It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 19, 2013

Totally sampah

Hari ni aku terima email dari company Korea tu.
Oh ya. Baidewei, diorang dah datang ofis aku semalam untuk repair keypad yang problem tu.
Dah dapat surat peringatan baru terhegeh-hegeh nak ambil tindakan.
Kalau aku senyap, diorang pun senyap jugak. Sekali aku 'jentik', baru nak gelabah kan?

Semalam manager (Korean) datang dengan engineer dia (Malaysian).
Masa jumpa aku, masing-masing buat muka kelat. Maklum la, nak mengadap singa kan?
Sampai kena lahar dalam telefon, kompem la muka ketat macam mintak kaki!
Tapi aku just layan macam biasa, walaupun dalam hati rasa bengkekkk je nak sambung seranah diorang.

Sabar makton.. Sabar...

Lepas diorang setel servis mesin In tu, Eddy (engineer Malaysian) janji nak email aku untuk service report.
So hari ni aku tunggu la email dari si Eddy ni.
Pagi-pagi pukul 9am lebih Eddy call aku cakap dah sent report tu.
(swasta masuk keje pukul 9am kan? So kira awal jugak la dia call aku).
Wahhh, bagusnya! Ada improvement sejak aku sembur air liur kat dia minggu lepas.
Kalau gitu tak sia-sia aku buang saliva banyak-banyak duk maki kau dalam telefon.
Nampak la perubahan nya lepas dapat surat peringatan khennnn!! Hehehe..

Lepas Eddy call mintak aku check email dia, aku pun bukak la inbox.
Yep, memang ada email dia. Phew.. Lega.
Lepas ni boleh update kat staff aku yang mesin In dah boleh guna.

Sekali bila aku bukak email tu, terbuntang terkebil-kebil mata aku nengok email si dak Eddy ni.
2-3 kali jugak aku scroll email tu atas bawah.
Pangkah email dia, then bukak balik. Check balik email tu.
Still sama.

Dalam hati aku, ape kejadah haram email ni?
3 baris ayat je?
Mana attachment (report)?
Dia lupa attach ke? Tapi tak ada pulak dia cakap "pls refer the attachment".

Ok, relax.
Mohon tahan tekanan darah tu dari naik mencanak-canak.
pada masa yang sama otak aku dah mendidih mengelegak ni.

Sabar ok?


Nampak 3 line email Eddy ni?
3 line!!!!!
Ni betul-betul boleh mendatangkan sawan!



Terus aku tekan REPLY, then aku ajar dia cara-cara nak buat report.
Wadehellllll.. Nak buat report pun kena aku kasi tunjuk ajar ke?
Setakat template report je apa yang susah sangat?
Selama ni tak pernah buat service report ke?




Baik gila aku kan?

Siap ajar satu persatu cara nak provide report.
Hadoiiiii... Dulu aku kena ajar sales rep dia buat keje sales. Siap ajar bahagian finance lagi.
Then aku kena ajar Kevin (manager Korean) tu pasal training & service contract.
Now aku kena ajar engineer dia buat service report pulak.

Whattt...??
Seriesly....????

(hempuk kepala atas meja berkali-kali sambil nanges-nanges!)

Bior la english aku tu tunggang langgang (tu belum lagi kehancuran grammar).
Atleast aku tahu buat keje aku. Aku belajar dari bawah dengan orang lain.
Bukan macam diorang yang belajar tinggi-tinggi, tapi kerja hakiki pun masih tak tahu buat.
Siap client tolong ajarkan satu persatu untuk diorang.

Sumpah aku stress kerja dengan orang-orang macam ni.
Sepatutnya diorang sebagai principle, diorang la yang kena bagi tunjuk ajar kat aku as a client.
Tunjuk la a good performance kat aku. Jangan la benak sangat kepala otak tu.
Ni tak, diorang pulak lagi bebal dari aku. Ape kesss??

Aku rasa macam nak hantar quotation pulak kat company ni.
Nak quot harga untuk aku buat kelas "How to run your company?"
Aku nak ajar sekor-sekor kat company tu macamana nak run business tu.
Dari sekecil-kecil perkara, sampai la sebesar-besar isu.

Kalau macam ni la cara diorang bagi report untuk service diorang, tak mustahil macam ni jugak la cara diorang treat kat orang lain.
Cara reporting tu pun dah nampak kredibiliti & performance diorang di tahap yang paling teruk.
Macamana la agaknya minit mesyuarat, surat-surat, data-data & rekod-rekod diorang simpan ek?
Mesti semua tu main ikut dan je diorang simpan.

Itu pun semalam berkali-kali aku remind diorang minta hantar report.
Sebab semalam diorang tak bagi report langsung.
So macamana aku nak buat dokumentasi servis tu? Apa bukti yang mengatakan mesin tu dah ok?
Jadi, kat situ la gunanya service report tu.
Bukan untuk aku buat kertas conteng pun atau pun buat kapal terbang kertas, ngok!

Eddy & Kevin.
Tolong la jangan jadi bangang sangat!
Tolong la belajar macamana nak provide the best service pada customer.
Ni dari Manager sampai ke staff bawahan, semua haprak!

Senang cita, pada aku SATU COMPANY NI SEMUA TOTALLY SAMPAH!






No comments :