takpe takpe. Aku kan bibik kat rumah ni. So minggu ni boleh try buat lagi (kalau rajin la).

Sepanjang aku membuat kek ni, aku berasa sangat tension. Dah la first time buat kek ni, ditambah pulak dengan anasir-anasir luar, memang sengsara hidup aku. Tapi aku rasa kalau kek aku ni menjadi, aku tetap tak suka makan kek ni. Ntah la, aku tak tahu kenapa aku tak boleh nak telan rasa dia. Mungkin peranan cuka tu membuatkan aku 'menolak' kesedapan kek ni.

Masa tengah mengadun kek, En Zul tak habis-habis mengemukakan soalan-soalan cepu cemas kat aku.



"Kenapa kaler dia merah?"
"Kek ni taruk ape sampai jadi merah?"
"Berapa lama nak bakar?"
"Kenapa kena taruk cuka?"
"Ni kek apa? Sebab dia ada cuka, dia ada koko?"
"Kenapa nama dia velvet?"


Hoiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!! Apasal banyak sangat tanya soalan ni, hah??? Ingat aku ni dah tak ada keje lain ke?? Semata-mata nak menjawab soalan kau tu je! Tak nampak ke aku tengah busy buat kek ni, lagi mau kecoh-kecoh tanya itu, tanya ini! Dah-dah!! Jangan nak menyemak kat sini, pergi main jauh-jauh!!!!


Hmm.. Itu monolog aku. Mampu jerit dalam hati je. Kau nak mampus maki suami sendiri depan-depan? Kompem tak bau syurga, hokehhh!





Masa pembakaran. Nampak macam menjadi.



Chocolate Velvet.



Kawan-kawan cakap sedap.
Sudah-sudah la mengambil hati saya ye..
(Ke, memang tekak aku yang prob? Ntah-ntah sedap, tapi aku je yang rasa tak sedap!)





Thursday, January 5, 2012

From My Kitchen : Sambal Ikan Lumek Salai

Sambal ikan lumek


Semalam lepas aku masak Sup Ekor, aku masak ikan lumek salai pulak. Ikan ni kawan aku, Nadia yang bagi (thanks yayang~ Lepas ni boleh la bagi lagi. Kahh!) Kelmarin isteri kepada sepupu En Zul sms aku. Alang-alang dah bermain sms, aku tanya dia macamana nak masak ikan ni? Nadia cakap just goreng je. Suami Nadia (Saiful) cakap, makan macam tu je pun boleh. Errrr.. Berani ke aku nak makan macam tu je?

So aku tanya la kat kak Vic tu macamana nak masak ikan lumek salai ni. Dia memang orang Sarawak. So mesti dia tahu cara memasak lauk ni dengan cara yang paling simple dan cepat. Dia cakap masak dengan terung jeruk. Tapi kat semenanjung memang tak ada terung jeruk. So dia suruh masak asam pedas je. Petang semalam aku search Google. Ramai orang yang masak asam, masak sup dan masak sambal je.

So aku try masak sambal. Tapi aku tinggalkan sikit sebahagian ikan untuk makan yang goreng punya sahaja. Macam keropok rasanya.


Bahan-bahan :


  • Ikan lumek Salai
  • Cili kering (blend)
  • bawang merah (blend)
  • Bawang putih (blend)
  • Tomato (belah 4)
  • Serai (dititik - optional - aku tak masukkan)
  • bawang besar (dihiris)
  • air asam jawa
  • Minyak
  • garam, gula dan serbuk perasa.

Cara-cara :

  • Goreng ikan lumek salai. Guna api kecil dan goreng sekejap je. Orang cakap kalau goreng lama-lama, ikan ni jadi pahit.
  • Masukkan bahan yang sudah di blend. Tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan garam, gula dan perasa.
  • Masukkan ikan yang sudah digoreng.
  • Masukkan air asam jawa (jangan terlalu banyak)
  • Masukkan bawang besar yang dihiris dan tomato.
  • Boleh dihidangkan.




Ikan lumek fresh. Isi dia lembik je. Ramai yang suka masak sup.
Kalau tengok ikan fresh ni, sumpah kembang tekak aku nak telan benda ni.
*Ehsan Google*





Ikan lumek salai yang belum digoreng.


Ikan lumek salai yang sudah digoreng.
Sedapppppp....
Luar garing dan rangup, dalamnya sungguh gebu macam span..
Wahhh.. Melambung-lambung aku puji ikan ni. Sumpah sedap weiii!
Kami laki bini berebut makan ikan ni. Batak!




So ini la lauk dinner aku. Gambar ikan goreng ada kat atas =)
Alhamdulillah berjaya memikat hati dan perut En Zul yang boroi itu.


