Aku terserempak dengan Junaida kat depan ofis UMBI.
Then dia ajak aku jalan sekali.
Sedang seronok kami berbual, aku rasa macam nak berbual lebih lama lagi.
(biasa la, dah lama tak chit-chat bersama la katakan)
So aku ikut Jun ke kereta dia, then dia perlu hantar aku ke kereta aku pulak.
Ni temanya aku bangsa pemalas nak jalan kaki ke parking.
Sebagai balasan, aku jadi tukang bercerita kepada Jun.
Hahaha..
(Padahal kereta kami sama je dekat & jauhnya!)
Sampai je kat parking area D, ternampak Kak Ifah nak keluar dari parking.
Kak Ifah : Hai, jom balik!
Aku : Hai... Jom!
Kak Ifah : Eh, korang. Ada kete block kete Ziha la. Yang kancil kuning tu. Kesian Ziha tak boleh keluarkan kete dia.
Aku : Aah la. Kesian pulak kat mak buyong tu nak tolak kete tu.
Jun : Eh, mana boleh nak tolak kete ni. Dah kena block depan belakang!
Ok, pemilik kereta kancil tu mungkin ada anak kecil memandangkan ada baby car seat dalam kereta dia.
Tapi itu bukan bermakna dia boleh park kereta dia ikut sukati mak bapak dia je!
Takkan la Ziha nak tampal gambar perut dia yang dah sarat tu kat depan kereta, so jangan ada mana-mana kereta akan park & mem'block kereta dia?
Gambar-gambar ni adalah bukti *sila pilih perkataan yang sesuai* pemilik kereta kancil tersebut :
p/s : kereta mak buyong tu adalah kereta yang Kelisa warna kelabu.
Pandangan depan : kalau tolak kedepan, kompem bergesel! |
Pandangan belakang : kalau tolak ke belakang, sah-sah akan terjadinya adegan cium mencium punggung! |
Jun dah memainkan peranannya. Call security! Kita kasi clamp itu kancil! BEV 9401 yerrrr... Depan kereta Ziha ada bonggol. So memang tak boleh lepas. |
Jun sedang memeriksa no lot parking. D 107, yer incikkkk.... |
Salah seorang daripada mereka adalah supervisor staff nurse berpangkat Puan.
Puan : Eh, kenapa ni ye? (sambil memandang pada aku yang tengah jakun ambil gambar. Muka kawan-kawan dia memang dah tengikkkk je tengok aku!)
Jun : Ni kereta Puan ke? Kete Puan dah block kete ni. So kete ni dah tak boleh keluar.
Puan : Oh, yeke? Tadi masa saya parking, kete ni belum ada lagi (merujuk kepada kete Alza warna putih sebelah kereta Ziha)
Jun : Tapi Puan parking kete Puan dalam sangat. Dah termakan space parking diorang ni. Rapat sangat Puan parking. Memang tak boleh nak tolak ke depan atau belakang.
Puan : Tapi tadi saya parking, kete ni tak ada lagi. (masih lagi merujuk kepada kereta Alza tersebut!)
Jun : Tak apa lah!
Memang palat Puan ni kan?
Tak kesah la tepi kete Ziha tu kosong ke tak.
Tapi kenapa kau nak parking rapat sangat dengan kereta orang?
Takut kereta MEWAH kau tu calar terlanggar dek orang ke?
Aku tak tahu la apa perkataan yang patut diberi kepada dia ni?
Bangang?
Banganger?
Bangangest?
Oh, Puan punya kereta ke? Puan, akai ada ka?? |
No comments :
Post a Comment