It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 4, 2012

May I request...??

Insya Allah Jumaat ni ofis aku buat Jamuan Raya 2012.
Seperti tahun-tahun lepas, kitorang join dengan UMBI. Biasa la kan, kitorang kan share bos.. Bawah satu bumbung la lagi...

Menu yang kami plan tahun ni adalah Nasi Hujan Panas (set nasi & lauk), steamboat, kambing golek (4ekor), ketupat, lemang, pelbagai jenis sup (disediakan bersama mee, bihun, kuew teow), rendang, aiskrim Nestle, rojak pasembor, rojak buah, otak-otak dan air ribena longan.

Untuk UMBI, seingat aku diorang akan sediakan menu Nasi Beriyani (set), ayam golek (imported dari Kerinchi), sate (ayam & daging), eskrem Baskin Robin dan lain-lain. Banyak lagi yang aku tak ingat menu diorang.

Menu yang bergilir-gilir untuk tuan rumah adalah sate. Tahun ni menu ni berada di tuan rumah UMBI.

Ok, nanti pas jamuan aku upload semua menu yang ada.
Sekarang nak melahar dulu!

Tadi aku makan kat pantri.
Yang ada masa tu aku, sorang staff IT (katakan dia A)dan sorang lagi staff bahagian aku (katakan dia B).


B : Yati, tahun ni kambing berapa ekor?

Aku : 4 ekor.

B : Hah, 4 ekor? Banyak nya....

Aku : 4 ekor tu biasa je la. Tahun-tahun lepas pun 4 ekor jugak. Berlebih-lebih lagi ada la...

A : Baskin Robin ada tak?

Aku : Ada, tapi kat UMBI.

A : Alaaaaaa... Kenapa kat UMBI? Kenapa bukan kat ofis kita?? (siap buat aksi gedik-gedik, ketuk-ketuk meja)

Aku : *diam & tenung Si A*

Pastu aku cakap, "Kau ni cakap macam kitorang yang jadi AJK ni macam tak buat keje eh??"

A : Eh, marah pulak... (terus blah dari pantri)


Ok, kenapa aku sound dia macam tu?
Macam tak ada kaitan kan??
Hahahaaa...

Mana boleh tak ada kaitan!
Mesti ada sebab kenapa aku melenting bila dia cakap macam tu.

Ok, sila fahamkan betul-betul.

Bila kitorang buat open house atau pun retreat, kita akan minta sumbangan dari company.
Be it sumbangan tu dalam bentuk wang atau pun hamper.
Kalau tahun ni banyak pembelian dibuat, lagi mudah nak dapatkan sponser.
Tapi kalau kurang buat pembelian, jangan mimpi la ada company senang-senang nak bagi sponsor.

Dan kalau mengikut menu yang di pilih, kitorang memerlukan lebih kurang RM12,000 untuk perbelanjaan jamuan raya tahun ni. Kalau sponsor yang dikumpulkan tak dapat menampung kos perbelanjaan, baru la kitorang guna duit Cohort.

So, aktiviti mencari sponsor dari syarikat-syarikat pembekal dilakukan oleh pihak admin.
Dari minggu pertama raya sehingga hari ini, kami cuma ada 2 minggu je untuk mendapatkan sponsor.
Tiap-tiap hari staff admin kena call company, nak tebalkan muka untuk minta sponsor, then kena bijak cari caterer yang memberi harga makanan yang murah.

Then, bila kitorang dah susah-susah dapatkan sponsor untuk perbelanjaan RM12,000 tu, rasanya dah macam-macam makanan yang kitorang boleh provide kan untuk staff Cohort. Tapi jangan la pertikaikan kenapa menu tu tak ada, menu ni tak ada? Kenapa menu yang sedap tu kat UMBI, kenapa menu yang kurang sedap ni kat Cohort?

Pleaseeeeee la.
Itu bukan caranya kita nak tunjuk rasa berterima kasih pada kakitangan yang berkerja keras.
Kita patut rasa bersyukur sebab Prof sudi buat open house tahun ni.
Kalau Prof tak nak buat, macamana??

Korang kutuk jugak kannnn?

Apa yang kitorang dapat sediakan, itu je yang akan ada pada jamuan nanti.
Kalau benda yang kitorang tak boleh sediakan, jangan la minta.
Bukannya korang yang bayar pun semua makanan tu, yang sampai nak mintak-mintak siap request bagai.

UMBI peruntukkan budget RM15,000 untuk jamuan raya. Dan diorang mampu untuk dapatkan sponsor untuk Baskin Robin, biar la menu tu ada kat UMBI. Bukan sebab AJK Cohort yang tak buat kerja untuk dapatkan sponsorship untuk Baskin Robin. Kenapa korang nak argue pulak?

Kami cuma tak mampu nak cari sponsor banyak-banyak. Terpulang pada jasa baik pembekal. Kalau diorang bermurah hati bagi banyak, banyak la yang kitorang dapat. Kalau dah pembekal tak bagi banyak, takkan kita nak paksa?

Kalau kita menggunakan duit lebih dari budget, yang akan tanggung susah pihak kita jugak. Bukan kakitangan pun yang nak kena fikir, nak kena buat report perbelanjaan pun. Part korang cuma datang makan je. So jangan la banyak sangat 'bunyi'. Ok?

Lagi satu, kalau kita pergi open house rumah kawan-kawan kita, menu apa yang diorang jamu untuk kita, kita makan je laaa.. Jangan pulak kita persoal kat dia "Eh, kenapa rumah kau tak ada eskrem Baskin Robin? Rumah si Senah tu ada tau, kenapa rumah kau tak ada?" Tahun depan kompem kau tak akan di jemput datang ke open house rumah dia dah.

Please, jangan banyak songeh tanya kenapa kita tak sediakan menu ni, menu tu?
Kenapa menu ni tak ada kat sini, kenapa ada kat sana pulak?

Oh, kita memang saja buat macam tu, supaya kau pergi ke dua-dua open house tu.
Nak makan eskrem BR, sila la ke UMBI.
Nak makan eskrem Wall's, sila la ke Cohort.
Tapi kalau kau nak minta macam-macam, sila jangan datang!



No comments :