Love,

From My Kitchen : Sup Ekor

Sup ekor



Dah lama tak makan sup ekor. Pekena pulak yang pedas, panas dan masam-masam sikit. Perghhh, memang terbaik. Isnin lepas aku singgah stokis Ramly Burger kat Bandar Tun Razak. Aku saja nak beli tempura nugget. Sekali teringat cerita Kak Azlin pasal ekor lembu yang dia beli kat sini. Dalam sepeket ada lebih kurang 15 ketul dengan harga RM7 lebih.

Aku pun cari la ekor lembu tu. Memang betul pun, ekor lembu ni murah je. Aku beli sepeket harga RM7.90 ada 16 ketul kat dalamnya. Ekor tu kecik je. Tapi cukup je untuk aku makan berdua dengan En Zul. Kalau makan sekampung, tak cukup la. Berapa ekor lembu pulak nak di korbankan.

Semalam lepas balik dari kerja, aku rebus la ekor lembu ni. Agak lama jugak la. Dah pukul 7pm lebih baru aku start masak. Mudah je. Tapi nak menunggu rebus tu je yang lama.


Bahan-bahan :


  • 7 ketul Ekor lembu (of cos la kan? Takkan ekor tenuk pulak - jumlah ketul ekor terpulang nak banyak mana)
  • 1 sup bunjut tulang (kalau guna sup bunjut biasa, kena tambah 1 kulit kayu manis, 2 biji pelaga & 1 bunga lawang)
  • 2 sudu besar serbuk sup (optional - dibancuh)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk kasar)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 1cm halia (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • 3 sudu besar air asam jawa (guna 2 asam keping pun boleh)
  • 6 biji cili padi (diketuk - kalau nak lebih pedas boleh tambah lagi. tapi dah ada lada hitam, 6 biji pun dah ok kot. terpulang ikut citarasa masing-masing.)
  • 1 batang saderi (dipotong menyerong)
  • 1/2 labu Bawang besar (dihiris)
  • daun sup (hiris halus - hiasan)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • bawang goreng (hiasan)
  • minyak
  • garam dan perasa


Cara-cara :

  • Rebus ekor sampai lembut. 
  • Dalam periuk lain, panaskan minyak.
  • Tumis bawang merah, bawang putih, dan halia sampai naik bau.
  • Masukkan serbuk sup yang telah dibancuh. Tumis sampai pecah minyak. Jangan bancuh banyak sangat. Cukup sekadar untuk memekatkan kuah sup (aku tak berapa suka minum sup yang jernih)
  • Masukkan rebusan sup ekor tadi (sekali dengan ekor nya)
  • Masukkan sub bunjut dan cili api (didihkan lagi sampai cili api jadi sedikit pecah-pecah / lembik)
  • Masukkan garam, perasa, air asam jawa dan lada hitam.
  • Masukkan batang saderi dan biarkan lebih kurang 2 minit (sampai batang saderi lembut). Lepas tu masukkan bawang besar dan tomato (jangan sampai tomato lembik pulak)
  • Tutup api. Taburkan daun sup dan bawang goreng.


*kalau nak lagi senang, lepas rebus ekor tu, masukkan je semua bahan dan rebus sampai masak. Last sekali baru tabur daun sup dan bawang goreng. Tak payah susah-susah nak menumis segala bagai. Cara macam ni pun sedap jugak.



Makan semasa sup masih panas. Memang terangkat!




Wednesday, January 4, 2012

Berdua TIDAK SEMESTINYA lebih baik! *Sigh*





Hahaha.. Teruk betul suara laki bini ni. Masing-masing duk feeling-feeling diva, khennn~~
Padahal sorang suara macam katak kena kepit, sorang lagi macam enjin motobot.
Pot-pop-pot-potttttttttttttt....


Tuesday, January 3, 2012

Sambutan Tahun Baru 2012

Semalam pergi jalan-jalan dengan MR HUBBY. Saja nak sambut tahun baru. Dah 2hb baru nak sambut. Boleh? (Asalkan ada orang nak belanja, aku tiap-tiap hari nak sambut tahun baru).

So semalam kitorang pergi lunch kat Bandar Baru Bangi Seksyen 15 (belakang Petronas). Nama restoran Anje (kalau tak silap aku). Sebenarnya masa aku couple dengan N, dia pernah bawak aku makan nasi beriyani kat sini. So bila En Zul first time bawa aku ke sini, aku pun berlakon la macam jakun sangat tak pernah sampai sini. Owh~ Mithalinya akuuuuu!!! Hahaha..

Menu lunch yang kami pilih : Nasi Beriyani (ayam beriyani dan daging beriyani). Air teh o ais limau dan air cincau. Harga makanan pun ok la jugak. Tak la mahal sangat macam kat Uniten tu.

