It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 2, 2015

Semak Harga Barang Anda!

Semalam aku ke NSK. Cadang nak ke NSK Selayang, tapi sampai Cheras Batu 9 hujan turun lebat.
So kitorang lencong ke NSK Kuchai Lama.
Memang dah beberapa hari plan nak beli barang untuk stock dapur.

Sampai NSK terus serang bahagian basah.
Dah setel membeli, terus beratur ke cashier.
Tetiba teringat nak ambil serbuk teh, susu krimer dan clorox.
Masa nak ambil susu krimer, aku ambil je brand Dairy Champ.
Aku perasan harga susu RM2.10, antara yang termurah dalam banyak-banyak brand.

Terus ke kaunter, dan aku letak barang-barang atas rak kaunter.
Dan kebetulan cashier scan susu krimer dulu.
So mata aku tertancap pada harga yang di scan (wah, tertancap! Bahasa melayu klasik betul. Hehe)

Harga susu krimer pada scan ada RM2.15, which is mahal RM0.05 dengan harga pada tag.
Well, walaupun aku rugi RM0.10, tu tetap duit aku.
Tu aku beli 2 tin je. Kalau aku beli 10 tin?

Ok, meh kita main kira-kira ilmu hisab.

Untuk harga tipu NSK untung RM0.05 bagi setiap tin.
Aku beli 2 tin = NSK untung RM0.10
Makcik bedah beli 5 tin untuk stock dapur dia = NSK untung RM0.25
Kak Markonah beli 8 tin untuk buat kek batik nak jual kat tadika anak dia = NSK untung RM0.40
Pakcik Gurmit beli 20 tin untuk buat kenduri anak dia menang pertandingan gores & menang = NSK untung RM1.00
Abdullah beli 150 tin untuk jualan teh tarik di restoren mamak Line Clear = NSK untung RM7.50

Agak-agak kau, kalau hasil jualan susu krimer yang murahhhhhh ni habis dijual dengan kuantiti 10,000 tin, berapa untung NSK dengan harga tipu RM0.05 tu?

Sila kira sendiri.




Saya berada di pihak yang benar.
- mokcik pakai tudung bawal rege RM5 beli kat Jln TAR-


Lepas bayar, aku masuk balik ke market dan terus ke rack susu krimer.
Sumpah aku jadi tak puas hati sebab aku yakin sangat harga kat rack tu adalah RM2.10.
Sampai je kat rack tu, zasss...zasssss...!!
Terus aku snap pic. Siap kau!!
Akan aku viral kan harga ni. Kahkahkah..

Aku jumpa bangla yang scan barang-barang aku kat cashier, dan tunjuk gambar tu kat dia.
Ntah dia faham ke tidak bahasa aku, terus dia panggil supervisor dia (malay guy).
Mamat tu minta aku tunggu kat satu sudut. 
Lebih kurang 5 min dia datang dan pulangkan baki RM0.10 dan resit aku.



Walaupun hanya sepuluh sen, duit aku tetap duit aku!
Kalau boleh, sila berjaga-jaga dengan market macam ni.
Kadang-kadang staff diorang malas/lupa update harga barang.
Kalau jadi macam ni, jangan teragak-agak untuk tuntut hak anda!

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiiiii...




No comments :