It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 2, 2011

A New Address After 26 Years

Parents aku duduk kat Wira Damai.
area-area Gombak sana nun..
selama 26 tahun kami stay sana, belum pernah ada nama jalan.
eh, parents aku je yang dah stayed sana 26 tahun.
aku 21 tahun je duk sana.

sebelum ni, bapak gila susah nak cari rumah aku. sape-sape yang belum pernah datang rumah aku & sengaja nak test ke'terror'an korang mencari rumah aku, confirm mesti sesat punya!

kalau korang ada GPS yang BEST BRO macam si Nabil punya tu pun belum tentu boleh sampai rumah aku dengan selamat!

sekarang ni dah tak payah susah-susah nak tanya orang kampung mana satu jalan nak ke rumah aku.
sebab Majlis Perbandaran Selayang dah taruk signboard kat setiap lorong di Kampung Melayu Wira Damai tu.
*duduk kampung je, tapi nama jalan extravaganza betul!*

si Leen tu pulak beriya-iya upload gambar kat FB aku.
agak-agaknya dia mesti ingat aku ni akan terkinja-kinja keseronokkan melihat arus pembangunan yang berlaku di rumah tu kot.

plis, eh!

nak kata terkinja-kinja tu, tak ada la..

tapiiiii....

sedikit sebanyak rasa kagum jugak sebab sekurang-kurangnya kawan-kawan atau sedara mara yang jauh tak la sesat nak datang bertandang kat umah mak aku tu.


apa yang penting, nama jalan tu tidak la pelik sangat.
macam nama kampung aku tu la...




KAMPUNG MELAYU WIRA DAMAI


orang lain fikir :
penduduk kampung ni mesti semua melayu kan?
hakikatnya :
orang India pun ada. siap mabuk-mabuk lagi (tak semua la)
sekarang ni lagi best!
dah rasa macam kat Jakarta. ramai gila orang Indon!

orang lain fikir :
kenapa WIRA? semua penduduk kampung ni kuat-kuat belaka ke? ke sebab ada seorang wira yang menemukan kampung ni?
hakikatnya :
aku pun tak tahu!

orang lain fikir :
mesti kampung ni aman DAMAI kan??
hakikatnya :
mahu nya tak damai? bapak aku kan garang! sekali dia jerit, bergegar satu kampung.
jenayah pun kurang. hahahaha....



Jalan Baiduri
agak 'normal' kan??
instead of Kampung Melayu Wira Damai
:)

*p/s : tengok caption Leen tu, dah berangan-angan nak tempah kad kahwin! adakah????? =)

No comments :