It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 5, 2012

From My Kitchen : Sambal Ikan Lumek Salai

Sambal ikan lumek


Semalam lepas aku masak Sup Ekor, aku masak ikan lumek salai pulak. Ikan ni kawan aku, Nadia yang bagi (thanks yayang~ Lepas ni boleh la bagi lagi. Kahh!) Kelmarin isteri kepada sepupu En Zul sms aku. Alang-alang dah bermain sms, aku tanya dia macamana nak masak ikan ni? Nadia cakap just goreng je. Suami Nadia (Saiful) cakap, makan macam tu je pun boleh. Errrr.. Berani ke aku nak makan macam tu je?

So aku tanya la kat kak Vic tu macamana nak masak ikan lumek salai ni. Dia memang orang Sarawak. So mesti dia tahu cara memasak lauk ni dengan cara yang paling simple dan cepat. Dia cakap masak dengan terung jeruk. Tapi kat semenanjung memang tak ada terung jeruk. So dia suruh masak asam pedas je. Petang semalam aku search Google. Ramai orang yang masak asam, masak sup dan masak sambal je.

So aku try masak sambal. Tapi aku tinggalkan sikit sebahagian ikan untuk makan yang goreng punya sahaja. Macam keropok rasanya.


Bahan-bahan :


  • Ikan lumek Salai
  • Cili kering (blend)
  • bawang merah (blend)
  • Bawang putih (blend)
  • Tomato (belah 4)
  • Serai (dititik - optional - aku tak masukkan)
  • bawang besar (dihiris)
  • air asam jawa
  • Minyak
  • garam, gula dan serbuk perasa.

Cara-cara :

  • Goreng ikan lumek salai. Guna api kecil dan goreng sekejap je. Orang cakap kalau goreng lama-lama, ikan ni jadi pahit.
  • Masukkan bahan yang sudah di blend. Tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan garam, gula dan perasa.
  • Masukkan ikan yang sudah digoreng.
  • Masukkan air asam jawa (jangan terlalu banyak)
  • Masukkan bawang besar yang dihiris dan tomato.
  • Boleh dihidangkan.




Ikan lumek fresh. Isi dia lembik je. Ramai yang suka masak sup.
Kalau tengok ikan fresh ni, sumpah kembang tekak aku nak telan benda ni.
*Ehsan Google*





Ikan lumek salai yang belum digoreng.


Ikan lumek salai yang sudah digoreng.
Sedapppppp....
Luar garing dan rangup, dalamnya sungguh gebu macam span..
Wahhh.. Melambung-lambung aku puji ikan ni. Sumpah sedap weiii!
Kami laki bini berebut makan ikan ni. Batak!




So ini la lauk dinner aku. Gambar ikan goreng ada kat atas =)
Alhamdulillah berjaya memikat hati dan perut En Zul yang boroi itu.


Love,

No comments :