It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 8, 2012

Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)

Last Maulidur Rasul aku, Nadia dan Sa'adah (Mak Buyung) lepak ke Queensbay Mall.
Punya la ramai orang. Nak mendaki kat parking bay tu punya la seksa!
Macam nak naik roller coaster! Dah la kereta aku manual.
Memang hazab la nak tekan clutch dan minyak.
Kat depan aku ada kereta Wolkswagen, belakang aku kereta BMW.
Dua-dua kete mewah.
Kalau aku terlajak ke depan, aku terpaksa mengadap owner Wolkswagen.
Tapi kalau aku terundur ke belakang, aku terpaksa mengadap owner BMW!
Uwaaa.. Ngerinya naik bukit tinggi mencanak ni!!!

Sejak aku datang Penang ni, aku asyik melepak kat QB Mall ni je.
Rasanya, QB ni je la yang mampu mententeramkan aku (selain makanan yang heaven-heaven tu).

Masa sampai ke QB, punya la ramai makhluk kat Penang yang datang sini untuk leisure.
Termasuk la aku.
Aku datang sini dengan satu tujuan.
Nak beli buku (boleh percaya ke tujuan aku tu?)

Ok, terus terang aku mengaku yang aku bukan seorang 'ulat buku'.
Kalau esok dah nak exam, malam ni baru aku kelam kabut nak belek buku.
Itu pun kalau jumpa buku. Selalunya dah berjam mencari buku baru jumpa.
Sebab buku-buku aku tu location di tak sama.
Hari ni ada kat bilik study, esok kat ruang tamu. Lusa hilang terus!
Kalau jumpa pun buku tu, aku just cari rumus & hafal.
Tapi kalau nak baca explaination yang panjang lebar tu, mintak mahappp!
Tak kuasa aku.

Kalau dah nama nya bangsa pemalas baca buku, bab MEMBELI buku lagiiiii la aku tak tercalon.
Seingat aku la, aku jejak kaki ke book store, ada la kot setahun sekali.
Itu pun sebab nak isi masa lapang menunggu masa tayangan movie nak start.
Boleh?

Last buku yang aku beli adalahhhh....
Hmm, aku tak ingat. Serius aku dah lupa.
Last beli masa study SPM dulu kot.
Teruk betul aku ni. Susah betul nak membudayakan diri dengan aktiviti membaca.

Kalau surat khabar tu lagi teruk.
Paper tu dah nak jadi alas tempat memotong (masa memasak) baru aku nak baca.
Kadang-kadang bila aku ambil newspaper tu buat alas, masa tu la baru nak membelek tajuk berita tu.
Sebab tu waktu memasak aku akan drag jadi berjam-jam.
Setengah jam je aku spend untuk membaca berita kat paper pengalas memotong. Dah setel membaca baru aku start memasak.

Tapi kalau nak baca newspaper mengikut edaran masa, memang takkan punya la.
Sumpah aku bukan ULAT BUKU.
Aku cuma ULAT MUKA BUKU.

Ok, back to the story.
Aku ke QB Mall sebab nak beli buku.
Itu pun sebab aku dapat Baucer Buku 1 Malaysia percuma.
Aku kan student lagi (ceh, feeling-feeling muda remaja)
So aku layak menerima BB1M bernilai RM200.
Kawan-kawan aku dah lama setelkan baucer tu. Tapi aku pulak baru je nak guna.
Itu pun aku tak tahu nak beli buku ape?
Huhuhu..



Ni baucer buku untuk setiap seorang.
RM200 kalau buat beli buku, memang terasa 'banyak'.
Tapi kalau dibuat shopping atau makan, memang ciputttt je!


Sampai QB Mall aku ke kedai Daiso dulu.
Kedai Daiso tu jual setiap barang RM5.
Ala, macam kedai RM2 tu. Tapi barang-barang dia RM5 je.
Barang-barang banyak diimport dari Jepun.

Lepas lepak di Daiso, kitorang ke kedai buku Popular.
Ya Rabbi... Ramainya orangggg!
Bersesak-sesak dengan orang.
Siap main laga-laga bontot.
Sape-sape yang ketiak berkepam tu, memang boleh pengsan kat situ jugak.
Serius sempit Popular tu.
Ramai orang nak memperhabiskan baucer tu.

Aku ke area stationery dulu.
Rembat alat tulis untuk Ika & Aleeya.
Untuk aku pun ada jugak.

Lepas tu aku melangkah ke area buku SPM.
Saja nak membelek buku Fizik SPM.
Hmmm.. Macam best je buku rujukan kat situ.
Berwarna warni. Paling best bila aku jumpa Memory Booster.
Macam flash card untuk reminder tu.

Aku amik buku SPM 2 buah, sebab nak perkukuhkan lagi konsep basic Fizik aku. (Poyo je aku ni)
Then aku amik buku STPM (Pre-U) sebuah.
Total buku study aku 3 buah.
Kira ok la daripada aku beli yang bukan-bukan.

Then aku ke bahagian BUKU MASAKAN!
Yeayyyyyy!!!!
Kena la award diri sendiri. Aku amik 4 buah buku memasak dan 1 wooven bag.
Kalah buku study. Sedangkan buku study cuma 3 buah je. Hihihi...

Bila nak membayar, ada lagi baki untuk mencukupkan RM200.
So Adah ambil satu buku memasak (Prawn & Crab). Harga dalam RM19 lebih.

Lepas aku dah cukupkan RM200, Adah bayar balik kat aku RM19 tu.
So aku ada baki RM19 dari nilai RM200 - cash!
Duit RM19 tu aku buat belanja makanan!!!
Hahahaa...

Duit baucer buku, tapi boleh beli Tako Tao & hotdog kat Jusco.
Kau mampu???

Itu pun lepas membeli makanan, masih ada lagi duit baki RM1.40.
Tak tahu nak beli apa?
So simpan je la.




'Hasil' dari baucer buku 1 Malaysia RM200.



Mak buyung dengan hasil pembelian.



Dengan RM200, macam-macam boleh beli.
Tapi kalau bawak ke shopping handbag, ntah berapa je yang dapat?



Yeeee.... Ni la dia buku masakan yang aku sambar.
Ada untuk ayam, coklat, cookies..
Cuma part RAJIN je belum tentu ada.



Buku SPM dan Pre-U Fizik.
Beli je dulu. Esok lusa baru nak baca.



Stationery untuk Ika dan Aleeya.



Memory Booster.
Sangat praktikal untuk orang pelupa macam aku :)



The content of Memory Booster.



Baki dari baucher buku 1 Malaysia (guna untuk buku Adah)
Baki ni buat beli Tako Tao dan hotdog kat Jusco.



Lepas beli buku, kami lepak The Manhattan Fish Market.



Adah dan Nadia :)



Giant Set untuk 3 orang makan.



Ice peach tea. Marvellous~~



Selesai!
Masing-masing dah terlantar kekenyangan~

Refill yang tak sedap. Air yang mula-mula sedap.
Bila mintak refill, rasa dia 'out'!



Kiri - refill ice peach tea.
Kanan - ice lemon tea (bau macam pencuci tandas!)
Dua-dua pun tak sedap!






No comments :