It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 6, 2015

Mr Ji Es Tee

Welcome, April 2015.

Macam-macam event ada dalam bulan April.
Happy birthday, Leen!
Happy birthday, Atie!
Happy birthday, Along!
Happy birthday, Lovely mak!

....and happy GST!

Errr... Not happy at all!!!!!!!  (taruk muka bengis kat sini)

Semua rata-rata bising pasal ji-es-tee ni.
Aku pun sama merempan gak.
So malas nak bising-bising kat blog ni.
Sebab karang kalau aku bising, panjang berjela la entri ni.

Khamis lepas aku amik anak-anak balik dari sekolah.
Dalam kereta anak aku tanya, "GST tu haram ke mummy?"

Krik...krik...krikkkk...

-diam-

Tak reti aku nak bahas kalau masuk bab halal-haram ni.
Takut aku salah bagi fahaman kat budak-budak ni.
Pastu aku tak layak nak bincang hal-hal hukum hakam ni.
Mak takut sesat nakkkkk...


Ika : Kat sekolah kakak, harga mee goreng pun dah kena gst. Bulan 3 lagi dah naik.

Aku : Berapa?

Ika : Dulu 50sen je. Sekarang dah singgit.



Tu bukan gst nakkk... Tu cekik darah!
Nak kena maki agaknya makcik kantin sekolah kau ni!

Agak-agak sikit ye.
Mentang-mentang la kau tak kenakan 6% GST, awal-awal kau naikkan harga makanan.
Kalau mee goreng tu naik harga 20sen ke.. 30sen ke.. Aku paham la.
Ni sekali ganda naik, apehal?
Setakat budak sekolah rendah je pun yang nak makan.
Dalam mee pun bukan ada udang sotong kupang mentarang segala rencah pun!

Well, bising-bising pun bukan boleh buat apa pun kan?
So, meh sini kita ikut cara aku.

It's Yati's rules!

Bermula hari ini.
YES, HARI NI!

Aku terpaksa korbankan masa tidur aku untuk banteras jenayah ekonomi ni.
Sebelum ni, aku bangun pukul 5.15am nak masak untuk lunch En Zul & anak-anak.
Tapi bermula hari ni aku bangun pukul 4.30am untuk masak makanan recess anak-anak.
Ni untuk makanan recess ye. Untuk breakfast kira lain.

Untuk breakfast selalu aku bancuh susu/milo oats je.
Kalau tidak pun ada roti sapu choc jem.
Kalau rajin aku buat french toast (gituuuu... nama harus la kerlasss! Padahal roti telo je pun)
Jadi, anak-anak aku tak perlu la nak mengkaya kan makcik kantin tu.
Setakat nak beli air, silakan.
Lebih afdal air pun kau bawak siap-siap dari rumah.
Bancuh la sirap ke, sunquick ke..
Pastu kau togok la puas-puas.

Ni bukan kedekut ye,
Ni berjimat.
Hape gila la harga barang sekarang ni.
Gaji aku laki bini bukan besar hokeh!
Nak hadapkan sangat dengan kos perbelanjaan yang mencanak-canak naik tu, memang boleh buat aku gila.

I hate u, Mr Ji Es Tee!!!


No comments :