It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 17, 2012

BFF

Semalam hari pertama aku masuk ofis selepas 2 minggu bercuti.
Pagi-pagi dah ramai yang datang 'serang' aku.
Bertubi-tubi soalan yang diorang tanya.
Sampai tak ada tomakninah langsung!

Tak tahu apa maksud tomakninah?
Pergi google sendiri.

Soalan keluar macam machine gun!

''Honey moon ke?''
''Cuti habis kontrak ke?''
''Balik Melbourne ke?''
''Cuti bersalin ke?''

Tang cuti bersalin tu memang dasar mintak penampar.
Kot iye pun aku bersalin, tak de la aku kemaruk sangat nak menghadap kerja ofis ni sampai cuti bersalin cuma 2 minggu je..
Orang lain 2 bulan, tapi aku 2 minggu je. Macam kucing beranak pulak.. Pas anak keluar dah boleh main kejar-kejar tikus!

Yang datang nak bawak masalah pun ada.
Tak apa la.. Bukan masalah orang lain pun. Memang masalah bahagian aku.
Huhu..

Berduyun-duyun datang cari aku nak update hal masing-masing.
Sabar ye dik non..
Sila ambil no giliran anda.
Anda akan dilayan sebentar lagi. Harap bersabar.
Sekian.

Yang datang nak bergosip pun adaaaa!
Biasa la kannnn.. Mak kan mummyrazi kat ofis tu.
Pantang ada celah sikit, mula la nak bergosip!
Hahaha..

2 minggu aku tak ada, banyak betul gosip yang diorang peram.
Nak tunggu aku balik, baru nak story morry.
Mana yang dah tak sabar nak gosip, mula la ajak aku chat.
Tak kira la siang ke, malam ke...
Janji asal nampak aku online, mula la start story.
(Kan kak Saly kan?? I likeeeee!)

Hahahhaaa...
Opppsss.. Soriiiiiiiii~

Tapiiiiii... Dalam banyak-banyak gosip, ada 1 gosip yang menarik perhatian aku.
BFF.
Yup, Best Friend Forever.

Itu dulu laaa.
Sekarang aku pun tak tahu ada lagi ke tak makna BFF tu.

Ok la. Sebagai nak luahkan rasa hati kat diari aku ni, aku nak cite la pasal 'kawan' aku yang dulu mati-mati tak nak berkawan dengan aku lagi dah. Siap removed aku dari friend list FB dia.

Ye la, aku kan mulut jahat. Perangai pun tak de la senonoh sangat.
Kalau aku gelak, mengilai-mengilai mengalahkan Cik Ponti!
Kalau Cik Ponti dengar aku mengilai, sumpah dia lalu tak toleh kiri kanan dah.
Tu belum lagi masuk bab lahar-melahar dan caci mencaci!
Bab tu memang aku expert. Segala sumpah seranah apa yang belum pernah keluar dari mulut aku ni?
Siapa yang kenal aku, memang dah immune telinga diorang menadah air liur aku memaki orang.
Hanya kesabaran yang kental je mampu buat diorang bersabar dengan aku.

Kiranya 'BFF' aku tu tak kental la kesabarannya.
Sampai sanggup buat keputusan untuk tidak berkawan dengan aku lagi dah.

Fine.
Itu hak kau. Aku tak paksa.

Dulu memang aku rapat dengan minah ni.
Sampai kan ke jamban pun nak saing-saing sekali.

Ok laaaa..
Dari segi pergaulan berkawan dia memang baik.
Selalu je nak hulur bantuan pada kawan-kawan.
Kalau Amy ajak aku pergi temankan dia ke satu tempat, mesti 'kawan' aku yang sorang ni nak ikut sekali.
Siap ofer nak pakai kete dia & dia drive kan untuk kitorang.
Duit parking ke, tol ke, semua dia sponsor.
Kadang-kadang duit makan kawan-kawan pun dia tolong 'tong-tong' kan.
Gila baik kan??

