It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 22, 2013

Please respect your neighbor!!


Dasar orang tua tak reti nak hormat jiran!
Macam ni la gayanya.
Jiran aku (dlm pic sebelah kiri) ni melayu.
Yang aritu aku cerita dia rekemen anak dia untuk jadi kontraktor renovate rumah kitorang.
Tapi kitorang tak amik anak dia buat reno rumah kitorang.
Agaknya sebab bengang dengan kitorang, ditambah pulak dengan kepala otak dia yang sewel,
so selamba badak je dia buang sampah kat rumah aku.

Hari tu dia buang batang pokok ubi.
Then dia buang batu-batu (dia beli rumah sebelah sana), dalam renovation kot.
So batu-batu rumah tu dia campak ke rumah aku.
Pastu dia buang kayu-kayu pulak.
Tak cukup dari tu buang daun-daun pokok pisang.
Semalam dia buang zink, papan playwood dan tikar getah pulak.
Siap susun sepanjang tepi rumah kitorang pulak!!!

Gile ke hapa pakcik ni??
Ingat rumah aku ni pusat perlonggokkan sampah ke?
Kot iya pun kitorang tak sempat nak kemas tepi rumah kitorang tu,
ko hape hal pulak nak buang sampah macam-macam kat rumah orang?
Rumah tu dah ada orang beli ke, belum ada orang beli ke, tolong ada sivik sikit boleh?
Mana sensitiviti kau dengan jiran-jiran?
Buang sampah kat kawasan rumah orang???

Otak taruk kat mana pakcikkkk? Celah bontot??

Dah satu hal pulak En Zul kena bawa balik lori & kemas semua sampah-sampah pakcik tu.
Senang la hidup kau kan? Buat sampah banyak-banyak pastu lempar ke rumah orang!
Malam jumaat lepas bila aku dapat tau dia buang sampah lagi, mengamuk la aku kat depan rumah.
Aku bebel marah-marah, memang semua orang boleh dengar.
Pastu elok-elok rumah dia terang benderang, terus tutup semua lampu.
Gelap gelita terus rumah! Konon-konon dia tak ada kat rumah.
Kau ingat aku bodoh?
Tau pulak kau malu kan?? Kalau rasa bersalah, pegi la angkut balik semua sampah kau tu.
Ni minta maaf pun tak. Lagi amik kesempatan kat kitorang.
Mentang-mentang kitorang dalam proses pengemasan & pembersihan rumah, selamba je kau join sampah kau sekali kat rumah aku.

Kitorang ni keluar rumah pukul 6.30am. Balik dalam pukul 7pm lebih.
Kadang-kadang memang lewat sampai ke pukul 8pm.
Pakcik ni pulak tak bekerja. 24jam ada kat rumah duk mengumpul sampah kat rumah aku pulak.
Patut la bila aku balik kerja, pakcik tu & anak dia nampak aku siap pandang-pandang semacam je.
Agaknya bila aku diam tu, maknanya aku rela hati kau buang sampah kat rumah aku ke?
Aku diam sebab aku tak tahu kau buat perangai, siyallll!!!

Apa la motif dia susun sampah-sampah tu kat tepi rumah aku?
Nak tolong berbakti pada jiran dengan kekdah apa ni?
Seyes aku tak paham!
Nak tolong cantikkan rumah aku ke?

Tak payah la nak sebuk-sebuk dengan rumah aku.
Tahu la aku nak kemas rumah aku macamana.
Kalau rumah aku sepah sekali pun, tak ada kena mengena dengan rumah kau.
Kalau orang nak kutuk rumah aku kotor ke, bersepah ke, itu rumah aku.
Tak ada hal pun kau nak sebuk kemaskan untuk aku.

Kau bersihkan je rumah kau tu.
Aku tengok tepi, depan & luar rumah kau tu dah macam-macam pokok kau tanam.
Dalam pasu, atas tanah, siap yang melingkar berlilit-lilit pun ada.
Dah macam hutan belantara je aku tengok rumah kau!
Silap hari bulan dengan harimau, monyet & anaconda pun berkampung kat rumah kau!!

Kita fikir dia orang tua, kita malas nak tegur dia buang sampah banyak kali kat rumah aku.
Tapi bila kita diam, makin menjadi pulak sewel dia tu.
Bila aku dah bising-bising, pandai pulak tutup lampu satu rumah!

Semalam En Zul dah tebang semua pokok pisang & pokok mata kucing depan rumah aku.
Siap bawa balik lori untuk angkut semua sampah si haram jadah tu.
Kalau lepas ni diorang buat lagi sampah, memang aku terus pegi rumah dia.
Aku tak pulang balik sampah tu. Aku kasi maki terus!!
Tu kira ok la aku kasi maki. Kalau aku hantar santau?
Haaa... Masa tu kau muntah berdarah pun aku siap tepuk tangan je.

