It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 27, 2015

Cengkam kuku

Pernah tak korang rasa cengkam kuku?
Tak kesah la kuku tangan or kuku kaki.
Seyes sakit kan?
Now aku tengah sakit kat jari hantu tangan kiri.

Sejak semalam dah mula rasa.
Kalau ikutkan bukan tak pernah kena, tapi kali ni saja nak update kat blog.
Nak bagitahu kat semua orang yang aku tengah sakit kuku cengkam.
Gituuu!

Hahah..

Kuku cengkam ni kadang-kadang sakitnya sampai boleh buat menangis.
Merenyam berdenyut-denyut rasa sakit tu.
Bak kata orang zaman sekarang, "sakitnya tuh di sini..." -sambil usap-usap jari sendri.

Aku tengok tepi kuku aku dah mula bengkak.
Even nak taip ni pun terasa sakit.
Aku dah potong kulit keras yang buat cengkam tu guna nail clipper.
Kalau kat kuku kaki lagi jenuh nak potong.
Tapi once dah potong, sakit tu terus hilang kan?!!
Now kuku aku pun dah mula reda denyut-denyut dia tu. Legaaa...

Tapi kalau selagi tak potong, selagi tu la berdenyut-denyut sakitnya.
Sampai tersentuh sikit jari tu pun dah boleh buat jadi menangis.
Sumpah sakit woooooo...

Dulu cengkam kuku ni selalu jadi kat kuku kaki aku.
Sebab malas nak jaga kebersihan, so memang mendapat la penyakit macam-macam.

Sambil-sambil aku taip entry ni, asku saje nak gugel petua/rawatan ingrown toenail ni.
So jumpa blog orang ni : Rawatan Cagu / kuku bengkak

Meh sini nak share :


  • Rawatan menggunakan daun inai.

Gambar ehsan pakcik gugel

          Semua orang kenal kan daun ini? Ambil segenggam daun inai fresh, tumbuk sampai lumat dan balut pada kuku. Biar sampai kering dan bilas. Inai boleh menyurutkan rasa bengkak kuku tu. Kalau rasa pakai inai untuk satu jari tu macam pelik, so boleh pakai untuk semua jari. Well, inai memang berfungsi untuk merawat kuku & buat kuku jadi cantik. Petua ni memang boleh dipercayai sebab aku sendiri suka pakai inai untuk rawat kuku yang dah mula buruk berkerak.

  • Rawatan menggunakan daun keembong putih


             Kaedah menggunakan daun keembong juga sama seperti daun inai. Tumbuk lumat dan balut pada jari yang bengkak tu. Cara ni aku tak pernah guna. Next time kalau jadi ingrown toenail boleh try cara ni. Cuma tak tahu mana nak cari pokok keembong ni. Haha..

  • Rawatan ubatan cina

           Last but not least, beli je la ubat kat kedai sensei cina tu. Mungkin dalam bentuk krim dan sapu pada tempat yang bengkak tu. Tapi kalau bengkak tetek sebab susu penuh, jangan sapu pulak ye. Tu kes lain.


Teringat pulak dulu masa kerja kat Cohort, aku ada appointment dengan doktor.
Sampai klinik Warga, terserempak pulak dengan sorang kawan ofis aku.
Bila tanya dia, sakit apa? Dia jawab, kuku dia sakit.
Aku tanya lagi, kenapa dengan kuku? Tercabut ke?
Rupanya dia ada ingrown toenail tu.

Dasyat sangat ke cengkam kuku kau tu?
Sampai kena bawak ke doktor?
Bukan ke benda tu berpunca dari tak menjaga kebersihan kuku?
Ke ada sebab lain? Ntah laa.. aku pun tak pasti.
Tapi selalunya lepas aku potong kuku cengkam tu, memang ada la kekotoran tersumbat kat tepi kuku tu.
Sebab tu kalau orang buat meni & pedicure tu, diorang siap korek-korek dalam & tepi kuku kita tu.
Salah satunya sebab nak keluarkan segala kekotoran tu la kan..

Jadi kes dengan kawan aku ni, bila dia jumpa doktor sebab masalah ingrown toenail ni, 
aku jadi macam bersyukur sangat-sangat sebab masalah cengkam kuku aku tak serius macam kawan aku tu.

Lepas dia keluar dari bilik doktor, aku tanya dia lagi..

"Cepatnya keluar? Doktor buat apa kat u dalam tu?"

"Dia tengok je. Then doc suruh rendam kaki i dalam air suam dan bersihkan kuku. Takut ada kulat"

"Oh, ok... Dia ada bagi ubat apa?"

"I mintak doc buat minor operation, tapi doc cakap tak perlu. Then i minta ubat sapu untuk tahan sakit.."





Errrr...
Perlu ke sampai request nak buat minor operation ni?
Aku syak doc pun dah malas nak layan kes-kes macam ni.
Sedangkan cuma kena rajin potong & jaga kebersihan kuku je.

Takpe laaa.. Kaki kau. Kau yang tanggung kesakitan.
Lantak la kan. Huhuu...

update :

Leen cakap cengkam kuku ni jadi sebab kita salah potong kuku, not because of tak jaga kebersihan. Yup, kali ni aku setuju sangat-sangat dengan stetmen Leen ni! Tiada bantahan!!

Phewww.. Lega iols.. Kang tak pasal-pasal orang cakap iols pengotor tak jaga kebersihan. Hahaha..


1 comment :

eyka fieka said...

Nie tgh merasa kuku kaki cengkam kak oiii. Aduiii berdenyut tuhan je tahu. Nnti nk try pakai daun inai. Yg kuku cengkam dlm isi nie korek pnya korek xkluar. Aduii 😭😭😭