It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 22, 2013

Fishing mode =)

Morningggg!!
Happy Sunday uols. Hari ni aku keje. Huhuuu..
Sedey je bunyi kena keje ari ahad kan? Bangla nepal segala tu pun dapat cuti.
Nak buat macamana... Kena ganti orang bersalin.
Maka, terpaksa la pepagi buta keluar rumah meredah kabus dan denai untuk sampai ke ofis.
Ok, kabus tu kalau lepas subuh memang ada. Tapi bab denai tu aku tipu.
Kahhhh...


Pagi semalam kitorang ke Pusat Komuniti UKM, Beranang. Plan nak memancing ikan.
Dari minggu lepas En Zul duk ajak aku memancing.
Padahal rumah belum setel mengemas ada hati nak berjoli sakan. Puiiii..
Tapi sebab En Zul berjaya 'memancing undi' anak-anak, so aku mengalah je la...

Dari rumah kitorang dalam 15-20min perjalanan je.
Sebelum sampai sana kitorang breakfast dulu.
Masa sampai sana tengok bos En Zul & kawan dia dah sampai dah.
Roti dah habis sebungkus dilempar dalam kolam.
Tapi sekor ikan pun tak nampak bayang lagi.

Lepas parked kereta, En Zul mula berjalan keliling kolam.
Nak amik mood katanya. Hek elehhhh..
Tak payah nak bermood bagai la bang oiii.
Ikan tengok kau pakai baju pink terus lari benam kan kepala dalam dasar kolam.
Terus tak timbul-timbul dah!




Sampai je sana harus la tangkap beberapa ekor ikan masuk dalam bekas untuk mainan princess.
Kalau tak merempan je budak-budak ni mengganggu orang lain nak memancing.
So bagi je ikan sebagai penenang diorang.




Lepas tu harus la cari port untuk aku main candy crush.
Hehehe..
Walaupun duduk atas penutup longkang, janji CC terus up level hokeh!




Kau mampu duduk atas penutup longkang siap berpayung ala-ala diva gini?

Yang budak sebelah kiri aku tu anak Azmi. Nama dia Ariana umur 6 tahun.
Punya la becok mulut budak ni macam kakak dia jugak si Ain tu.
Gugur segala bulu aku nak melayan celoteh budak ni.





Walaupun gigih buat gaya diva, tapi cara duduk aku tetap sendu.
Hok alohhhh.. Malu seh gini. Rasa nak delete je pic ni. Hahaha!!




Ni hasil pertama tangkapan En Zul.
Ikan talapia. Agar kembang kuncup hidung En Zul bila berjaya mendahului kawan-kawan lain.
Bos En Zul jeling je dari jauh.
Nape En Din?? Sentap kerrrr??




Gambar dengan hasil pertama adalah wajib.
Walaupun sekadar ikan talapia sebesar tapak tangan aku je.
Eh, baru perasan hari ni semua orang pakai baju pink. En Zul ni mana pernah pakai baju pink.
Ni apa mimpi ntah? Petua nak dapat pancing banyak ikan kot.




Tak boleh jadi ni. Aku pun kena try jugak.
Takkan nak tengok je orang lain tunjuk bakat kan?
Aku yang tak pernah pegang pancing gear ni kena la tunjuk bakat jugak.
Ingat aku tak reti ke? Sekali aku siul, berpuluh ekor ikan naik.

Tapi naik ke permukaan kolam je la. Naik ke darat kena tunggu tuah pulak.
Kahhhh~

 Ni aku tak tipu.
Aku lempar je mata kail ke dalam kolam, tak sampai 30saat mata kail aku dah kena ngapp!!
Tu yang En Zul terus gelabah tengok pelampung mata kail aku kena tarik.
See.. Woman always win hokeyyy~
Terutama wanita yang gojes macam aku.
Lalaalalalalaaaaa..



Kejayaan wanita gojesss..
*muntah*

Payung sampai senget-senget sebab nak bergambar dengan ikan punya pasal.
Tak heran dah dengan panas terik ke apa.
Janji dapat tayang ikan aku.


Lepas berjaya dapat 1st ikan, terus tak duduk main Candy Crush dah!
Pancing tu tak lepas-lepas dari tangan aku.
Macam seronok pulak dapat ikan.

Well, dari pukul 9.30am sampai 11.30am aku berjaya tangkap 13 ekor ikan.
Tu belum kira dengan ikan yang dah terlepas.
En Zul dapat 6 ekor je.
Bos & kawan-kawan En Zul dapat dalam 5 ekor seorang.
Kesimpulannya (perlu ke perkataan ni??) aku paling berjaya la.
Tiap kali aku bawa naik ikan, masa tu Bos En Zul geleng kepala.
Macamana kaki pancing boleh kalah dengan wanita gojes ni?
Ada baca mandrem ke? Ada bela saka air ke?
Habis-habis pun mampu senyum je tengok kat aku.
Hahahaa...

Temanya lain kali kalau nak pegi memancing, harus la bawa bini masing-masing.
Sebab ikan kat situ majoriti ikan jantan. Mesti diorang nak ngapp mata kail orang perempuan.
So sila bawa perempuan CANTIK ke kolam ikan.
*blushing*

Uwekkkk!

Dalam kolam tu ada banyak ikan.
Talapia paling banyak. Keli pun ada.
Ikan sebesar peha aku pun ada. Tapi dia just lompat-lompat amik udara je.
Agak sombong nak makan mata kail kitorang.

Aku cuma mampu pandang je kat ikan yang besar-besar melompat atas permukaan.
Dengan harapan, "hoiiii ikan, meh makan umpan aku. Nanti aku belanja makan ikan sweet sour eh?"

Tapi harapan punah begitu sahaja.
Ikan-ikan ni duduk kat PK UKM ni macam dah educated pulak.
Tak main la makan-makan umpan cacing ni. Kitorang makan pizza....




Sebab aku dah join sekali, maka stock cacing harus ditambah.
Terbongkok-bongkok laki aku cari cacing dengan Azmi.
Dengan harapan bertambahnya cacing, bertambah besar la jugak peluang dan tuah diorang untuk saing bilangan ikan aku. Tapi haparan itu nan hadoooo!!!

Hahahaa..


Sebelum masing-masing balik, Bos En Zul siap roger...

"Next week kita pancing kat kolam lain. Tak pun kita pancing kat laut. Zul, lain kali jangan bawak Ma'am"


Pastu jeling-jeling kat aku.
Aku buat derk je sambil touch up bedak kat pipi



Lepas memancing kitorang ke PPUKM untuk masukkan ikan ke dalam kolam belakang ofis En Zul.
Kitorang tak de la bawa balik untuk masak.
Sebab diorang kalau memancaing memang tak makan ikan saiz gitu.
Selalu lepas dalam kolam je. Kalau dapat saiz besar baru diorang masak.
Baru terbayar kepenatan dan kesabaran memancing tu.

Then, kitorang ke IKEA.
Dengan ketiak dan badan habis berlendir.
Series aku tak lalu nak bershopping. Maka redhooo je la masuk ke IKEA.
Biar pengsan semua orang kat sana bila bau badan aku.
Kahhhh!!




2 comments :

Ummialyaanas said...

kat mana kolam ni...saje nk tau :)
mana la tau kan weekend boring2 leh p bwk anak2 memancing..hehe..

Chempaka Merah said...

Dekat Pusat Komuniti UKM, Beranang =)