Tapiiiiiiii....
Bab kerja dia memang out!
Bukan la 100% kerja dia teruk. 70% kerja dia ok, sebab dia sangat mengikut protokol.
Tapi kalau dah sampai menyusahkan orang lain, tak boleh la kan?
Ada yang baik, ada yang buruk.
Aku malas nak kupas lebih-lebih bab keburukkan orang.
Sebab aku pun teruk jugak!

Yes, aku admit aku memang teruk.

Berbalik pada 'kawan' aku yang sorang ni.
Lepas dia quit dari ofis aku, dia kerja kat Hospital Pantai.
Still dalam bahagian sistem IT.
Kat ofis aku ni ada la beberapa orang kawan yang masih terselamat dari diremove oleh dia ni.
Salah sorangnya Kak Aida.
Kak Aida ni selalu jugak la jumpa dengan 'kawan' aku tu.
Kadang-kadang ada la dia cite sikit-sikit update pasal dia.
Dulu kalau mood aku tak baik, pantang aku dengar nama dia, kompem aku melenting!
Sampai Kak Aida dah tak berani nak cerita kat aku lagi dah pasal dia.

Tapi masa aku kat Thistle hari tu, kak Aida ada cerita pasa dia, dan aku layankan aje.
Tak ada la aku nak melenting, sebab aku rasa dah lali dengan cerita dia tu.
Dari cerita Kak Aida, 'kawan' aku tu selalu bertanya pasal aku.
Tanya khabar aku, siap cakap nak call, sms & ajak aku keluar lepak-lepak. Tapi dia tak berani nak buat sebab takut kena 'cacian percuma' dari aku.

"Aku nak call yati.. Nak sms yati... Nak ajak jumpa, lepak-lepak... Tapi aku takut dia tak sudi nak layan aku. Dia kan benci aku..."

Amboiiiiiiii..
Sedapnya kau buat statement!
Siapa yang benci siapa cik kak?
Kau yang remove aku.
Padahal sebelum tu aku elok je call kau, sms kau..
Dah kau buat hal, takkan aku nak tadah tangan berdoa kat Tuhan mintak kau terima aku balik?
Tak kuasa la makkk!

Tadi Kak Aida datang ke meja aku.


Kak Aida : Yati, i ada benda nak cita kat u. Tapi i takut u marah...


Aku : Ape dia? (muka serius)


Kak Aida : I tau, mesti u marah kalau i cakap benda ni. Tengok tu, muka seriussss je.


Aku : Mana ada. Hahaha.. Cite la..

Kak Aida : Semalam i pergi Pantai buat medical check up. Then i terserempak dengan A ('kawan' aku tu la). Then kitorang borak-borak la. Orang pertama yang dia tanya, u! U apa kabar? U sehat ke? I rasa dia rindu kat u... Tiap kali jumpa mesti dia tanya pasal u. Ye laaa.. Dulu kan u rapat dengan dia. Tu yang dia ingat u tu... Dia cakap nak call u, nak sms. Tapi dia takut u tak layan dia. Tiap kali dia lalu HUKM, mesti dia nak ajak u keluar lepak-lepak dengan dia. Dia nak sembang-sembang dengan u. Memang nampak la dia rindu kat u...



Aku : I ok je. Kalau dia nak jumpa i, bagi tahu je la. Kalau i free, i jumpa la dia. I bukan tak nak call dia, tapi dia yang tak nak kawan dengan i. So, i nak buat macamana lagi?


Kak Aida : I ada suruh dia call u, tapi dia takut.. Takut kalau-kalau u tak nak layan dia. Dia cakap sebab u benci dia, u tak suka dia..


Aku : Mana ada.. Dia yang removed i.. Kalau i ada buat salah pun, juz cakap je la. Bila dia dah removed i, i nak cakap ape lagi? Memang la dulu i marah. Tapi sekarang ni i dah malas nak fikir dah pasal hal dulu tu...