Nasi Beriyani :
Ayam beriyani : RM 6.80
Daging beriyani : RM7.50
Ayam kampung goreng : RM8.30
Ayam kampung beriyani : RM8.30
Kambing beriyani : RM8.30
Menu lain pun ada macam laksa, mee rebus dan mee soto.

Amacam? Murah tak?

Kedai ni memang tak putus-putus orang datang. Even kitorang yang datang lewat ni pun masih ramai yang datang makan. Masih ramai yang berduyun-duyun beratur. Tak caya? Serius tak caya? Sila tengok puas-puas.



En Zul paksarela kena beratur. Aku pulak duduk je melebarkan punggung dengan jayanya.
(Apahal la brader tu pakai spek dalam restoren ni yang dah terang-terangan teduh ni?
)



Ramai tak yang beratur? Sampai ada yang bercekak pinggang.
Eh, comelnya muka makcik yang tengah makan ni.. Sedap sangat ke makcik?



Ni baru side restoren sebelah kiri, side sebelah kanan penuh, ok!


Lapar benar En Zul ni. Sampai tak menyempat nak tunggu aku snap pic.
Dia peduli hape kan? Janji perut dia kenyang.



Lepas makan kitorang ke Alamanda Putrajaya. Agaknya sudah lama kitorang tak ke sini. Rasanya last kitorang datang masa belum kawin lagi. Lagipun aku tak berapa rajin nak meronda area Putrajaya ni. Ntah la, tak tahu kenapa Alamanda ni tak termasuk dalam list port melepak aku. Nak kata jauh, tak jugak. Nak kata tol mahal, tak jugak. Mungkin suasana Putrajaya yang panas buat aku tak suka sangat datang sini. (Yeke panas? Rasanya sama je macam KL. Sila cari alasan lain, Yati!). Tapi memandangkan kitorang dah lajak ke Bangi, alang-alang kitorang terus ke Alamanda.

Kitorang pergi tengok wayang. Cadangnya nak tengok The Darkest Hour. Tapi seat penuh. Next tayangan pulak pukul 6pm lebih. Cite Sherlock Holmes pun dalam pukul 6pm lebih. Cibs. Hish, tak koser la mak nak tunggu nyah... Terpaksa la mak rembat je la mana-mana cite yang available.

So aku amik cite Suatu Malam Kubur Berasap. Serius bahabi cite ni. Kalau ada sesapa yang tanya aku rate movie ni, aku bagi -200% atau hutang 5bintang. Tak payah la nak layan cite melayu yang serius tidak memberi nilai kepada duit RM! Bukan nak hentam filem karya rakyat Malaysia, tapi memang filem ni bodoh! Aku rasa nak keluar je lepas 30min duk kat dalam tu. Buat panas pantat aku je. Nasib baik ada jugak 2-3 part yang lawak, kalau tak ada kompem pawagam tu dah terbakar!

Sebelum tengok wayang aku layan karok sementara nak tunggu filem start. Dah lama tak karok. Last karok dengan kawan study aku, Nadia & kak Maria. Ini pun aku layan karok 1jam je. Memang benar suara aku macam Adibah Noor. Bila pergi ke Superstar tu, rasanya suara aku sorang je yang hancur. Bergema-gema satu Superstar! Tapi suara Adibah Noor memang mantap. Cuma tang badan je yang sama macam aku.

Layan je la beberapa buah lagu (read : 'menyumbangkan' lagu orang). Sila dengar. Pastikan anda sediakan plastik untuk mengumpul muntah hijau anda itu.






Amacam?
Semua ok?
Masih bernyawa ye? Bagus... Ni yang kedua, sama je lagunya.








Ok, ni masa aku layan jamming dengan kawan-kawan En Zul. Punnnnnnnnnn aku nyanyi lagu yang sama, Layu Di Hujung Mekar - Rio. Tapi 'kesumbangan' itu masih terserlah pada anak tekak aku. Nyanyi la macamana pun, kesumbangan tu tetap tak dapat nak dipisahkan. Vlogging ke, karok ke, jamming ke, suara hancur tu tetap hancur jugak. Kalau aku jadi artis rakaman, sure-sure la producer nazak merayu-rayu mintak nyawa masa nak edit suara aku. So kalau aku pasang niat nak jadi penyanyi, baik tak payah! Mendera jiwa raga orang je.




Ni aku nyanyi. Memang pasrah la abang-abang kat sini nak dengar suara aku. Masing-masing duk main instrument sambil kepit telur sebab duk tahan kencing mendengar suara 'gemersik' aku.



Ni En Zul nyanyi. Lagi hancur, hokehhhh~~





Love,



Sunday, January 1, 2012

Kerja Gila

Aku tak tahu la apa dah jadi dengan kepala otak aku?
Mungkin ada fius yang dah rosak.
Tak pun medula oblongata aku dah mengecut.
Tu yang jadi sewel tak tentu arah tu.