Mentang-mentang aku orang baru kat kawasan situ, kau buat taik pulak ye!!
Dasar orang tua dah nak mampos tak sedar diri!!!!

Tadi En Zul call aku. Dia dah jumpa dengan pakcik tu.
Dia memang mengaku dia yang buang semua sampah kat tepi rumah aku tu.
Alasannya tak nak rumput tumbuh kat tepi rumah aku.

Huh? Rumput?

Hadoiiiiii....

Then En Zul cakap dengan budi bahasa, "tolong jangan buat lagi ye pakcik. Semak.."

Nasib baik En Zul yang pegi jumpa. Kalau aku yang pegi jumpa aku cakap je,
"Pakcik ni sewel ye? Otak taruk hujung kote ke?"

Apa masalah pakcik tu?
Kalau hutan Amazon sekali pun tumbuh tepi rumah aku, apa masalah dengan dia?
Lantak la rumput nak tumbuh pun. Kalau kucing berak ke, anjing kencing ke,
apa yang kau susah? Bukan kotor & busuk kat rumah kau pun...

Nak buat baik biar berpada-pada pakcik..
Jangan sampai baik kau tu menyusahkan orang lain.
Tolong la jangan buat alasan yang sangat murahan dan membodohkan diri sendiri.
Tak pasal-pasal je dapat sumpah seranah dari aku.

En Zul kata nak bakar je sampah tu semua.
Bagus jugak. Sebab sebelum ni dah 2 kali kitorang bakar sampah depan rumah.
Dan semua asap tu masuk ke rumah dia dek ditiup angin.
Hahahaha...

Lepas ni aku nak bakar playwood & tikar getah tu, aku nak tambah dengan tayar buruk.
Segala macam getah aku nak masukkan.
Biar asap hitam berkeladak tu masuk ke rumah dia.
Makin hitam & busuk asap tu, makin aku puas hati.
Maklumla, aku pun manusia jenis busuk hati gak. Sape suruh cari pasal dengan aku khennn?
Kalau dia naik angin sebab asap hitam masuk rumah dia, jangan salahkan aku.

Pi salahkan angin tu. Dia yang bertiup ke arah rumah kau.
Hahahahaaaaa!!!







9 comments :

Man said...

Jiran ku jns bersih tp jelous la sgt klu tgh lbh sikit. Hingga pasu n pokok bunga pun nk lawan.

Chempaka Merah said...

pembersih sgt pun rimas gak. tp klu smpai pasu & pokok pun nak dijadikan modal utk lawan, memang kelakar la. mcm x de benda lain nak di jeleskan. hahahaahah

Man said...

Ada jiran yg dengki mcm cis...pokok n pasu bunga pn nk berlawan.nyampah aku tgk.

bib2426 said...

HAHAHA....adoila yati. sadisnya.
rumah dia yang ada rumpunan pokok tu ke? motif sangat susun zink kayu kayan segala..

so sweet pacik ni. sweet tak bertempat. hahaha...

buat kuih bengkak. bg kat pacik tu. pesan toksah buat lagi yer pacik. hahaha...pedih hulu hati jiran cenggini.

Chempaka Merah said...

aah kak bib. rumah dia yg ada rimbunan pokok hutan amazon tu. klu selak-selak pokok tu kompem jumpa anaconda! Smlm En Zul dah cantas smua pokok dpn umah (pokok pisang & mata kucing tu). dgn sampah2 smua dia dh buang. terang la umah kitorang skrg.

pakcik lahnat tu siap mngaku tu yg tak tahan. dia igt kitorang nk ucap terima kasih kot atas jasa baik dia mnyusun sgala smpah tu. ciss!!

Chempaka Merah said...

@man, dia feeling pasu dia cantik macam pasu bandaraya punya kot. bila jiran sblah punya pasu lebih cantik dari pasu bandaraya dia, sentap la membet tu kan... =)

Man said...

Mana taknya pokok n pasu yg aku beli sedangkan pokok jenis tu berlambak x pun dia beli. Lps aku beli 2 3 hari lps tu sebiji siap ngan pasu g beli. Agak2 le nk buat pun. Nampak sgt ko tu jelous n nk lawan. Dahlh bila dia buat lbh senyum meleret. Tapi bila tgk aku buat something tambah ape ke. Muka mcm lahanat.skang aku buat x tau je. Jumpa tegur je. Klu nmpak jauh elakkan diri. Agaknya klu jumpa ular ngan dia aku pukul dia dulu. Dahlah aku set taman elok2 tiba2 nk buat wall.celaka. siap paksa aku share lagi. Ko nk buat ko le kn lebih. Mmg jelous tgk tmn aku.mmg cis2

Chempaka Merah said...

hahaha.. aku rasa jiran ko ni adik beradik dgn pakcik hutan amazon sblh umah aku ni laaa... sama bengap je peel nya!

Rainbow Z said...
This comment has been removed by a blog administrator.