It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 7, 2011

rasa nak lempang laju-laju

Pada suatu pagi yang hening, dening dan pening...

Kelihatan tiga orang gadis sedang menuju ke kafe dengan penuh ayu.

Gadis 1 : staff lama
Gadis 2 : staff baru
Gadis 3 : AKU!

(aku ni ayu ke? hahaharammmm...)

Sedang kami elok bergurau senda menuju ke kafe, kami berbual tentang temuduga yang sedang dijalankan di ofis kami.



Gadis 1 : Eh, hari ni interview apa yer?
Aku : Pen. Peg Akauntan. Hari ada Pen Pegawai Sains dah datang lapor diri. Faridah pun dapat gak. (merujuk kepada staff kami yang berjaya semasa sesi temuduga)
Gadis 2 : Wah, untung la staff dalam. Senang dapat naik pangkat.
Aku : Kalau jawatan lama macam Pembantu Makmal, tak perlu interview jadi PPS. Kira terus naik pangkat. Tapi sebab Faridah dari jawatan Pembantu Penyelidik, so dia kena interview la. Dulu i nak naik PPS tak ada interview pun.
Gadis 1 : A'ah. Dulu yati ni pembantu makmal. Pastu dia dapat naik PPS. Yati tak ada degree kan? (sambil menjeling pada aku)
Aku : Yup!
Gadis 2 : Ohhh, yati tak ada degree...?
Aku : A'ah!




Hokeh, kat sini dah mula timbul kepelikkan pada aku.
Kau adalah staff lama yang bekerja di TMC. Malah kalau nak dibandingkan dengan aku, kau lagi lama bekerja kat TMC tu.

Aku rasa hampir semua staff tahu yang aku baru sambung degree.
Siap bertungkus-lumus kumpul CTR untuk pergi kursus intensif kat USM.
Tapi, sangat la menimbulkan tanda tanya pada aku kalau tiba-tiba kau bertanya dan highlight tentang AKU TAK ADA DEGREE depan staff baru?

Kenapa bila kau berbual dengan staff baru tu, kau perlu tanya pada aku tentang itu?
Sedangkan kau sendiri dah sedia maklum kan?
Kenapa kau tak cakap je, "Yati cuma dapat naik PPS je. Dia baru sambung degree. Kalau dia dah ada degree, baru boleh naik jadi PS".

Kalau kau cakap macam tu, aku sikit pun tak kecik hati beb!
Yela, benda dah betul. Apasal aku nak marah, kan?

Helo, bai!
Kalau nak ikut situasi kita sekarang, memang aku belum ada degree dan kau dah menggenggam segulung ijazah. YES, AKU AKUI TERANG-TERANGAN PERKARA ITU!

Tapi, kau sedar tak perilaku dan pemikiran kau sebenarnya langsung tak menunjukkan bahawa kau adalah degree holder?

Okeh, aku cakap bukan ikut sedap mulut.
Kalau kau tak percaya kata-kata aku, kau boleh tanya pada pegawai-pegawai lain tentang isu ni.

Kat sini aku nak jelaskan apa yang menunjukkan perbezaan kau dengan pegawai lain.
(Tak payah la nak bandingkan dengan aku. Aku kan bukan degree holder. Kang kalau bandingkan kau dengan aku, ada pula yang kata aku perasan tak sedar diri!)

Satu : 
Semua pegawai ada kerja dan tugas masing-masing. Bukan macam kau yang berlakon macam terlampau banyak kerja, tapi hakikatnya kau sendiri tak tahu apa spesifikasi tugas kau! Kau cuma 'make-up' report yang anak buah kau sediakan dan tugas kau cuma present kat dalam meeting setiap minggu. Memang report slide kau tu cantik, tapi sayangnya cuma kau sorang je yang paham! Pegawai lain sepatah haram tak faham apa yang kau presentkan. Paling sedih bila Prof pun tak faham apa yang kau cuba sampaikan. Bila Prof suruh kau sediakan sesuatu report atau beri sesuatu kerja, haram kau tak faham arahan Prof. Sedih gila tengok situasi kau sebagai degree holder, kan?

Dua :
Kesian kami tengok anak buah kau. Secara zahir diorang mempunyai seorang pegawai untuk meluahkan permasalahan, mengadu kesulitan dalam bekerja. Tapi hakikatnya, staf kau sendiri dah muak nak layan kau! Bila diorang beri pendapat dan cadangan, mentah-mentah kau tolak! Alasan kau mudah je, "SUSAH!" Hello... Kalau kau tak cuba, mana kau tahu benda tu susah ke senang? Staf kau cuba macam-macam untuk majukan bahagian kau. Tapi apa pula respon pada pihak kau? Ada kau duduk berbincang dengan diorang? Ada kau selami permasalahan yang berlaku dalam unit kau? Ada kau minta pendapat pegawai lain untuk penambahbaikkan unit kau? Kau yang cipta sendiri sistem untuk unit kau, jadi kau rasa bahagian kau dah cukup perfect! Kau silap! Memang setiap orang ada cara mereka tersendiri dalam menjadi seorang pemimpin. Tapi pada diri kau, maaf! Aku rasa masih terlalu jauh lagi untuk kau pegang title seorang pemimpin.

Tiga :
Kau ego. Terlalu ego! Tak perlu aku ulas panjang-panjang point ni. Dari dua point di atas semua orang tau betapa tinggi nya ego kau tu. Di luar kau nampak lembut, tapi di dalam kau terlalu keras!

Tak apa la. mungkin itu peribadi kau, personaliti kau.
Lantak kau la nak buat apa!
Tapi memang aku jujur katakan, aku jengkel tengok jelingan kau bila memperlekehkan taraf pendidikan aku.

Relaks, kawan...
Perjuangan aku masih belum selesai. Jika diizinkan Tuhan, mungkin taraf pendidikan kita akan jadi sama. Jika tiba waktu itu, tak perlu la lagi kau nak 'menunduk' memandang pada aku.


Mungkin kata-kata ni boleh aku jadikan pegangan.

"manusia dinilai melalui ilmu pengetahuannya. tapi, jika ilmu itu tidak digunakan semaksimumnya, maka tiadalah nilai pada manusia itu..."


*biar ilmu aku sikit. Asalkan ilmu yang aku ada, aku gunakan sebaik yang mungkin!

2 comments :

ciketon fazya said...

cam tau je sape pelakon2 utama cerpen ni..

Chempaka Merah said...

hahaha.. u kan sebagai make up artis pelakon2 i. mesti la u tau sape orangnya kan.... =P