Sekarang dah pukul 7.40am.
Aku langsung tak dapat nak tidur.
Tak pasal-pasal je aku buat kerja gila ni.








Amacam?
Aku boleh pergi jauh tak dalam seni suara?
Hahahaahahaha...
Kompem ramai yang akan jadi sawan babi bila dengar aku nyanyi.

Mula-mula aku record suara aku nyanyi.
Pastu aku mula feeling-feeling suara macam best je.
Terasa ala-ala diva Siti Nurhaliza pulak.
(Ni aku gurau tahap nak mati! )
Macam Siti? Sila amik cermin. Macam Adibah Noor mungkin ye.

Tapi sebab blog tak boleh nak upload voice recording (ke, aku yang tak reti?), so aku record suara yang aku nyanyi tu dalam webcam pulak.
Aku vlogging siot~~~
Jadi tercipta la video terlampau "Mak Jemah Tak Boleh Nak Tido Feeling-Feeling Mariah Carrey Di Subuh Buta"


Kau mampu?


Ok-ok, ni dia lagu asal.
Penyanyi Nadia Aqilah Bajuri, OST dalam drama Tari Tirana.
Agak-agak suara aku boleh lawan suara Nadia Aqilah ni tak?
*Tak sedar diri betul la aku ni!*










Vokal Bukan Sekadar Rupa....

From My Kitchen : Blueberry Oreo Cheesecake

Hari ni last day tahun 2011. Sebelum tamat tahun 2011 dan tiba tahun baru 2012, aku nak buat Blueberry Oreo Cheesecake (ntah apa kaitannya?). Sebelum ni aku buat Cheese Cake yang sungguh mendapat sambutan kawan-kawan dan Leen (tak tahu la ikhlas ke tidak), tapi itu bukan cheese cake yang aku nak aim buat. So hari ni semua bahan dah ada, aku kena jugak try buat sempena sambut tahun baru.


Amacam? Tergoda tak?




Bahan-bahan :


Base :


  • Biskut Oreo (ikut sukati nak base tebal mana)
  • Butter (agak-agak je ikut biskut banyak mana)


Filling :

  • 3 biji telur
  • 400g cream cheese
  • 250g sour cream (aku tak ada benda ni, so aku ganti dengan plain yogurt)
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 30g butter
  • 1 sudu jus perahan lemon (kena guna ni sikirt sebab nak ganti rasa masam sour cream. Yogurt tak cukup masam)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Jem blueberry


Cara-cara :

Base :

  • Biskut Oreo dibuang krim dan di blend sampai hancur (aku beli je yang dah siap. Aku kan pemalas)



  • Cairkan butter dan masukkan biskut yang hancur tadi. Gaul sampai sebati.


  • Sapukan loyang atau springform pan dengan butter (digriskan)
  • Letakkan adunan biskut Oreo ke dalam loyang dan tekan firmly supaya sekata.
  • Sejukkan di dalam esbok atau bakar di dalam oven sekejap supaya base tu keras (aku bakar selama 5min dengan suhu 150 darjah celcius)

Filling :

  • Pukul cream cheese sampai kembang.
  • Tambah gula dan butter. Pukul sampai kembang dan sebati.
  • Tambah esen vanila dan yogurt, pukul lagi sampai sekata.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan sebiji telur dan pukul, diikuti dengan telur seterusnya. Pukul sampai kembang.
  • Masukkan tepung jagung dan pukul sebati.
  • Masukkan jus lemon. Kalau tak cukup masam, tambah sikit lagi. Tapi jangan terlampau masam. Pukul sampai sebati.
  • Masukkan adunan cheese ini ke dala springform pan yang dah ada base tadi.
  • Bakar menggunakan teknik Water Bath dengan suhu 180 darjah celcius selama 50minit. Jangan buka oven 30minit yang pertama, takut cheese tadi crack dan jatuh (bentat).



  • Lepas masak, sejukkan pada suhu bilik selama 1 jam. Masukkan ke dalam esbok (kalau boleh overnight), then curah jem blueberry atas kek.



Yang ni aku guna loyang 9". So lapisan cheese jadi leper.
Untuk lapisan yang lebih tebal & cantik, guna loyang 7".



Curahkan jem Blueberry atas lapisan cheese



Pergghhh.. Boleh ngappp!!
LEEN, SILA JELES! Kahh~




Sebabkan nak upload pic line lambat sangat, maka entri ni dah jadi entri pertama tahun baru.
Bukan lagi entri penutup tahun 2011.

It's ok. Yang penting kek aku menjadi =)


SELAMAT TAHUN BARU 2012, PEEPS~



Love,