Kak Aida : U try la contact dia. Kesian kat dia, ingat sangat kat u tu... Dia memang la tak cakap nak suruh i cakapkan kat u. Tapi i macam faham la maksud dia. Asyik tanya pasal u. Tu yang i cite kat u. U contact la dia. Kalau nak tunggu dia, memang la sampai sudah dia tak berani....


Aku : Tengok la kak.. Sekarang ni i memang busy. Lagi pun i baru balik dari intensif. Kalau i ada masa terluang, i contact la dia. Harap-harap suami dia tak marah la. Sebab suami dia tahu yang dia tak suka i.



Benar la orang cakap, kalau benci jangan benci sangat-sangat.
Nanti benci tu bertukar jadi sayang.

Kannnnnnnn?
Dah terbukti dah pun.
Dalam kau duk benci-benci aku, ada jugak secalit rindu dan sayang kau kat aku kan!

Aku tak paham la apa masalah 'kawan' aku yang sorang ni.
Dulu dia nak sentap-sentap dengan aku dan kawan-kawan lain bagai nak rak.
Sampai ambil keputusan removed aku dari FB dia.
Ape daaaaa...

Since kau dah tak nak kawan dengan aku, maka aku pun blocked FB kau.
So aku tak payah la nampak kau komen-komen kat status or gambar kawan-kawan aku yang lain.
Selain dari tu, aku dah tolong kau untuk tidak 'berjumpa' dengan aku kat dalam FB tu.
Tak perlu la kau bersusah-susah sakit mata ternampak profile aku.
'Baik' kan aku? :p

Muahahaa!!!

Tapi bila dah lama-lama kau cari aku balik.
Orang lain kau tak cari ke?
Aku rasa bukan aku sorang je yang kena removed dek kau.
Sebab aku bukan orang pertama yang sedar.
Aku kena removed pun sebab kawan-kawan lain yang bagitahu.
So kawan-kawan yang lain tu kau tak ingat ke?

Hmmm.. Mungkin masa aku berkawan dengan kau, kita banyak kenangan sama-sama.
Tapi kau kan ramai kawan...
Kawan-kawan study pun boleh tahan ramai jugak.
Kawan-kawan tempat kerja baru pun mesti ramai kan.
So kenapa nak cari aku lagi?
Kau dah betul-betul sedia ke nak jumpa aku?
Sanggup pedih telinga dengar makian aku?
Hahahaha...

Mek oiiii..
Aku ni dah tak larat nak maki kau.
Dulu masa kau buat hal, dah berbakul-bakul aku caci maki kau.
Dah berbakul-bakul jugak la aku dapat dosa kering.
Cukup-cukup la kot..

Benda dah lepas aku tak nak ingat lagi dah.
Semua orang dah moved on.
Lupakan je laaaa..


Kalau la kau terbaca blog aku ni (KALAU), aku cuma nak kau tahu, aku mungkin boleh berkawan semula dengan kau. Tapi kalau nak mesra dan rapat macam dulu-dulu, semuanya bergantung pada keadaan. Kalau takdir dah tercatat yang kita akan mesra semula, so kita memang akan mesra. Tapi kalau takdir tercatat sebaliknya, aku terima.... Aku harap kau pun sama.


Orang kalau dah tak suka aku, aku tak nak la mengharap tinggi-tinggi.



*sesapa yang berhasrat nak benci aku, baik korang fikir masak-masak. Kang ada pulak yang benci-bencian jadi rindu-rinduan kangggggggggg...

2 comments :

@emy said...

kalu u ditakdirkan mesra, u kne buang topeng hidung tu..hahahaha! smpai sudah pon nk harap org dtg kt dia...tak berubah =)

Chempaka Merah said...

hmm... dah memang sebati dlm diri dia macam tu kak.. dia kan suka feeling-feeling macam anak raja kapoor. so i la yang kena dtg mengadap dia... huhu... tp bab topeng hidung tu, i no komen! lalalalaa~~~~