It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 14, 2012

Rumah Terbuka Institut Genom Malaysia (MGI) 2012

Baru hari ni nak update. Semalam agak busy nak siapkan assignment.
Dah la portal asyik tak boleh access, pastu tup-tup bila bukak ada tugasan
yang perlu dihantar lagi beberapa hari. Homaigoddd!

Dapat jemputan rumah terbuka dari Prof Noor dari Malaysia Genome Institute (MGI).
Sebab belum pernah datang open house MGI, maka aku pun menyebukkan diri nak
join diorang ke sana. So aku melantik diri sendiri (err.. boleh ek lantik diri sendiri?)
sebagai juru gambar tak bertauliah.

Kitorang pergi seramai 14 orang (3 kereta).
Tapi masa mula-mula pergi cuma ada 10 orang je (5 gentlemen & 5 ladies).
Yang lelaki naik kete Adi, yang ladies cantik menarik dan menawan ni naik kete Ain.
Lagi 4 orang ladies (IT) datang lewat naik keta Ina.

Bertolak pukul 12tengah hari. Masing-masing tengah lapar tahap saka Degawan.
Muahaha!



Masing-masing tengah lapar. Semua tak sabar nak melantak kat MGI.
Eh, ayam jagoan mak jemah join sekali larrrrr (yang peluk tubuh tu).
Tetiba terasa bersemangat pulak! Hehehe...



Sampai MGI, dalam pukul 1pm. Lepas parked kete, terus cari tuan rumah.
Berjumpa dulu dengan Pn Nisak, then jumpa Prof Noor pulak.
Pastu apa lagi, pakat pulun cari air la dulu.
Hausssss!




Merembat cocktail. Sebab aku haus sangat, so aku amik air oren je.
Meja sebelah kitorang tu (ladies), ada beberapa staff MGI yang aku kenal.
Sempat bertegur sapa dengan Azzyati, Zatul dan errr... Sorang lagi aku tak ingat nama dia.
Sorryyyy!


Nah, sebab aku tak ingat nama kakak tu, aku upload gambar kat Regatta Sarawak ni.
Dari kanan : Azyyati, *the lady with green scarf*, dan Zatul.



Masa tengah minum-minum tu, datang Azyyati ke meja kitorang.
Dia pelawa kitorang makan. Dia still peramah macam dulu-dulu jugak =)
Rupanya menu tu dimasak sendiri oleh staff MGI.

Walaweiiiiiiii! Hebatnya!!!
Sumpah kitorang kagum. Tak sangka diorang masak sendiri.
Cuma sate dan laksa johor (if im not mistaken lorr) yang di beli dari orang lain.
Tapi konsep merewang dan masak sendiri tu aku memang tabik la..

Lepas masing-masing dah minum, kitorang memulakan aktiviti menyelongkar makanan atas meja.
Nampak menu ketupat lemang (itu kan wajib), rendang, nasi beriyani,
sup utara, sate, laksa johor, rojak buah, kek dan lain-lain.

So aku ambil nasi dulu.
Ya Allah, sedapnya! Series sedap. Aku bukan reka-reka cerita.
Nasi dia sedap, lauk ayam masak merah sedap, beriyani kambing pun sedap.
Kuah dalca sedap, lengkap semua sayur dalam tu.
One word - PERFECT!


Ni ha, Ain nak pergi ke tengah Atrium, sebab all Septemberians (termasuk Prof Noor)
nak nyanyi lagu besday. Untung laaa... Aku March! Huhuhuu... :'(
P/s : Eh, Ain ni bukan lahir Sept, tapi nak pergi tengok laki dia tiup lilin tu ha...
Anyway, Happy Besday Nazeri =)
And Prof Noor too... May Allah bless you.




Time ni semua dah tak toleh kiri kanan dah.
Tekak aku ni macam memerit je mintak diisi makanan.
Kau tengok pinggan aku, beriyani kambing tu hampir separuh pinggan besar dia.
Padahal seketul je tu. Tapi nasi separuh je (nak jugak mention makan nasi sikit. Puiiiii).
Air harus 2 cawan. Hekkk...




Dah makan nasi, lepak sekejap bagi laluan nasi ke dalam perut.
Then pergi angkut bihun sup pulak.
Bila makan sup dia, ya Allah... Sedapnya!
Daging yang dia rebus buat sup tu betul-betul lembut. Lagi menambahkan selera dan rasa sedap sup tu.
Sup setel 1 mangkuk. Agak-agak ada lagi tak space dalam perut ni?

Tak ada.




Geng lelaki dah siap makan. Tunggu masa nak balik PPUKM.



Sebab dah terlalu kenyang, tak boleh nak sambung makan benda lain.
Just sembang-sembang dengan Puan Nisak, then kitorang beransur pukul 2.30pm.

(Lagipun Prof Datuk ARAJ dah jeling-jeling kat kitorang masa dia nak balik.
So tak reti-reti nak balik jugak?)



Thanks to MGI sebab sudi jemput kitorang ke jamuan raya korang.
Sedap semua makanan. Tahun depan boleh la jadi caterer untuk jamuan kitorang pulak.
Hehehe... =)




No comments :