Dulu aku kemain marah kalau ada orang
hantar game request kat FB aku. Tak kesah la game apa sekali pun, memang aku
hangin satu badan. Siap buat status minta kawan-kawan jangan send game request
kat aku. Tapi bak kata orang-orang tua, kalau benci kena berpada-pada. Nanti
benci tu boleh jadi sayang. Macam aku dengan En Zul la. Dulu kemain benci kat
dia. Alih-alih dia jadi laki aku. Haaa, siapa boleh pertikai takdir Allah? Dulu
benci sampai tak boleh pandang muka, sekarang kau hadap la muka dia hari-hari.
Nasib baik dia chenta hati aku khennn, tak de la berbulu mata ni nak tengok
muka dia. Makin hari makin sayang uollsssss.. Kah~
Berbalik pada game request kat FB tu,
sekarang aku dah join geng-geng send request Candy Crush (CC) Saga. Hahaha..
Macam bangang je buat pengakuan ni kan? Hihiii.. Mulanya dulu masa mula-mula En
Zul belikan S3 ni, aku duk download segala macam tok nenek apps kat Play Store
tu. Almaklum la, orang baru nak try pakai Androids phone, batak la jadinya.
Sampaikan game Gangnam Style kejadaharam tu pun aku download. Pastu bila tak
reti main, mula la memaki hamun segala benda yang ada. Padahal boleh je
uninstall balik benda tu. Motif kau nak maki hamun semua benda apehal?
Bila dah seronok main CC ni, start la jadi
ketagih kan? Kau jangan nak tipu la kalau dah start main game tak jadi ketagih.
Dulu aku main game dengan housemate aku sampai berkampung depan pc aku sampai
ke Subuh. Apa ntah nama game tu. Kalau tak silap aku diorang rename game tu as
'Tak Ada Makna'. Masing-masing duk save game tu dalam pendrive. Kat rumah tu
aku sorang ada komputer, so semua pakat parking bontot kat depan pc. Sorang
tukang klik mouse, yang lain tukang cari gambar. Level ketagih main game tu
mengalahkan drug addict. Same goes to CC. Hari-hari main sampai, konon-konon
this is the best ever game~ Puiiiii!
CC tu pulak ada part yang kena request life
atau nak up level. Macam cibsss je kan? Ntah apa motif nak suruh minta-minta
kat orang aku pun tak paham? So aku pun terpaksa la menebalkan kulit muka yang
dah sedia tebal ni buat request kat kawan-kawan. Cissss.. Akhirnya aku
kecundang dengan CC. Ai hate u miss candy!! Benci-benci pun, miss candy ni
jugak yang kau hadap hari-hari.. Aiyyyoooo....
Sebab hari ni aku stuck dari malam tadi,
maka tercipta la entri ni (bukan hari ni je stuck, tapi hari-hari stuck!)
Sebabnya aku dah lenguh nak main. Pastu aku dah penat nak tukar date untuk
refill live. Pastu nak layan blog gosip pun dah rasa bosan sampai nak muntah
berdarah. Sejak semalam aku follow thread kat Cari Forum pasal Adi Putra dengan
scandal dia. Hari ni masih berlarutan thread tu. Kat blog gosip lain pun aku
dah khatam. So, what to do now? Haha.. Mari update blog!
Semalam aku sakit hati dengan jiran baru
aku. Baru pindah seminggu aku dah rasa terbakar hati. Actually sejak beli rumah
tu aku dah hangin dengan jiran-jiran aku. Tapi apakan daya, aku belum ada bukti
kukuh nak buat pencetus carutan dan makian aku kat diorang. Rumah aku rumah
tepi. Jiran sebelah kiri aku ni chinese. Dah tua dah uncle tu. Mesra jugak la.
Walaupun dia agak-agak blurr. Sebelah kanan kosong la kan sebab rumah aku rumah
tepi. Tapi sebelah lorong tu rumah malay. Kira rumah dia pun rumah tepi la.
Masa kitorang baru beli rumah tu, dia ada offer anak lelaki dia untuk jadi
kontraktor untuk renovate rumah kitorang. Tapi bila En Zul cakap berapa budget
kitorang, pekerja dia cakap nak sms dulu bos dia (bos dia tu kira anak jiran aku tu la). Sekali pekerja
dia tersalah hantar mesej. Dia cakap, "Bos, budget dia ciput. Dalam RM40k.
So macamana?" Sekali En Zul baca, terus dia balas sms budak tu. "Awak
salah hantar ni. Awak patut hantar kat bos awak, bukan kat saya." Apa
lagi, gelabah la budak tu. Dia balas sms minta maaf, tapi En Zul tak respon.
Dia siap call balik semata-mata nak minta maaf. Tapi sudah terlambat bro! En
Zul agak bengang terus ambil kontraktor lain. Ngagaga!!
Kalau ikutkan bukan banyak pun yang
kitorang reno. Setakat extend laman belakang rumah, tambah bilik, tambah bilik
air & buat pagar batu keliling rumah. Tapi kitorang malas nak panjang-panjang
cerita, kitorang decide ambil kontraktor lain. Tapi kontraktor tu pulak haprak!
Malas nak cerita pasal dia kat sini. Back to the story pasal jiran aku tu.
Diorang ni suka benor buang sampah kat depan laman aku. Cisssss! Walaupun di
luar rumah, tapi still kawasan depan rumah aku. Kot iye pun aku tak duduk situ
lagi, jangan la ambil kesempatan buang sampah kat depan pagar aku. Cuba guna
sikit akal tu. Kalau orang lain buang sampah depan rumah diorang, agaknya terus
report polis agaknya!
Dari hari tu macam-macam diorang buang.
Yang uncle chinese tu buang meja mahjong. Yang pakcik melayu ni buang segala
pokok & daun yang dia cantas. Eeeee... Kang sorang-sorang aku cantas pelir
kang! Malam tadi En Zul dah bakar semua sampah kat depan tu. En Zul cakap lepas
ni kalau diorang buang lagi sampah, memang kena sound la. Siapa lagi yang buang
kalau bukan diorang? Dah sah-sah sebelum ni meja tu ada kat luar rumah uncle
tu. Dan pokok-pokok tu pakcik tu tanam tepi rumah dia. Hujung-hujung kat depan
rumah aku jugak yang dia lempor. Dasar manusia tak de sivik!
Dah la, aku nak masuk meeting. Doa-doa
semoga mood Prof Datuk baik hari ni. Aminnnn...
*hari ni ada jamuan raya kat PPUKM, tapi
aku tak pegi. Now rasa lapar, rasa menyesal pulak tak pegi. Huhuu..
No comments :
Post a Comment